Wednesday, September 5, 2012

Dilema

Bulan Syawal ni ramai yang mengundang untung rumah terbuka dan juga Jamuan Hari Raya di pejabat. Aku kalau takde aral melintang memang takde masalah untuk memenuhi undangan, mmg undangan wajib dipenuhi sekiranya tiada halangan. Tu pesan abah aku. Memang aku akan ingat insyaallah.
 
Tapi  aku dalam dilema sebenarnya. Dalam majlis seperti itu banyak makanan yang disajikan. Pelbagai jenis. Dari makanan beratnya sehinggalah pencuci mulut yang lazat-lazat. Kalau ikutkan hati dan nafsu memang semua aku nak baham. Tapi bila fikir balik soal kesihatan aku, aku sabarkan diri. Cumanya orang susah nak faham dan susah nak terima. Orang kata tak sudi nak makan lah, memilih makananlah etc. Jadi macam mana?
 
Aku memang sudi nak makan dan suka nak makan. Tapi aku tak boleh nak makan. Sebabnya buat masa sekarang ni aku sememangnya perlu memilih makanan kerana aku dalam usaha untuk mengurangkan berat badan aku. Orang yang memang gemuk dari kecil macam aku ni memang payah nak kurus. Aku pun bukan nak kurus cuma nak dapatkan berat badan yang sedikit ideal untuk diri aku. Tapi cabarannya memang hebat.
 
Takkan aku nak cakap dengan orang aku tengah amalkan cara hidup sihat? Poyo gila bunyinya. Takkan aku nak cakap aku tak makan semua makanan tu pulak. Memang aku makan tapi aku tak boleh nak sebat semua benda. Memanglah makan sikit-sikit tapi kalau sikit sikit sudahnya jadi banyak jugak kan? Huhuhuhuuu...
 
Aku dalam dilema. Macam mana nak jaga hati orang dan dalam masa yang sama nak dapatkan diet yang sihat? Huhuhuhuuuu....
 

 


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

10 comments:

norhidana said...

hheheheh.... dugaan2... nk jaga hati org dtg je ke open house tu tp makan apa yg ptt je... jgn amik banyak, amik dlm kuantiti skit je, bt rasa2 je

Aida Salleh said...

mmg buat macam tu je pun. ambik main course dalam small portion pastuh layan borak sampai lebam. bangun pun untuk ambik air je. kalau tak bangun org kata tak makan....jd kene lah pandai2...heheheh

Ummu Madihah said...

Dilema besar tu Da! Akak masa puasa dah turun 5 kg. Skrg dah naik balik satu setengah kg. Belum lagi habis Syawal! Kalau akak masih di ofis, samalah menghadapi dilema yang besar ini!!

- dieyana - said...

erm, serba salah gitu....besar sungguh cabaran tu...harap k.aida dpt menanganinya.. (hahah, ayat mcm nk 'tangani' mss..;-)

kasihredha said...

makan sikit je aida..ambil hati tuan rumah :D
kalau ikut hati sure le nak makan semuakan.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

samalah.. tapi kekadang tak tahan makan jugak.. nanti stress tgok org lain makan hihi

Sue Abd Aziz said...

Samalah saya pun... makan jugaklah walaupun sikit... takut tuan rumah kecik ati kan... tapi tulah, kita yang makin mengembang... hahahahh.. sabar je la. Lps ni, kena buat sesuatu balik. Rasanya puasa lagi baik, di samping dapat pahala, dapat jaga kesihatan jugak kan?

Noraini Abd. Shukor said...

Lepas ni puasa sunat banyak2...

Aida Salleh said...

Ummu madihah - wah bestnya akak sampai 5kg turun. kalau keje lagi sure masa raya naik 3kg. hehehehe

Aida Salleh said...

dieyana - hehehe...tengkiu dik..

kasihredha - tu lah pasal kak. mmg ambik hati je. tak boleh rasa semua. huhuuu

baby - hehehehee

sue - betul tu awak. moh kita puasa isnin khamis pasni..

noraini - betul tu awak. itu yg terbaik :-)