Wednesday, November 30, 2011

Terima Kasih Yana!

Tengah hari semalam aku terima permintaan sorang lagi kawan baik aku, Haziana@ Yana. Yana ni suka sangat makan Steamed Butter Cake aku. So dia nak order untuk makan esok. Aku sebenarnya ada session dengan Ammar malam tadi tapi sbb tak nak hampakan hasrat kawan aku yang sorang ni, aku pun penuhi jugaklah hasrat dia. kami ni aku buatkan ala2 marble. Ni lah dia Marble Butter Cake (Steamed) yang Yana teringin sangat nak makan.


Terima Yana!

Harap puas hati dengan hasil tangan aku ni.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, November 28, 2011

Kuih Seri Muka

My first attempt in making Kuih Seri Muka ! Boleh tahan jugaklah rupa dia. Puji diri sendiri...hehehehhee...Tapi sila abaikan dua titik ditengah2 tu ya...Ni lah akibat masuk air, tak bungkus tutup kukus dengan kain.

Resepi ni aku dapat daripada kawan kakak aku, Kak Cheq. Terima kasih Kak Cheq sebab sudi kongsi resepi ni.

Komen yang aku terima daripada family aku:

i)   Abah - Bagus. Sedap.
ii)  Kak Nor - Atas kalau keraskan skit pun boleh., pulut plak macam lembik skit. 
iii) Anie - Sedapppp. Cuma pulut je kene improve. Kalau kurangkan santan pun ok.
iv) A'a -  Sedappp. Tapi pulut kene improve jugak. Kene lebihkan santan.
v)  Ain - Ok. Sedap.
vi) Lan - Ok.
vii) Adik - Ok jer.

(Baru aku teringat mak aku tak komen aper2. hmmmm....)

So untuk next time aku akan improve mana yng terkurang terlebih tu. Aku rasa lapisan yang atas dia mmg takde masalah. Cumanya lapisan pulut kene improve.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, November 25, 2011

Happy 22nd. Birthday Brotha

Hope you have a great year ahead and lots of success.
May Allah bless you always!

Happy 22nd. Birthday Brotha 
- Mohd Azmie @ Amie @ Achik

My Brotha wif d 3 Budak Sibuk...
hehehheee...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Terima Kasih Kak Shima & Mek Sue

Tak sangka aku gambar Blueberry Marble Chhese Cake yang aku upload dalam blog aku tempoh telah memuikat hati xboss aku Kak Shima, dan sepotong kecil kek yang sama yang aku berikan pada sahabat baik aku Suzanti @ Mek Sue telah memikat anak tekaknya. 

Kesannya, tempahan terus dibuat untuk dimakan pada hujung minggu ni. Inilah dia, Blueberry Marble Cheese Cake yang ditempah oleh kedua-dua sahabat aku ini.
Tempahan Kak Shima

Tempahan Mek Sue

Ready to deliver!
Terima kasih Kak Shima & Mek Sue!

Kalau sedap n puas hati lain kali bolehlah order lagi ya...:-)

Special gift utk Kak Shima & Mek Sue

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, November 22, 2011

Telur Goreng Minyak


Apa yang korang nampak dalam gambar kat atas ni? Yes memang lah telur goreng. Tapi selain tu? Hmmm...cuba tengok kat dasar pinggan tu. MINYAK yang membanjiri telur tu. Fuhhh...macam telur goreng minyak pulak kan? Nak makan pun kalau setakat nak lap dengan sehelai tisu mmg tak boleh. Kena tekap dengan berhelai-helai tisu baru boleh kurangkan minyak yang berladung kat dalam pinggan telur tu.

Aku rasa inilah antara punca kenapa % obesiti kat Malaysia ni tinggi (aku pun termasuk dalam peratusan tu juga....huhuhuuu). Faktor pemakanan aku kira sangat mempengaruhi peningkatan %. Makanan berminyak, berlemak dan juga penggunaan gula yang tinggi dalam makanan. Memang susah nak elak perkara-perkara macam ni lebih-lebih lagi kalau kita makan di kedai. (kalau makan di rumah kurang masalah sebab kita boleh kawal apa yang kita nak guna bila masak). Tapi untuk yang bekerja macam mana pula nak makan di rumah kan? Alasan yang munasabah kan?

Jadi macam mana nak atasi masalah ni?! Marilah kita fikirkan sama-sama.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, November 20, 2011

Blueberry Marble Cheese Cake



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, November 13, 2011

Apam Polkadot Lagi!

Malam ni aku gigih siapkan tempahan Apam Polkadot kawan office aku - Maznun dan kawan lama aku - Suzana. (Gigihlah sangat...100 biji je lar...hehehhehe)

Tempahan Maznun -
Apam Poladot Warna Pink & Purple Filling
(maz kata filling ikut sukati aku...hehehehe...aku buat Choc & Mixfruit Jem)

Tempahan Suzana -
Apam Polkadot Filling Choc (Warna ikut sukati aku...heheheh)
Terima kasih kawan-kawan sebab sudi rasa air tangan i. Harap berpuas hati. (Maznun, sorry ya dik purple to too dark pulak)
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Delicious but Healthy


1/4 chicken with 3 Beans Sallad + Sweet Corn....yummyyyyy...
(Ammar kata - Good Choice)

Terima kasih akak sebab belanja brunch hari ni!

Ni pulak akak aku punya. Less healthy (hehehhe) sebab ada chips....

1/4 Chicken with Chips + Potato Sallad

Mushroom Soup

Garlic Bread


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, November 12, 2011

Terima Kasih Mak!

Pagi ni lepas subuh je aku mula buat Apam Polkadot untuk kawan mak aku - Ustazah Munah dan Makcik Yati. Ustazah Munah kenduri pukul 11.00 pagi ni, Makcik Yati pulak kenduri petang. Kalau nak senang boleh buat malam tadi tapi aku nak diorang makan yg segar dari kukus...heheheh...Tu pasallah aku buat pagi ni juga. Lagipun hari ni kan tak kerja so takde masalahlah.

Terima kasih mak sebab tolong anak mak meniaga kecik-kecilan. :-)

Filling Jem & Kaya

Filling Kaya & Muxfruit Jem juga

Tempahan untuk Kawan Mak

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, November 11, 2011

Happy 19th. Birthday Brotha!

May you find good times and friends on whichever path you choose.
Stay strong, stay positive and may all your dreams continue to come true.

May Allah bless you always!

Happy 19th, Birthday My Sweet Little Brotha 
- Mohd Azree @ Adik @ Acu

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Steamed Choc Cake & Apam Polkadot Lagi!

Lewat petang semalam aku dapat sms daripada kawan - Da, Call back. Urgent. Aku pun call lah. Risau aku bila dengar urgent tu. Rupa-rupanya kawan aku nak order Steamed Choc Cake dengan Apam Polkadot. Dua-dua tu dia nak hari ni. Perghhh.....memang last minute ni. Tapi sebab kawan baik kan, aku sangguplah juga nak buatkan.

Tapi sebenarnya jadual aku untuk malam tadi penuh. Lepas office aku nak pergi gym, lepas tu nak fetch adik aku yang keluar office pukul 11. Aku dok berkira-kira nak cancell gym, balik buat kek dengan apam atau pun balik fetch adik aku pukul 11 baru buat. Fikir punya fikir punya fikir, akhirnya aku buat keputusan buat kek dengan apam tu lepas balik fetch adik aku. Maknanya aku mula buat semua dalam pukul 12 lah juga. Fuhhh...takpelah. Aku korbankan sedikit masa tidur aku untuk memenuhi hasrat seorang kawan. Hari ni kita gembirakan dia, esok lusa orang lain pula gembirakan kita. Betul tak?

So lepas office aku terus pergi gym, lepas tu terus ke Jaya Jusco Kepong untuk beli barang dan fetch adik aku. Lepas tu terus balik. sampai rumah lebih kurang pukul 11.40. nasib baik aku dah mandi lepas workout tadi jadi aku tak payahlah mandi lagi kan. Aku teruslah buat kek dulu. Lepas kek baru aku start buat apam pulak. Aku selesai semua kerja tu lebih kurang pukul 4 pagi. Fuhhhh....gigihnya aku. :-) terima kasih banyak-banyak kat adik aku Aphyd yang sudi teman aku walaupun tak sampai selesai. Puas dia dok main game kat Galaxy Tab dia yang baru tu. Lepas main game dengar lagu tapi aku tak siap-siap lagi. Akhirnya dia surrender sebab mata dah mengantuk. Kesian dia.Thank you ya Aphyd.

Ni lah rupa Steamed Choc Cake with Choc Topping dengan Apam Polkadot Filling Choc yang dah ready untuk deliver pada kawan aku. Nor @ Lynn - Thanks for d repeat order ya. Tapi lain kali order awal skit tau. Sian aku kene berjaga sampai pagi...:-)





Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, November 10, 2011

Thank You Boss!

Tengah hari ni Boss murah hari belanja satu department makan tengah hari. Tempat yang kami tuju (cadangan mr. cc) adalah Restoran Anis, Pantai Dalam. Aku biasa dengar nama restoran ni tapi tak pernah pergi. Ramai rakan sepejabat yang dah ke sana. Restoran ni terkenal dengan masakan pantai timur. Menu pilihan kami hari ini:


Ayam Percik - Pilihan aku..:-)

Gulai Kawah - menu wajib pilihan Boss

Ulam-Ulaman - Pilihan kak Ton

Ayam Kampung Goreng - Pilihan aku jugak

Sambal Tumis Udang - Pilihan Kak Hawa

Siput Sedut - Pilihan Kak Ton

Ikan Masin - Pilihan Kak Hawa

Begedil - Pilihan Kak Hawa

Kak Suri n Kak Ana

Bob & Z

Kak Hawa & Kak Ton

Aku dengan Boss (Abaikan tudung aku yang senget tu ya...hehehh)

Desert - Lompat Tikam

Buah Melaka

Kuih Akok

Ni lah boss aku yang murah hati tu. TQ Boss. Saaayang Boss...:-)
Secara keseluruhan aku rasa lauk pauk kat restoran ni memang best. Pilihan yang banyak dan juga rasa yang sedap. Boleh lah datang lagi lepas ni. :-)

Nampak macam rosak diet plan aku je kan? tapi aku rasa alhamdulillah. aku berjaya kawal makan dengan baik. Aku cuma ambik satu senduk nasi (atau setengah senduk?), ayam percik, ayam kampung goreng (sepotong kecil), gulai kawah - kuah dan sedikit sahaja daging dan ulam2. Agak banyak berbanding biasa cumanya aku rasa masih terkawal. Aku berjaya menepis godaan sambal tumis udang, siput sedut. Alhamdulillah.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Let's Read...

Stuff that i've been reading....



(Lend by my Trainer)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, November 9, 2011

Workout!

Dah lebih seminggu aku tak dapat pergi gym untuk workout sebab masalah calf tu. Tadi aku dapat kembali ke gym. Seronok rasanya. Aku buat kardio 45 min (aku tau tak lama pun berbanding dengan org lain yg buat lagi lama tapi tak kesahlah kan. Yang penting aku buat) dan weight (dengan trainer) lebih kurang 1 jam. Alhamdulillah. Takde kecederaan berlau. hehehheee...

Ni jumlah kalori yang berjaya aku bakar masa buat kardio.

Fast Trainer

Treadmill
Alhamdulillah......Esok lusa sambung lagi....Insyaallah...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, November 7, 2011

Begedil!

Tengah hari tadi aku buat begedel sebab mak aku masak soto. Resepi begedil mak aku mmg terbaiklah. Aku sukaaaa....:-)

Dah siap gaul segala bahan yang perlu-daging, kentang, bawang goreng, pepper, salt

Setelah dibulat-bulat kan. Tapi bulat ke? hehehhehe.....

Ni dah ready tunggu minyak panas nak goreng...


Dah siap...jom makan.....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Selamat Hari Raya Aidiladha
buat semua Muslimin dan Muslimat walau di mana juga anda berada!

Image Detail

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, November 5, 2011

Apam Polkadot & Steamed Cake

Esok hari raya. Tugasan utama aku apa lagi kalau bukan buat kek dengan apam polkadot. Aku mula buat seawal subuh lag. Tapi awal pagi tadi aku buat untuk tempahan Nor @ Lynn - 100 biji Apam Polkadot Filling Choc dan sebiji Steamed Choc Cake with Choc Topping. Terima kasih Nor sebab sudi repeat order dengan aku.

Kek yang belum siap tabur choc rise....

Apam Polkadot Filling Choc
Tengah hari pulak aku buat Apam Polkadot Filling Kaya & Mixfruit Jem yang ditempah oleh adik aku, nak bagi pada client dia petang tadi. Aku buat dua warna jer. Pink dengan Kuning. Terima kasih adik sebab order dengan Keda...:-)


Cantik pulak pink ni kan? :-)
Lepas siap Apam untuk tempahan tu aku buat untuk rumah pulak. Untuk rumah ada macam2 rupa...:-)


Ni belum masak punya tau....baru ready nak kukus...
 Siap Apam Polkadot, aku buat pulak Butter Steamed Cake...

Pandangan dari atas

Pandangan Sisi

Setelah dipotong
Siap buat Steamed Butter Cake aku buat pulak Steamed Choc Cake pulak....


Choc Topping ni memang melt giler...Sedappppp.....
Selesailah kerja membuat kek aku untuk hari ini...:-)
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!