Saturday, September 1, 2012

Hasrat Tak Kesampaian

Hari ni hasrat hati aku nak memenuhi undangan kak shima @ boss lama aku @ tuan punya blog  http://ummumadihah898.blogspot.com/ ke majlis perkahwinan anakanda beliau tidak kesampaian. Aku dah sampai kawasan rumah kak shima sebenarnya tetapi kerana terlalu lewat jadi aku segan nak masuk. Dah samapai rumah baru menyesal. kenapalah aku tak masuk je tadi. Huhuhuuu...
 
Sebenarnya ceritanya macam ni. Hari ni aku perlu hantar mak, abah dengan kakak aku ke Masjid Putrajaya untuk Kursus Perdana Haji yang akan berlangsung selama dua hari. Pendafataran kursus jam 2 petang. Jadi perlu bergerak ke sana sebelum pukul 2. Jadi aku berkira-kira andai aku ke Majlis Kenduri kahwin Kak Shima sebelum tu memang tak sempat aku nak sampai rumah semula sebelum pukul 1. Sebab majlis pun mula dalam pukul 12 kan. Jadi takkan aku nak datang awal pulak. Tu yang aku plan nak hanatr mak abah dulu.
 
Gitu gini semua gerak dari rumah sedikit lewat kerana mak abah ke Majlis Kenduri kahwin sahabat lama yang berdekatan dengan rumah. Kami cuma keluar rumah selepas solat Zohor. (Tapi aku belum solat lagi sebab aku dah siap tunggu dalam kereta pukul 1). Keluar rumah lepas abah balik masjid.
 
Jalan ke Putrajaya alhamdulillah lancar jer. jadi kami sampai di sana lebih kurang jam 2.30 petang. Aku terus bergegas ke Sungai Buloh. Harapan aku boleh sampai sebelum pukul 3.30 petang lah. Aku ni masalah sikit sebab tak berapa pandai jalan. Jadi aku follow je signboard. Follow punya follow, sangkutlah dalam kesesakan sana sini. Aku cuak betul. Tapi sebab jem bergerak aku rasa lega lah jugak.
 
Tapi malangnya bila sampai dekat Sungai Buloh, aku yang bijak pandai ni pergi ikut Bukit Rahman Putra. Mak aiiiiiiiiiii...Jem giler jalan dalam tu. Aku risau betul Dengan jam dah pukul 3.30, aku belum solat Zohor lagi. Huhuuuu...Sudahnya aku lepas daripada kesesakan yang menyakitkan hati tu dekat simpang nak gi Tasik Biru tu dah pukul 4 lebih. Jadi aku pergi Petronas utk solat asar dulu. By the time sampai Balai Polis Sungai Plong jam dah pukul 4.30. Memandangkan undangan Kak Shima samapi pukul 4.30 petang, aku pun sangatlah segan nak pergi. Cuba call Kak Shima tak dapat. Jadi aku dengat berat hati terus balik ke rumah.
 
balik rumah pun jalan tersangatlah jemnya. Aku sampai rumah pukul 6 lebih. Kecewa dan sakit hai dengan kesesakan jalan macam ni. Huhuhuuu...
 
Kepada Kak Shima, minta maaf banyak-banyak. Orang kata kalau nak datang memang takde alasan kan? tapi memang saya nak datang. Dah sampai pun. Cumanya silap saya saya tak singgah terus rumah akak walaupun dah lambat. Bila call akak tak dapat terus saya segan nak singgah. Balik rumah memang menyesal sangat. Huhuhuuu...Maaf ya kak.
 
Walau apapun saya ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Haniff dan Nadia! Semoga kekal bahagia ke hayat hayat. Kepada Kak Shima dan suami, Selamat menerima menantu!



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

6 comments:

Ummu Madihah said...

Alahai Da oi, awatlah tak masuk kalau dah sampai??? Ramai yang datang komplen jam teruk kat Sg. Buloh. Memang ada traffic light yang timing gila sikit depan Honda tu. Kesian adikku ni, puas makan jam hari tu!! Takpa, akak ada ramai lagi anak bujang dan satu anak dara, ada rezeki boleh kenduri lagi, cuma lama lagilah kut??

Aida Salleh said...

tu lah kak. saya pun ralat sangat. dah sampai umah baru menyesal apsallah tak masuk je tadi. malu sangat lah konon sbb call akak tak dapat2.sebabnya saya ada pengalaman datang lewat kenduri dah habis tuan umah pun takde.sbb tu lah saya tak berani nak masuk bila call akak tak dapat tu..huhuhuu...
jangan potong nama saya utk kenduri akan datang tau kak. :-)

Ummu Madihah said...

Takpalah, insya-Allah lain kali. Jangan risau, tak keluar senarai, he he he!!! Petang semalam ada sorang baru datang, silap hari! Ada juga kawan Madihah sampai malam, terus x jadi masuk, segan katanya. Kami ada saja di rumah, tak ke mana sebab adik-beradik masih ada di rumah. Tapi ada juga yang sebahagian sudah balik sebab Ahad kerja di Kelantan.

Cho Zila said...

ala sayangnyer dah sampai tu.. kalau saya masuk gak salam dua perkara... maalumler dah sampaikan..

shukri hamzah said...

ko ni macam tak biasa datang kenduri lewat.Tak ingat masa kenduri kawin aku dulu tu?Ok je...tak segan pun...hehehehe

Aida Salleh said...

ummu madihah - hehehe...ada juga yg sama macam saya dah sampai tapi segan nak masuk sebab lewat. :-) tq kak sbb tak buang saya dari list. :-)

cho zila - tu lah pasal. ralat sangat tapi nak buat macam mana.huhuhuu. anyway tq sbb sudi singgah blog saya ya.

shukri - cettt...ingat ko ya. tu lain syuk sbb tu ramai. ni aku kontang kanting sorang2. tahap kemaluan tinggi seh...