Sunday, September 9, 2012

Jom Makan Makan!


Hari ni aku dengan kakak aku pergi menjamu selera di Zam Zam Restaurant di Jalan Tunku Abdul Rahman. Kami terasa nak pergi sangat sebab kalau tak silap restauran ini adalah francais/cawangan kepada Restaurant ZamZam di Singapura yang cukup terkenal tu. Kami kalau ke Singapura memang selalunya singgah ke Restaurant Zam Zam. Kami suka Murtabak Singapore dan Nasi Beriani restauran ni. 





Tapi hari ni kami tak makan Nasi Beriani. Kami pilih Bihun Soto dan sudah semestinya Murtabak Daging. Bihun Soto memang terbaiklah. Murtabak pulak aku rasa lebih sedap yang dijual di Restaurant Zam Zam Singapura. Tapi kalau nak lepaskan craving tu aku rasa kira oklah. Harganya pun kira ok-ok jugak. Untuk dua menu ni plus Air Teh O Ais Limau dan Sirap Bandung Selaseh harganya lebih kurang RM35.00. Ok lah kot.
 
Bihun Soto

Murtabak Daging


Gangs Murtabak Daging - Kuah Kari dan Salad Timun


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

6 comments:

Cho Zila said...

ok gak yerk banyak pilihan makanankan..
kalau gi Jalan TAR boleh kot singgah sini...

Mama Gee said...

tgk dr luar je ari tu...
lain kali kalo sesat kt situ leh lah terjah...

- dieyana - said...

baru minggu lepas mkn murtabak daging zam zam ... jamuan hari raya Bahagian, sedap juga!

Aida Salleh said...

cho zila - pilihan sebenarnya tak sebnyak kat spore. tapi ok lah...

mama gee - silalah terjah. insyaallah memuaskan

dieyana - amboi jamuan bahagian murtabak zam zam ya? untunglah...hehehheee

Ibu Lala said...

saya pun suka makan kat sini especially meehun soto. sedappp kan..

Aida Salleh said...

ya betulllll....