Tuesday, September 25, 2012

Rumah Terbuka Aidilfitri Haji Salleh

Siapa Haji Salleh tu? Abah aku lah siapa lagi...hehehehheee...

Sebenarnya ini merupakan entri tertunda. Lama nak update tapi tak ter update2 pun. Sorrylah sbb siar cerita basi ya kawan-kawan.

Majlis rumah terbuka abah aku (dan keluarga aku) diadakan pada 15 September 2012 yang lalu. Kali ni sedikit istimewa kerana kami sekalikan dengan kenduri doa selamat abah, mak dan kakak aku nak menunaikan fardhu haji.

Jadi jemputan dibuat berperingkat-peringkatlah.  Sebelah pagi seawal pukul 11.00 pagi, dimulakan dengan bacaan yassin dan doa selamat. Jemputannya sudah semestinya kawan-kawan mak abah aku dan saudara mara terdekatlah. Alhamdulillah ramai yang memenuhi undangan mak dan abah. Ni antara tetamu mak dan abah yang hadir.





 
Selepas pukul 1.00 tengah hari barulah bermula jemputan aku dan beradik yang lain. Tahun ni jemputan ala kadar je lah jugak. Ada adik aku yang kurang menjemput kawan-kawan. Tapi yang istimewanya open house tahun ini adalah menunya kerana aku kira 90% makanan yang dihidangkan dimasak sendiri oleh kami. mak sebagai ketua chef dan kami sebagai ass chef. Memang penat tapi sangat seronok bila tengok orang suka makan. Nasi dan lauk-lauk memang semuanya mak aku yang masak (dengan bantuan kamilah). Dan desert pulak yang modern semuanya kami buat sendiri. Cuma kuih-kuih tradisional sahaja yang kami tempah sebab tak cukup masa nak buat semua benda (walaupun kalau ikut hati semua nak buat sendiri...heheheh). Ni antara menu kami. Silalah layan gambar ya.
 

 








 

Menu yang aku buat sendiri : Steamed Choc Cake with Choc Ganache, Blueberry Cheese Tart, Kek Batik dan Blueberry Cheese Cake (Tak sempat ambik gambar..:-)) Aku buat steamed choc cake 2 biji (saiz 8 inci), Blueberry Cheese Tart 180 pcs, Kek Batik 2 biji (saiz 9 x 9) dan blueberry cheese cake 1 biji. Semuanya selesai tak sampai ke petang. Alhamdulillah.




Kek Batik resepi kawan aku Kak Radz. Memang sedap sehhhh...Thanks Kak Radz for the receipe.
Jemputan aku kali ni macam biasalah daripada kawan sekolah, kawan kolej, kawan opis dan kawan lain-lain.

Kawan sepejabat yang hadir tak ramai mana tapi kepada yang hadir terima kasih ya - Suzanti (susah-susah datang awal pagi sebab nak ke Teluk Intan kemudiannya), Kak Hawa dan keluarga, kak Ton dan keluarga, Faida dan keluarga, Linda dan Abg Hamzah, Diana dan keluarga, Ery dan keluarga, Kak Mai dan keluarga dan tak lupa yang cukup istimewa Timbalan Ketua Pengarah DBP, Encik Kamarul Zaman Shaharudin dan keluarga. Terima kasih Encik Kamarul kerana sudi memenuhi jemputan abah. Abah aku mantan staf Encik Kamarul masa dia baru mula kerja dulu. Encik Kamarul memang sangat baik. Jarang sekali undangan abah tak dipenuhi selepas abah pencen ni walaupun rumah dia dengan rumah aku bukannya dekat. Terima kasih Encik Kamarul. Kepada yang lain-lain juga aku ucapkan terima kasih kerana sudi singgah ke teratak kami.

Encik Kamarul bersama-sama isteri dan dua anak dara mereka.
Kak Li sempat buat peace lagi...hehehehhe 
 
Abah dan Mantan Bossnya, Encik Kamarul

Kak Hawa bersama suami dan anak
 
Ery, dengan mak dan Abg Krul
 
Senior officer aku, Kak Ton dengan keluarga

Kawan sekolah rendah yang sudi datang juga aku ucapkan terima kasih. Alyn dan keluarga (kawan ketat aku ni kalau tak datang mmg kena sembelih ngan abah ngan mak...heheheh), Cikja dan keluarga dan juga Maria dan keluarga. Terima kasih ya kawan-kawan.

Kawan aku dalam industri buku, Faiz al-Shahab yang datang dari jauh jugak terima kasih banyak-banyak ya Faiz. Kesian anak ko kena marah ngan aku. Tapi korang yang suruh kan? hehehehee....Faiz ni anak penulis terkenal, Aina Emir tau kawan-kawan. Kalau korang rajin baca novel melayu sure korang kenal Aina Emir.

Kepada satu-satunya kawan kolej yang masih berhubung dengan aku tak lain dan tak bukan Ina, terima kasih ya Ina. Anak ko mmg peramah habis tau. Hehehehheee....

Kawan-kawan aku masa zaman sibuk berFC dulu jugak tak ketinggalan. Geng-geng Za8FC, Angahku -Tisha dan keluarga, Achikku Odah dan keluarga, Kak Belle dan keluarga, Kak Suzie dan keluarga, Yanz, Anas dan hubby, CT dan ehem2, Epul & Mrs Wifey, Adek & Apai, Kak Kin dan Abg Ajaq sekeluarga dan last but not least Zahid Baharuddin Juara AF2. hehehehee...Terima kasih semua sebab sudi luangkan masa.

Say cheeseeee - kak Belle dan Yanz

Anas dan hubby


Ct dan hmmmm...

Kak Suzie dan bala tentera (ala baru nak masuk 4...ok lah tu kak)

Apai, Zahid, Epul & Mrs. Wifey

Adek, Apai & Zahid

Za8FC Mini Gath :-)
Ehhhh tak lupa jugak trainer aku, Mohamad Ammar Yassir Yasin yang sudi datang. Thanks Ammar. Dulu kami sekampung (kampunglah sangat...), Parents dia pun dok keramat sebelum ni, tak jauh pun dari umah aku, bleh jalan kaki gitu. Tapi diorg baru je pindah Gombak. So dah tak sekampung lagi lah.hehehehe.Tak dapat sembang panjang pun dengan dia. Tapi ada lah sekejab aku dok sembang. Soalan dia, bila nak jumpa dia ni. Opssss.....mmg nak sangat. Rindu PT session tapi keadaan tak berapa mengizinkan. Insyaallah soon. Aku tak carik trainer lain punya. Mmg dah selesa dengan dia. Insyaallah dalam masa terdekat yg tak tau berapa dekat tapi harap tak lah jauh sangat kan?!
 
Kepada kawan-kawan semua, mintak maaf banyak -banyak kalau terkurang layanan. Org ramai. jadi aku mmg tak boleh nak layan sorang-sorang. Aku rasa paling kurang dapat layanan Cikja sbb dok kat dalam, Maria sbb dok sekali dengan alyn (hehehehee....alyn bleh sembang ngan dia), kak hawa dan mungkin jugak yg lain2. Tapi Zahid pun aku tak layan sangat sbb dah ramai kat table tu kan? hehehehee...Sorry ya guys. jangan serik datang tau. Korang datang serentak so aku kena bagi masa untuk pergi banyak2 meja kan?!! Sorry ya guys. Apapun aku sekeluarga ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang umah kami. Insyaallah tahun depan kita jumpa lagi ya.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

8 comments:

- dieyana - said...

haisy, sy smpi, cis tart tak de, dh abis kot eh..;-)

(sampai rumah, suami sy ckp, " sy nmpk bubur kat rumah kwn awk, tapi camner sy bleh lupa nak amik." 'Nyesal' tak mkn bubur..)

apa2 pun, bnyk sungguh menu rumah kak..tq atas jemputan..:-))

Ummu Madihah said...

Wah meriah betul rugi x dpt datang hari tu! Takpa tahun depan insya-Allah akak puasa enam awal2 lagi spy sempat kejar Aida punya open house!!

Aida Salleh said...

dieyana - alamak siannya adik akak sorang ni...insyaallah kalau akak buat nanti akak bawak utk awak skitlah ya. doa2kan ada org orderlah, sbb kalau ada org order baru akak buat. hehehehe...siannya hanafi tak sempat makan bubur.tq jugak kat korang dua sbb sudi datang umah akak. (tapi akak bleh pulak terlupa ambik gambar awak...huhuhuu)

ummu madihah - insyallah kak...kalau panjang umur kami buat kami undang akak lagi...

Mama Gee said...

meriah sungguh. mcm2 adeee.....

shukri hamzah said...

beb, buat open house untuk aku sorang je bleh tak?heheheh(kes menyesal tak dapat datang)

Sue Abd Aziz said...

Buat malu je saya dtg tgh2 tuan rumah bersilat kat dapur. Mulanya nak jumpa Mak je... last2 habis sepinggan gak... hehehehh... Kalau dari Teluk Intan balik tgh hari atau petang... mmg sah saya singgah buat muka tak malu makan kali kedua... banyaknya menu! Terima kasih atas jemputan...

Aida Salleh said...

mama gee - macam astro kan? hehehee

shuk - boleh beb..boleh blah...hehehhee

sue - ishhh saya lagi malu sbb tgh comot awak datang...hehehee...apa2pun terima kasih ya awak sbb sudi singgah pagi2 tapi tak dapat jamu apa sangat pun. makan pun campur2 je dalam pinggan...huhuuuu

dekdaa said...

Waaaa super meriahnya open house kak aida.
Kalu sy masih kat KL, sure sy gi..
rindu nak jumpa geng2 za8FC.

Wah cik CT kita dah ada ehem ehem.. tahniah tahniah :D

Nnti kirim salam kat inche zahid ehehe.