Thursday, March 31, 2011

Birthday Eve...

Terima kasih banyak-banyak pada kakakku yang tersayang kerana belanja makan di Chiliis, KLCC tadi...

Lamb...

Country Fied Chicken
Chips...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, March 29, 2011

Jom Makan- Makan

Dinner for tonight yang ditaja sepenuhnya oleh my best buddy, Ruziq - Dominos Pizza - Extravaganzza & Classified Chicken & my fav CinnaStix...Yummy......Silalah layan gambar ya kawan-kawan.

Extravaganzza

(lupa nak ambik gambar-dah lapar sangat...heheheh)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, March 28, 2011

Jom Makan- Makan

Dah lama juga aku tak update blog aku yang tak sepertinya ini kan? Aku agak sibuk dengan tugasan harian sebenarnya. Oklah aku tak nak cerita panjang tentang kesibukan aku. Aku nak berkongsi sesuatu dengan anda semua. Tajuk utamannya adalah MAKANAN :-)

Anda semua pernah dengar tentang Yellow Cab Pizza? Aku sebenarnya sebelum ni pun tak pernah. Kak Nor (kakak aku) yang selalu bercerita. jadi malam minggu hari tu kebetulan memang tak masak apa-apa sebab siang ada kenduri. Mula-mula fikir nak pergi makan dekat mana. Lepas fikir punya fikir akhirnya kitaorang buat keputusan nak makan pizza je lah. Tapi pizza apa? Pizza Hut baru makan. Dominoes sedap juga. Tiba-tiba kakak aku kata, apa kata kita cuba Yellow Cab Pizza pulak. Orang kata sedap. Jadi kamipun meneruskan misi dengan menggoogle di internet untuk cari no telefon serta menu. Setelah puas menggooggle akhirnya kami pilih Pepperoni & Mushroom dengan New York's Finest.


  
Ni lah rupanya New York's Finest. Maaflah gambar tak lawa. ambik dengan hp cap ayam je.
(macam Super Supreme kat Pizza Hut atau Xtravaganza kat Dominoes lah lebih kurang)

Yellow Cab Pizzas ini agak berbeza dengan pizza yang lain. Ia datang dalam 3 saiz - 12" , 14" (saiz large pizza yang biasa) dan 18". Dari segi harganya aku rasa ia agak mahal jika dibandingkan dengan Pizza Hut & Dominoes. Untuk 2 pizza 14" dengan 1 set hotwings (4 ketul chicken wings), harganya adalah RM96.00+.

Tapi aku rasa harganya agak berbaloi juga kerana rasanya yang marvelousTopping banyak dan doughnya pun berbeza dengan pizza lain. Agak nipis tapi chewy and soft. Aku sukaaaaaa. Jadi bolehlah cuba topping yang lain pulak lepas ni.

Buat masa ni Yellow Cab Pizza cuma ada 3 sahaja outlet - Jalan Raja Abdullah (Dine in & Delivery), Jalan Ampang (Dine in & Delivery),  dan Bukit Bintang.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, March 27, 2011

Bekerja di Hari Cuti

Hari ni aku terpaksa pergi pejabat untuk menyiapkan kerja yang agak segera keperluannya. Mula-mula racangannya boss nak datang sama. jadi aku takde masalahlah sebab ada kawan. Tapi last minute boss kata boss berhalangan. Jadi puas aku mencongak siapalah yang boleh teman aku nanti. Nak pergi sorang aku macam tak berapa nak berani. Akhirnya aku teringat kat 3 Stooges/Kak Limah 7 d gang - Wan, Jijie & Ayoi. Aku pun call abg mintak izin nak pinjam budak 3 orang tu.

Ni lah aksi mereka lepas bosan baca buku.


Lepas habis kerja kitaorang pergi bersantap dulu.




 Dah kenyang makan nak main sekejab pulak...

 cakkkkkk...

 tengoklah si kecik ni....macam2 aksi dia. Ada ke dia buat2 tido dalam ni...

 Si abang ni pulak sibuk nak turun sambil berdiri....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, March 24, 2011

Wan Demam @ Gleneagles Intan Medical Centre

Anak buah aku kena tahan kat ward hari tu. Kesian dia demam-demam kena masuk hospital. Tapi alhamdulillah takde apa yang serius...









Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, March 23, 2011

Kelab Badminton

Setelah berapa tahun kerja akhirnya aku berjaya menjadi ahli Kelab badminton DBP. Janganlah salah faham. Bukan susah sangat nak jadi ahli cumanya aku je yang malas nak isi borang ke apa ker.hehehehe. Tapi akhirnya aku minggu ni berjaya merajinkan diri untuk mengisi borang dan sebagainya.

Dan hari ni untuk pertama kalinya aku turun untuk bermain. Macam tak percaya pulak. Aku segan sebab semua star DBP yang ada kat situ. Tapi mereka yang galakkan aku untuk join. Jadi aku pun joinlah. Aku pun memang sangat suka main badminton kan. Main weekends asyik tak cukup korum je. Jadi baik aku join diorang ni jugak.

Maka hari ni bermulalah aku bermain badminton di DBP. Macam tak percaya jer. lepas ni aku boleh main setiap hari isnin, Rabu dan Jumaat. Bestnyaaaa....


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, March 16, 2011

Interview

Apa perasaan korang bila dipanggil untuk temuduga? Gembira? Takut? Gementar? Mesti macam-macam perasaan ada kan? Itulah yang aku rasa. Tadi aku terima surat pelawaan temuduga kenaikan pangkat. Aku ni tak banyak pengalaman temuduga sebenarnya. Sepanjang hidup aku aku cuma pernah hadir temuduga sebanyak 7 kali sahaja. Itu pun hanya di dua tempat sahaja.

i)   Temuduga kemasukan ke UiTM untuk kursus Sarjana Muda Undang-Undang. GAGAL. Mak dengan abah tak izinkan aku ambil Undang-Undang tapi aku degil ambil juga. Jadi padanlah muka gagal.
ii)  Temuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir (Sambilan) di DBP. BERJAYA. Sempatlah aku jadi clerk sekejab masa aku tunggu result STPM dulu.
iii)  Temuduga untuk jawatan Pen. Peg. Perancang Bahasa (Kontrak) di DBP. GAGAL.
iv)  Temuduga untuk jawatan sekarang di DBP juga. BERJAYA.
v)  Temuduga kenaikan pangkat 1 di DBP. GAGAL.
vi) Temuduga kenaikan pangkat 2 di DBP. Dipilih sebagai calon simpanan.
vii) Temuduga kenaikan pangkat 3 di DBP. GAGAL.

Jadi temuduga kali ini adalah temuduga aku yang kelapan. Dan kalau mengikut rekod, sepatutnya temuduga kali ni aku berjaya. hehehehehe....

Sebenarnya aku bukanlah terlalu risau dengan keputusan temuduga nanti. Bagi aku dapat atau tak bukan perkara yang penting sangat.Kalau takdirnya dapat, maka dapatlah kan?  Tapi dalam hati, kalau dapat pun bagus juga.hehehheeh...Yang lebih merisaukan aku adalah untuk menghadapi temuduga itu sendiri.
(Pic: Credit to ctdol.state.ct.us)

Yang lebih aku risaukan adalah:

i)   Siapa panel temuduga?
ii)  Apa soalan yang akan ditanya oleh panel?
iii) Mampukah aku menjawab soalan dengan baik?
iv) Mampukah aku memberi pandangan yang baik seperti yang diharapkan?

Itulah perkara yang merisaukan aku sebenarnya. Tempoh persediaan menghadapi temuduga terlalu pendek tak sampai seminggu pun. Kerja tengah banyak. Hujung minggu pun aku kena mengendalikan program juga. Jadi macam mana? huhuhuhuuuu...

Apa-apapun aku tetap kena bersedia. Bersedialah seadanya aku. kepada kawan-kawan semua, aku minta tolong doakan aku berjaya menghadapi temuduga ini dengan baik dan mampu menjawab soalan dan memberi pandangan yang diperlukan dengan sebaik-baiknya.

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan segala urusanku ini. Aminnnnn....
(Pic: Credit to www.missionislam.com)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, March 15, 2011

Dambaan Cinta ♥

Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa.

Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini

Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa

Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri

Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta

Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa

Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri

Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki

Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya



Pic from Google

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Ultraman vs Tsunami

Terkejut aku masa pertama kali kakak aku tunjukkan gambar karikatur kat bawah ni.


Gambar Ultraman melarikan diri daripada ombak tsunami tu bagi aku tak kelakar langsung. Aku pelik macam mana diaorng boleh rasa kartun ni kelakar dan siarkan dalam sebuah akhbar perdana. Isu ni bagi aku sangat sensitif. Cuba bayangkan apa perasaan kita kalau kaum keluarga kita terlibat dalam bencana tersebut dan ada pihak cuma buat lawak yg agak tak berapa bijak macam ni? mesti sangat kecewa kan? Yang lagi memalukan bila cerita tentang kartun ini dah masuk dalam laman web CNN - “Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters“. huhuhuhuu...malunya nama Malaysia....

Harap-harap semua wartawan/kartunis/editor lebih sensitif selepas ni.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, March 14, 2011

Tsunami @ Japan

Jumaat lepas, 11 Mac 2011 seluruh dunia di kejutkan dengan berita gempa bumi 8.8 skala Richter di Jepun yang mengakibatkan Tsunami besar melanda negara matahari terbit tersebut. Gegaran berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer. Mengikut laporan sehingga kini, lebih 1,000 orang maut dan lebih 10,000 orang hilang di enam wilayah.


Kalau tak silap aku, gempa bumi Sendai ni merupakan gempa bumi terbesar yang melanda Jepun dan salah satu daripada lima gempa bumi terbesar di dunia. Gempa bumi yang hebat ini menyebabkan kemusnahan yang bukan sedikit di Jepun, jalan raya, landasan tren, kebakaran di merata tempat, keruntuhan empangan dan macam-macam lagi.

Dilaporkan sekitar 4.4 juta isirumah di Jepun timur laut terputus bekalan elektrik, manakala 1.4 juta terputus bekalan air. Banyak stesen janakuasa elektrik ditutup, dan sekurang-kurangnya dua reaktor nuklear rosak. Yang lebih menakutkan Loji kuasa Nuklear Fukurushima turut mengalami letupan hampir 24 jam selepas gempa bumi pertama; tetapi, walapun letupan menyebabkan keruntuhan bangunan kurungan luar konkrit, namun dilaporkan bahawa keutuhan bekas kurungan teras dalam tidak terjejas.

Gambar semua dari Pakcik Google

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, March 13, 2011

Jom Makan Makan!

Tadi aku dengan kakak aku dinner dekat Resepi Rahsia (Secret Recipe lah...hehehehe), Kepong.
Silalah layan gambar makanan yang lazat ni ya...:)


iced lemon tea....as usuallah....

starter kami....

Tom Yam Kung dah abis so aku dapat Tom Yam Soup je....Bolehlah....
Sangat sedap tapi pedas gilerrrr...huhuhuu

Curry mee kakak aku punya fav....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, March 11, 2011

Tsunami Alert!

Petang ni bukak google terus ternampak Tsunami Alert:

Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.

Seram pulak. Aku harap Zra yang tengah belayar tu bukan dekat Japan sekarang ni. Risau gak aku ni....Tadi aku dah email dia tapi dia tak reply lagi....Suspen betul....

Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah Nor Ismazira Ismail dan semua anak kapal MISC. Aminnnn.....

Gambar dari Pakcik Google...

Latest news: 12 Mac 2011
Alhamdulillah....lega bila dapat email Zra yang dia kata dia n kapal semua ok walaupun diorg dekat Jepun jugak tapi jauh daripada kawasan bencana.....Alhamdulillah...semoga mereka sentiasa dilindungi Allah.Aminnnn...


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Lagu lagi....

I love this song so very much....

A Shoulder To Cry On - Tommy Page

 
Life is full of lots of up and downs
But the distance feels further
When it's headed for the ground
And there's nothing more painful
Then to let your feelings take
you down

It's so hard to know
The way you feel inside
When there's many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you
By your side

Chorus:

And when you need
A shoulder to cry on
When you need
A friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone
I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on
When the whole world's gone
You won't be alone 'cause I'll be there

All of the times
When everything is wrong
And your feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I'll help you work it out
And carry on

Side by side
With you till the end
I'll always be the one
A Shoulder To Cry On Continued

To firmly hold your hand
No matter what is said or done
Our love will always continue on


Chorus:

Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole world's gone, you won't be alone
'Cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one to rely one
When the whole world's gone, you wont be alone
'Cause I'll be there
And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on.....


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, March 10, 2011

Song of d Day!

Aku baru terjumpa lagu ni kat Youtube.....Dambaan by Didicazli.....Walaupun aku rasa aku tak kenal penyanyi lagu ni n tak pernah dengar nama dia, tapi aku suka lagu ni....silalah layan jiwang sekejab...



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, March 9, 2011

Stress....

I'm so stress today.....
Please.....give me a break...
I'm not a robot....
huhuhuhuuuu

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, March 8, 2011

The History of International Women's Day

International Women's Day (IWD), originally called International Working Women’s Day is marked on the 8th of March every year.[1] It is a major day of global celebration of women. In different regions the focus of the celebrations ranges from general celebration of respect, appreciation and love towards women to a celebration for women's economic, political and social achievements.
Started as a Socialist political event, the holiday blended in the culture of many countries, primarily Eastern Europe, Russia, and the former Soviet bloc. In many regions, the day lost its political flavour, and became simply an occasion for men to express their love for women in a way somewhat similar to a mixture of Mother's Day and St Valentine's Day. In other regions, however, the original political and human rights theme designated by the United Nations runs strong, and political and social awareness of the struggles of women worldwide are brought out and examined in a hopeful manner.
The first IWD was observed on 19 March 1911 in Germany following a declaration by the Socialist Party of America. The idea of having an international women's day was first put forward at the turn of the 20th century amid rapid world industrialization and economic expansion that led to protests over working conditions[citation needed]
In 1910, Second International held the first international women's conference in Copenhagen (in the labour-movement building located at Jagtvej 69, which until recently housed Ungdomshuset). An 'International Women's Day' was established. It was suggested by the important German Socialist Clara Zetkin, although no date was specified.[2] The following year, 1911, IWD was marked by over a million people in Austria, Denmark, Germany and Switzerland, on March 19.[3] In the West, International Women's Day was first observed as a popular event after 1977 when the united Nations General Assembly invited member states to proclaim March 8 as the UN Day for Women's Rights and International Peace.
Demonstrations marking International Women's Day in Russia proved to be the first stage of the Russian Revolution of 1917.[4]
Following the October Revolution, the Bolshevik Alexandra Kollontai persuaded Lenin to make it an official holiday in the Soviet Union, and it was established, but was a working day until 1965. On May 8, 1965 by the decree of the USSR Presidium of the Supreme Soviet International Women's Day was declared a non working day in the USSR "in commemoration of the outstanding merits of Soviet women in communistic construction, in the defense of their Fatherland during the Great Patriotic War, in their heroism and selflessness at the front and in the rear, and also marking the great contribution of women to strengthening friendship between peoples, and the struggle for peace. But still, women's day must be celebrated as are other holidays."

(Source: Wikipedia)

Happy Women's Day all of the women which I have met in my life.
God Bless you.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, March 7, 2011

Jom Makan-Makan!

Ni lah antara makanan kegemaran aku...Misua Soup.....yummyyy....sedapnya...Aku suka sangat misu sebab dia sangat sangat sangat lembut...aku belajar makan pun masa aku sakit tekak aritu...kakak kat kedai Uncle Alan kat Subang tu yang introduce misua ni kat aku...memula macam nak tak nak gak tapi try je lah...sekali bila makan...wahhhh...sesuai dengan tekak aku....sejak tu lah aku jatuh cinta dengan misua ni...Lagi2 kalau kat kedai Uncle Alan tu...mmg power...Uncle Alan ni cina muslim. Food kat kedai dia mmg best2 gak bagi yg suka chinese food lah. Okaylah aku nak share pic misua soup kegemaran aku ni....

Ni lah rupa Misua Soup....yummyyy...

Ni plak butter prawn....rupa mmg macam tak jadi tapi rasa not bad...aku sukaaa...

Ni plak air kegemaran aku...kedondong asam boi...superbbbb....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, March 6, 2011

Percutian Keluarga

4-6 Mac 2011
PNB Ilham Resort, Blue Lagoon, Port Dickson

Aku sekeluarga menghabiskan cuti hujung minggu ni di Port Dickson. Tempat pilihan kami pada kali ini adalah PNB Ilham Resort yang terletak di Blue Lagoon. Sebenarnya Ilham Resort ni memang antara tempat fav kami kalau ke Port Dickson. Antara sebab kitaorang suka Ilham Resort adalah:

i) Swimming pool bebas untuk orang bertudung mandi manda. Boleh pakai tshirt,track n tudung je untuk mandi. Tak kene halau. Tak macam sesetengah hotel yang sangat cerewet. Nak kene pakai bikini semua tu. So sangat sesuai untuk kitaorang yang bertudung n tak pernah terpk nak pakai bikini semua tu.

ii) Ada kemudahan BBQ. Tak macam sesetengah tempat yang tak sediakan kemudahan tapi bila kita buat sendiri diorg marah. Bongok hangat...huhuhuhu...

Ayoi posing dalam swimming pool berlatar belakangkan apartment

Kitaorang ambik unit yang lower ground - mengadap laut n dekat dengan swimming pool. Best sebab senang nak keluar masuk pool.Tak payah nak naik2 tangga  bagai2. Basah2 kuyup berlari naik tangga ke naik lif ke tak best. Tu pasal we all ambik bilik yg kat LG.

Aku tak nak cerita panjanglah sebab PD semua orang pernah pergi kan. So aku nak share pic gumbira kami masa kat sana je.. :)

 Stylo adik aku yang bongsu ni, terjun pun sempat posing tau...siap peace lagi......
Ayoi baru belajar nak terjun dalam pool masa ni...Masuk ari ketiga, terjun tak pakai pelampung pun wpun bukannya dia tau berenang...konfiden level budak kecik ni was very high lah...hhhuhuhu 
jom mandiiiiii....

Dua budak ceria di tepi pantai - adikku Aphyd & Ain
Depan aku, Ain, Jijie n Ayoi...
Yang kat belakang tengah berkayak tu adik aku Amie n Aphyd...

Beria2 je kitaorang kat laut posing, rupanya jadi background Ayie jer...huhuu

Best skang kat Ilham ada jet ski..terlepaslah kempunan adik aku si A'a  ni

Kayak pun ada....puas adik aku Amie dengan Ain main....

BBQ time....
Ayahanda dan bonda di hujung gambar tu....yg tengah minum tu kakak iparku..

Kitaorang sewa tempat untuk BBQ, ILham Resort
sediakan nasi goreng, mee goreng, wedges, buah2an n air skali....

Sikecik nak tengok gak..

Ni memang tukang bakar tetap dan berpencen....

Jemput makan semua....:)


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!