Wednesday, September 5, 2012

Kisah Toll Gate!

Aku nak bercerita sikit tentang toll gate girl/boy pagi ni. Aku rasa ramai je antara kita yang mengalami pengalaman sama macam aku bila berhadapand dengan toll gate girl/boy ni. Ambil duit atau bagi kad dengan muka yang masam mencuka, senyum entah ke mana, tak pandang langsung muka kita dan buat kerja sambil berborak dengan kawan atau melalui telefon. Biasa kan? Tapi bukanlah aku kata semua macam tu. Cumanya selalu je jumpa yang macam tu.
 
Tapi pagi ni aku rasa best sangat. Aku jumpa toll gate gate yang sangat tinggi budi bahasa. Pergi kerja pun lalu tol? jauh ke rumah aku dengan pejabat? Tak jauh pun tapi saja gatal-gatal nak lalu tol. Hehehehee....Aku suka ikut AKLEH, alah tol RM1.50 tu. Kalau pagi-pagi lah sebab nak potong jalan-jalan jem yang biasa tu. Tapi tak juga selalu aku ikut tol ni. Kalau jalan nak menghala ke pasar keramat tu jem aku teruslah divert ke AKLEH.
 
Hari ni aku nampak jalan menghala ke Pasar Keramat jem. Jadi aku terus naik AKLEH. Tapi alamak...banyak pulak kereta tapi moving lah. Aku dah panas hati lah jugak. Penat je bayar tol kalau jem macam ni. Huhuhuuu...Tapi istighfar banyak-banyak untuk tenangkan hati. Sampai je kat toll gate girl aku macam biasa hulur duit dengan senyum lah (senyum kan sedekah..heheh). Sekali aku dengar dia cakap 'Terima kasih' dengan senyum manis terukir di bibir si toll gate girl tu. Fuhhhh...amazing. Susah nak dapat ni. Bagus betullah budak tu. Jadi dalam hati aku terus berdoa semoga dia diberkati Allah sepanjang hari.
 
Ucapan terima kasih dan senyum tu bukanlah susah sangat pun tapi susah bagi kebanyakan orang untuk buat dua perkara tersebut. Setuju tak?!
 
(Source: x-spotsaudiarabia.blogspot....)
 
 

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

4 comments:

Ummu Madihah said...

setuju, memang senyum itu sedekah tetapi ramai yg susah nak senyum. Pasal toll gate girl juga, ada sebahagian yg pakai sarung tangan. Bagus tu sebab kalau x, hari2 buat dosa bersentuhan dgn yg bukan muhrim. Kalau toll gate boy pulak, susah juga kita nak mengelak spy x sentuh tangan mrk, jenuh handle duit spy x jatuh dan x sentuh tangan org!

- dieyana - said...

Kalau dia senyum dr. mula bertugas smpi akhir bertugas, tentunya bsr pahalanya, kan! yg tk senyum tu, agaknya takut mulut jadi lebar smpi ke telinga kot..^_^

Sue Abd Aziz said...

Saya ada jumpa org tol yg lagi hampeh... masa tu tol 50 sen kat nak masuk bandar sri permaisuri tu... skrg dah tak ade. Budak pompuan ni mmg keret tau... sebab selalu ulang alik nak amik hakim, terpaksalah lalu jugak. budak ni dahlah tak senyum siap marah2 lg kalau kita bg duit kertas seringgit tu... "tak ada duit 50 sen ke? hish... susahlah kalau mcm ni"... tak panas ke telinga dgr? saya terus cakap... kalau tak nak kerja, berlambak lagi org lain nak kerja tau.... terus saya pecut kete. nampak muka dia bengang sgt. geram jugak... nasib naik tol tu dh tutup, kalau tak mmg saya panas je...heheheh

Aida Salleh said...

ummu madihah - mmg kak. payah kan? tapi kadang2 kelakar jugak bila toll gate girl pakai sarung tngan tapi tak pakai sarung lengan. so tutup sampai pergelangan tangan sahaja yg belah atas terbuka.

dieyana - hehehehee...

sue - tu lah pasal. sure bengang je kan? mesti hari2 kene sumpah budak tu...hehehehe