Insyaallah mak, abah dan kakak aku kan ke Tanah Suci untuk mngerjakan fardhu haji tahun ini. Untuk mak dan abah ini bagi kali kedua (alhamdulillah) untuk kakak aku pula ini untuk kali pertama. Pengesahan nama sudah diterima. Segala macam benda semua dah diterima cumanya tarikh penerbangan masih belum diterima. Seperti yang abah dan mak harapkan, mereka insyaallah akan terbang hari-hari terakhir. Mungkin selepas 10 Oktober 2012. Tapi pengesahan masih belum diterima. Sehingga hujung minggu lepas tarikh sebenar masih belum dapat lagi. Yang pastinya mereka akan ke Mekah terus dan bukannya ke Madinah dahulu. Ini memang yang abah aku harapkan.
Sebenarnya aku sangat berdebar menunggu tarikh tersebut. Aku sangat mengharapkan mereka berlepas sebelum 7 Oktober ataupun selepas 18 Oktober (which aku rasa mustahil tapi aku nak berharap juga). Sebabnya cuma satu. Insyaallah aku akan bertugas di luar pada 7-18 Oktober 2012. Oleh itu sekiranya mereka pergi sebelum 7 Oktober 2012 dapatlah aku menghantar mereka, mengiringi mereka ke Tanah Suci. Sekiranya mereka pergi antara 7-18 Oktober makanya aku takkan dapat hantar mereka.
Aku tak sanggup nak fikir macam mana rasanya tak dapat hantar mereka. Sangat sedih. (Ketika menaip entri ini pun aku rasa sebak dan mula menitiskan air mata). Masa mula-mula terima berita tentang arahan kerja tersebut aku rasa sedih sangat. Tapi bak kata abah, itu dah tugas. Jadi jangan engkar perintah. Abah memang macam tu. Sangat komited dengan kerja. Abah selalu pesan jangan engkar arahan. Kita makan gaji. Jadi aku faham dan sentiasa ingat pesan abah. Cumanya aku tak dapat nak tahan kesedihan sekiranya aku tak dapat hantar mereka.
Hari-hari aku rasa berdebar menunggu tarikh keramat tu. Aku terus berdoa agar doa aku dimakbulkan. Aku nak hantar mak dan abah dan akak ke Tanah Suci. Dan aku nak sambut mereka pulang dari Tanah Suci. Kepada kawan-kawan, tolonglah doakan. Aku tak nak berendam air mata.
(Source: 4stroke5.com)
|
2 comments:
Insya-Allah, doa awak akan dimakbulkan oleh DIA... sampaikan salam saya pada Mak, Abah dan Kakak awak ye... semoga mendapat haji mabrur dan selamat pergi serta selamat pulang ke tanah air... Saya doakan untuk awak dan mereka juga.
terima kasih awak.awak tak datang umah saya ke sabtu ni? datanglah awak jumpa mak dengan abah sebelum gi mekah. mak ada juga tanya sebelum ni.
Post a Comment