Monday, March 14, 2011

Tsunami @ Japan

Jumaat lepas, 11 Mac 2011 seluruh dunia di kejutkan dengan berita gempa bumi 8.8 skala Richter di Jepun yang mengakibatkan Tsunami besar melanda negara matahari terbit tersebut. Gegaran berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer. Mengikut laporan sehingga kini, lebih 1,000 orang maut dan lebih 10,000 orang hilang di enam wilayah.


Kalau tak silap aku, gempa bumi Sendai ni merupakan gempa bumi terbesar yang melanda Jepun dan salah satu daripada lima gempa bumi terbesar di dunia. Gempa bumi yang hebat ini menyebabkan kemusnahan yang bukan sedikit di Jepun, jalan raya, landasan tren, kebakaran di merata tempat, keruntuhan empangan dan macam-macam lagi.

Dilaporkan sekitar 4.4 juta isirumah di Jepun timur laut terputus bekalan elektrik, manakala 1.4 juta terputus bekalan air. Banyak stesen janakuasa elektrik ditutup, dan sekurang-kurangnya dua reaktor nuklear rosak. Yang lebih menakutkan Loji kuasa Nuklear Fukurushima turut mengalami letupan hampir 24 jam selepas gempa bumi pertama; tetapi, walapun letupan menyebabkan keruntuhan bangunan kurungan luar konkrit, namun dilaporkan bahawa keutuhan bekas kurungan teras dalam tidak terjejas.

Gambar semua dari Pakcik Google

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: