Akhirnya Andy Murray berjaya juga merangkul gelaran Grand Slam pertama apabila menewaskan Novak Djokovic dalam perlawanan akhir US Open 2012 pagi ini. Pastinya kemenangan ini lebih berharga berbanding kemenangannya dalam Sukan Olimpik baru-baru ini.
Aku secara peribadi sangat gembira dengan kemenangan Murray ini. Bukan sebab aku peminat setia Murray (peminatpun bukan) tetapi sebab aku sangat tidak menyukai Novak Djokovic. Aku minta maaf kepada peminat pemain Serbia ni tapi aku memang tak boleh blahlah bila tengok dia. Huhuhuuuu...jadi siapapun yang lawan dia mesti aku sokong punya. Huhuhuu...Tapi selain daripada tu aku suka juga Murray menang sebab aku kesian kat dia ni. Tak pernah dapat pun Grand Slam title. FInal dah banyak kali juga tapi menangnya tak pernah. Jadi bila dah memang macam ni kalau dia nak bersara pun bolehlah. Hehhheeee...
Murray mengalahkan Novak Djokovic dalam 5 set - 7-6 (10), 7-5, 2-6, 3-6, 6-2. Perlawanan yang kalau mengikut review agak membosankan. Aku tak tengok pun sebab perlawan sebelah pagi subuh alam. kalau Rafa atau Federer aku gagahkan juga tapi bukan keduanya makanya aku tak berapa nak gagahlah. hehehehee...Tapi kalau aku mesti bosan jugak sebab dua hero aku takde. Rafa masih belum pulih dah Roger dah tersangkut di pusingan suku akhir apabila ditewaskan oleh Tomas Berdych. Kecewa sungguh aku. Huhuhuuu...
Apa-apapun,
CONGRATULATION MURRAY!
(Source: http://www.usopen.org)
Dengan kemenangan ini juga secara rasminya Andy Murray berjaya menolak Rafael Nadal dari tangga ketiga ke tangga keempat. Huhuhuuu....Cepatlah sembuh wahai Rafael Nadal. Tak sangggup nak tengok dia terus tergolek tanpa melawan macam ni. Huhuhuuu
Wish you a sepeedy recovery Rafa!
We missed you on court!
|
(Source: FB Rafa) |
No comments:
Post a Comment