Wednesday, January 5, 2011

Berita Sukan

Beckham sertai Spurs?
LONDON - David Beckham mungkin sedang dalam perjalannan untuk kembali ke Liga Perdana England, walaupun aksinya hanya untuk seketika.

Tottenham, di mana Beckham berlatih ketika zaman kanak-kanak sebelum menyertai Manchester United, mahu mendapatkan bekas ketua pasukan Los Angeles Galaxy itu sehingga musim Liga Bola Sepak Utama (MLS) bermula pada Mac.

Beckham, yang pernah berkata dia mungkin kembali ke Liga Perdana selepas lebih tujuh tahun dan pengurus Spurs, Harry Redknapp merasakan pengalaman pemain tengah berusia 35 tahun itu, mungkin tidak ternilai buat pasukan untuk mencabar kedudukan empat teratas liga buat dua musim berturut-turut.

"Dia cuma perlu berkata mahu beraksi di Tottenham.

"Kemudian saya akan menyerahkan segala-galanya kepada kelab,'' kata Redknapp, selepas Tottenham mengalahkan Fulham 1-0 kelmarin.

Beckham menghabiskan masa pada musim panas dengan dipinjamkan ke AC Milan dan rakan sepasukannya di Galaxy, Landon Donovan juga melakukan perkara yang serupa, bersama kelab England, Everton.

Beckham mahu menyertai kelab Eropah menerusi pinjaman jangka pendek, bagi meningkatkan peluang dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan.

Penampilan terakhir dalam 115 cap bersama England ialah ketika menentang Belarus pada Oktober 2009 dan dia tidak beraksi pada Piala Dunia lalu, akibat kecederaan pelipat lutut ketika mewakili Milan.

Sebelum ini, Beckham berkata pasukan yang dipertimbangkan untuk dia beraksi hanya Manchester United, kelab yang ditinggalkan pada 2003 sebelum menyertai Real Madrid.

Dengan pertembungan Liga Juara-Juara dengan Milan akan dilangsungkan pada Februari, Tottenham berada pada kedudukan terbaik untuk menawarkan Beckham aksi tempoh jangka pendek, yang biasa dia lakukan. - AP


(Utusan Malaysia, 3 Januari 2011)
------------------------------------------
Aku agak teruja baca berita ni sebenarnya sebab kalau Beckham bersama Spurs maknanya aku dapatlah tengok Beckham beraksi di EPL balik...bestnyaa......Aku tau ramai orang tak suka Beckham (especially lelakilah) tapi aku suka. So aku peduli apa kan orang suka ke tak...heheheheh
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: