Thursday, January 27, 2011

Cerita Jual Kek

Hari ni aku secara tak sengaja jadi peniaga kek lagi. Kali ni mini cuppies/mini muffin plak.Asal usul kejadian adalah gambar mini cuppies anak buah aku yg aku post kat FB aku. Ada plak yg berkenan. So diorg pun orderlah. Aku macam biasalah segan beb. Makan sendiri biasalah tapi jual kat orang tak pernah plak. Kek ni dari zaman aku kecik lagi aku ngan adik beradik aku biasa makan so dah jadi fav kitaorang dah especially masa panas baru kuar oven tu lah. Skg anak2 buah aku plak dah jadi cam kitaorang suka sangat kek kecik2 ni. Cuma bezanya utk family aku kitaorang cuma suka vanila je. Lain2 rasa tu kitaorang tak berapa sangat..

Bila aku cakap ngan family aku kawan2 aku nak order mini cuppies tu semua heran. hehehehe....tapi takpelah aku buat jugak utk tak menghampakan kawan2 aku. Korang rasalah kalau sedap order lagi aku bleh buat lagi no hal. Kalau korang tak suka nak buat camner kan. Selera kita kan lain2. 

Okaylah malas cakap banyak. Aku nak tunjuk rupa Mini Cuppies/Mini Muffin & Steamed Butter Cake yg aku buat utk kawan aku yg order untuk esok.

3 perasa : vanila, pandan & strawberry.
50 biji = RM13.00 (without choc rice)
kalau yg macam ni (with choc rice) 50 biji = RM15.00
nak 3 perasa pun bleh gak...
Ni plak Steamed Butter Cake = RM26.00
(Design cake ni tak sama, tapi saiz n rasa samalah.
Design bergantung pada tangan aku masa tu:))

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: