Tuesday, January 25, 2011

Hati Yang Berbunga-Bunga

Hati aku berbunga-bunga hari ni sebab Ketua Pengarah ucapkan tahniah kepada Bahagian aku (Bahagian Harta Intelek) atas rekod baru penjualan hak cipta melebihi RM1 juta bagi tahun 2010 dalam Majlis Amanat Tahun Baru KP pagi tadi. Aku sangat gembira.
View Image
(Pic frm Yahoo Image)

Sebenarnya memang aku harap sangat KP highlightkan  perkara ni. Bukan kerana nak bangga diri atau riak atau sebagainya tetapi kerana aku nak orang tau yang bahagian aku pun ada menjana pendapatan untuk DBP. 

Ramai orang tak tau tentang tugas kami di Bahagian Harta Intelek. Ramai beranggapan bahagian kami hanya menguruskan bayaran royalti pengarang sahaja. Dan kami pegawai-pewagai di sini takde kerja pun. Sebenarnya anggapan tersebut SALAH.

Banyak perkara yang diuruskan oleh bahagian kami. Dan salah satu daripadanya ialah pelesenan hak cipta karya terbitan DBP. Melalui pelesenan hak cipta ini karya DBP bukan sahaja dapat disebarkan dengan lebih meluas melalui pelbagai medium, tetapi DBP juga dapat menjana pendapatan tambahan.

Memang dari awal tahun lagi Ketua Bahagian aku dah letakkan target untuk capai sasaran RM1juta bagi tahun 2010. Alhamdulillah berjaya. Tahniah buat diri aku sendiri. (sukahatilah nak tahniah kat diri sendiri kan?kalau aku ucap tahniah kat boss & pegawai2 lain kat sini bukan diorang tau sebab dioarang tak baca pun blog aku ni.so aku ucap tahniah kat diri aku dah lah kan?hehehehhee...)

Aku harap pencapaian seperti ini dapat dikekalkan atau dipertingkatkan pada masa akan datang. Insyaallah.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

2 comments:

Cik Nani said...

congrats dude..
kadang-kadang kerja ni memang macam tu, orang tak tau skop kerja kita dan ingat kita takde kerja.. ;-)

Aida Salleh said...

thanks cik nani...