Wednesday, March 16, 2011

Interview

Apa perasaan korang bila dipanggil untuk temuduga? Gembira? Takut? Gementar? Mesti macam-macam perasaan ada kan? Itulah yang aku rasa. Tadi aku terima surat pelawaan temuduga kenaikan pangkat. Aku ni tak banyak pengalaman temuduga sebenarnya. Sepanjang hidup aku aku cuma pernah hadir temuduga sebanyak 7 kali sahaja. Itu pun hanya di dua tempat sahaja.

i)   Temuduga kemasukan ke UiTM untuk kursus Sarjana Muda Undang-Undang. GAGAL. Mak dengan abah tak izinkan aku ambil Undang-Undang tapi aku degil ambil juga. Jadi padanlah muka gagal.
ii)  Temuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir (Sambilan) di DBP. BERJAYA. Sempatlah aku jadi clerk sekejab masa aku tunggu result STPM dulu.
iii)  Temuduga untuk jawatan Pen. Peg. Perancang Bahasa (Kontrak) di DBP. GAGAL.
iv)  Temuduga untuk jawatan sekarang di DBP juga. BERJAYA.
v)  Temuduga kenaikan pangkat 1 di DBP. GAGAL.
vi) Temuduga kenaikan pangkat 2 di DBP. Dipilih sebagai calon simpanan.
vii) Temuduga kenaikan pangkat 3 di DBP. GAGAL.

Jadi temuduga kali ini adalah temuduga aku yang kelapan. Dan kalau mengikut rekod, sepatutnya temuduga kali ni aku berjaya. hehehehehe....

Sebenarnya aku bukanlah terlalu risau dengan keputusan temuduga nanti. Bagi aku dapat atau tak bukan perkara yang penting sangat.Kalau takdirnya dapat, maka dapatlah kan?  Tapi dalam hati, kalau dapat pun bagus juga.hehehheeh...Yang lebih merisaukan aku adalah untuk menghadapi temuduga itu sendiri.
(Pic: Credit to ctdol.state.ct.us)

Yang lebih aku risaukan adalah:

i)   Siapa panel temuduga?
ii)  Apa soalan yang akan ditanya oleh panel?
iii) Mampukah aku menjawab soalan dengan baik?
iv) Mampukah aku memberi pandangan yang baik seperti yang diharapkan?

Itulah perkara yang merisaukan aku sebenarnya. Tempoh persediaan menghadapi temuduga terlalu pendek tak sampai seminggu pun. Kerja tengah banyak. Hujung minggu pun aku kena mengendalikan program juga. Jadi macam mana? huhuhuhuuuu...

Apa-apapun aku tetap kena bersedia. Bersedialah seadanya aku. kepada kawan-kawan semua, aku minta tolong doakan aku berjaya menghadapi temuduga ini dengan baik dan mampu menjawab soalan dan memberi pandangan yang diperlukan dengan sebaik-baiknya.

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan segala urusanku ini. Aminnnnn....
(Pic: Credit to www.missionislam.com)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

3 comments:

chomelista homestay said...

Saya baru 2x gi intebiu.
1. Intebiu kija sekarang- berjaya
2. Intehbiu nak gi obersi tp GAGAL la ekekek.

Seriyus takut wooo intebiu..
rasa mcm mengggigil seluruh badan.

Sebbaik la intebiu paling penting tu terus lulus hehe.

anyaway kak aidaa... gudlak!

Aida Salleh said...

kalau camtuh akak kira banyak lah ek? hehehee....akak rasa cam sikit sbb adik akak interview mintak keje je dah berapa banyak kali....mmg takut oooo....harap2 oklah...thanks for d wish dik...

Asmah Sham said...

Share laa soalan2 panel ms iv DBP. Blh sis?