------------------
Sebenarnya hampir terlupa tentang perkara ni sebab aku tak ambil gambar sendiri. Dok tumpang kamera orang jer. Dok belek emel hari ni baru teringat. Jamuan Aidilfitri tahun ni kami sepakat untuk bergabung 3 bahagian- Bahagian Harta Intelek, Bahagian Buku Sastera dan Pentadbiran Jabatan Penerbitan. Kami di aras 10 ni tak ramai. Jadi bila dah bergabung pun tak ramai jugak. Tapi kalau tak bergabung lagilah tak ramai. Tu yang baik gabung je. Baru meriah sikit.
Ramai jugak tetamu luar bahagian yang datang. Tetamu istimewanya sudah tentulah Ketua Pengarah DBP sendiri, Dr. Haji Awang Sariyan. Ni aku nak tayang gambar aku dengan KP. :-)
KP jadi selebriti hari tu. Nak makan pun tak senang ada je yg nak bergambar, termasuklah aku. Hehehehehehee |
Macam-macam juga juadah yang ada pada hari tersebut. Antaranya Mee kari, laksa, sate, pulut kuning, lemang, salad dan pelbagai juadah pencuci mulut. Aku sendiri bawa Steamed Chocolate Cake (hasil tangan aku )dan Popiah Goreng (hasil tangan adik ipar aku). Ni gambar aku dengan hasil tangan aku. :-)
.Gediks ambil gambar dengan kek buatan sendiri. |
Nilah rupa sahsiah kek aku |
Popiah adik ipar aku |
Untuk pulut kuning dan sambal tumis ikan bilis ni pula, dibuat khas oleh aku (dan mak) atas permintaan kakak kesayangan aku kak Laily. Kira ambil upah buatlah ni. Jual pulut dengan sambal pulak aku tak pasal-pasal. Heheheheheee....Tapi aku sangat puas hati sebab orang sangat suka pulut dan sambal tumis tu. Siap dapat beberapa order lagi lepas tu. Heheheheheee....
Tolonglah....ambik gambor dengan pulut pun suka bebeno...hehehhehe |
Antara tetamu yang hadir. Yang hujung berdiri sebelah kanan tu Pengarah Penerbitan (Pengarah aku lah tu). |
Sedondon aku dengan Abg Shah. Kak Hawa dengan Z tu sibuk enterprem. Abg Shah tak perasan pun aku je perasan. hehehehehe |
4 comments:
bestnya makan2
kek tu nampak sungguhhhh sedapppp
gambo aku manaa?sobsobsob :p
lama lak x makan pulut kuning...dap nye...nyum3... :)
kasihredha - mmg sedap kak...heheheh perasan..
shukri - cetttt ko yg tak nak ambik gambo
mama gee - sedap mama mmg sedappppp....
Post a Comment