Saturday, September 8, 2012

Alhamdulillah...

Hari ni rasa seronok sangat sebab dapat memenuhi sebahagian besar daripada undangan kawan-kawan. Hari ni sebenarnya ada 4 undangan diterima. 2 open house, 1 wedding dan 1 open house + visit new born baby. Daripada 4 tu cuma satu je yang tak dapat nak pergi sebab dah lewat sangat walaupun mmg pada awalnya plan nak gi. Jangan salah faham. Bukan bersungguh nak pergi sebab nak makan, tapi nak memenuhi undangan. Sebabnya aku rasa sangat happy kalau org penuhi undangan aku. Jadi aku nak orang rasa yang sama lah bila aku penuhi undangan diorg. :-)
 
Perjalanan pertama bermula seawal pukul 12.00 tengah hari, menghadiri rumah terbuka kawan kakak aku di Bandar Tun Razak. (Lupa pulak nak ambik gambar...hheehhe). Antara makanan yang dihidangkan adalah Mee Bandung (terbaikkkkkk), lontong, pulut kuning dan desert (termasuk fruit tart kami...hehhehehe). Duduk sana tak lama pun sebab banyak lagi destinasi kan.
 
Lepas tu terus ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kawan aku, Fetri & Faridah. Di sinilah seksa bermula. Jalan jem gilaaaaaaaaaaaaaaa. Dari Bandar Tun Razak aku ikut Jalan Cheras. Mula-mula cantik je, tapi bila dah dekat dengan kilang Federal Bakery tu jalan makin teruk. Jadi aku carilah alternatif. terus masuk ke Jalan Tun Razak. Kononnya biar jauh asalkan tak jem. Tapi rupa-rupanya masya'allah. Lagi teruk. Huhuhuuu...Gerak dari rumah kawan akak aku pukul 1.30 thari, dan pukul 3 lebih aku masih tak sampai lagi. Huhuhuu...dalam hati aku dah nekad, lewat pun aku kena pergi jugak sebab taknak rasa ralat macam sebelum ni. Tapi alhamdulillah jenuh berdoa aku selamat sampai ke majlis tu dalam pukul 3.40 petang. Orang still ada lagi dan yang paling best aku dapat jumpa pengantin. Lepaslah hajat aku nak jumpa pengantin. Kenapa aku nak sangat jumpa pengantin? Sebab nak bagi tau dia aku datang majlis dia. Heheheheee...
 
Ambil gambar kat bunting sekali....
Gatal kakak aku kata...hehehehehe

Aku dengan pengantin. Kelakar gaya ko Pit...hehehehe
Masa nak ambik gambar aku cakap kat pengantin aku nak pisahkan korang sekejab.
Hahahahahaa...
Lepas wedding tu aku terus gi ke Taman Muda pulak. Dalam perjalanan singgah dulu kat Petronas kat Cheras Baru untuk solat Zohor dan Asar. Solat Zohor hujung waktu. Huhuhuu...Tapi alhamdulilah jalan tak berapa jem. Senang je jugak nak carik rumah kawan aku Ilan & Asiah (dua-dua orang kawan sekolah aku masa Form 6). Diorng baru je dapat baby, baru 3 hari. 1st baby. Tu yang aku excited nak pergi tengok. Nama pun belum ada. Antara nama yang sedang dipertimbangkan adalah Isaac- fuhhhh moden gila seh. Sampai je rumah aku call Ilan sebab Ilan yang msg aku. So dia kata betullah rumah tu masuklah. Sampai-sampai dalam rumah rupanya Ilan keluar pergi beraya. Memang hantu raya betul. Nasib baik Asiah dengan baby ada. So aku dok dukung baby n sembang dengan Asiah lah. Dalam berapa minit pastu baru Ilan sampai umah. nasib baik sampai. Kalau tak memang aku sekeh je kepala dia. Tapi bukan depan Asiah lah. Kang marah pulak bini dia. Hehehheee.... Antara makanan yang ada Nasi Arab, Mee Rebus, Salad dan desert. Aku cuma ambil salad dan ayam seketul. Ala kadar je kan. Nasib baik ada salad. Lepas makan ala kadar, aku pun gerak.
 
 
Aku dengan baby Isaac. Sama comel kan Aku dengan baby.
Hehehehee....
 
Masa tu jam dah pukul 5.30 petang. Kakak aku tanya, nak gi ke Seremban tu? Hajat hati memang nak pergi tapi bila tengok jam dah pukul 5.30 petang pastu dengan keadaan trafik hari ni yang macam hell terus tak jadi pergi. Sebab takut sampai sana dah malam kang. Maaf ya Fatin. Insyaallah lain kali kalau kio tak buang aku daripada senarai jemputan ko aku pergi. Huhuhuuuu...

Dari Taman Muda nak balik ke Keramat pun makan masa sebab jalan jem lagi. Aku sampai rumah dah dekat pukul 8.00 malam. Terpaksa solat hujung waktu lagi. Huhuhuuu...

Tapi aku puas hati juga sebab dapat memenuhi banyak juga undangan hari ni. :-)


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: