Monday, March 28, 2011

Jom Makan- Makan

Dah lama juga aku tak update blog aku yang tak sepertinya ini kan? Aku agak sibuk dengan tugasan harian sebenarnya. Oklah aku tak nak cerita panjang tentang kesibukan aku. Aku nak berkongsi sesuatu dengan anda semua. Tajuk utamannya adalah MAKANAN :-)

Anda semua pernah dengar tentang Yellow Cab Pizza? Aku sebenarnya sebelum ni pun tak pernah. Kak Nor (kakak aku) yang selalu bercerita. jadi malam minggu hari tu kebetulan memang tak masak apa-apa sebab siang ada kenduri. Mula-mula fikir nak pergi makan dekat mana. Lepas fikir punya fikir akhirnya kitaorang buat keputusan nak makan pizza je lah. Tapi pizza apa? Pizza Hut baru makan. Dominoes sedap juga. Tiba-tiba kakak aku kata, apa kata kita cuba Yellow Cab Pizza pulak. Orang kata sedap. Jadi kamipun meneruskan misi dengan menggoogle di internet untuk cari no telefon serta menu. Setelah puas menggooggle akhirnya kami pilih Pepperoni & Mushroom dengan New York's Finest.


  
Ni lah rupanya New York's Finest. Maaflah gambar tak lawa. ambik dengan hp cap ayam je.
(macam Super Supreme kat Pizza Hut atau Xtravaganza kat Dominoes lah lebih kurang)

Yellow Cab Pizzas ini agak berbeza dengan pizza yang lain. Ia datang dalam 3 saiz - 12" , 14" (saiz large pizza yang biasa) dan 18". Dari segi harganya aku rasa ia agak mahal jika dibandingkan dengan Pizza Hut & Dominoes. Untuk 2 pizza 14" dengan 1 set hotwings (4 ketul chicken wings), harganya adalah RM96.00+.

Tapi aku rasa harganya agak berbaloi juga kerana rasanya yang marvelousTopping banyak dan doughnya pun berbeza dengan pizza lain. Agak nipis tapi chewy and soft. Aku sukaaaaaa. Jadi bolehlah cuba topping yang lain pulak lepas ni.

Buat masa ni Yellow Cab Pizza cuma ada 3 sahaja outlet - Jalan Raja Abdullah (Dine in & Delivery), Jalan Ampang (Dine in & Delivery),  dan Bukit Bintang.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: