Wednesday, March 23, 2011

Kelab Badminton

Setelah berapa tahun kerja akhirnya aku berjaya menjadi ahli Kelab badminton DBP. Janganlah salah faham. Bukan susah sangat nak jadi ahli cumanya aku je yang malas nak isi borang ke apa ker.hehehehe. Tapi akhirnya aku minggu ni berjaya merajinkan diri untuk mengisi borang dan sebagainya.

Dan hari ni untuk pertama kalinya aku turun untuk bermain. Macam tak percaya pulak. Aku segan sebab semua star DBP yang ada kat situ. Tapi mereka yang galakkan aku untuk join. Jadi aku pun joinlah. Aku pun memang sangat suka main badminton kan. Main weekends asyik tak cukup korum je. Jadi baik aku join diorang ni jugak.

Maka hari ni bermulalah aku bermain badminton di DBP. Macam tak percaya jer. lepas ni aku boleh main setiap hari isnin, Rabu dan Jumaat. Bestnyaaaa....


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

1 comment:

Anonymous said...

Boleh tahu ni dekat mana ye join kelab badminton ni?