Wednesday, November 10, 2010

Tragedi 101110

Salam....

Disebalik tarikh cantik 101110 ada peristiwa yang pasti tak dapat aku lupakan. Aku terlibat dengan kemalangan di Jalan Tun Razak herhampiran Stesen LRT Titiwangsa. Peristiwa berlaku pada awal pagi masa aku nak pergi kerja. Masa tengah berhenti sbb ada kawalan trafik, tiba-tiba aku dengar bunyi hentaman yang sangat kuat dan lepas tu aku sedar kereta aku dilanggar dari belakang dan aku tergerak ke depan melanggar Nissan Vanette yang ada kat depan aku....Dalam hati aku dah membebel, saper plak yg mabuk pagi2 buta ni langgar orang.

Aku relax kejab pastu terus keluar.Bila aku keluar aku nampak ada 3 biji kereta kat belakang aku dah melekat sesama sendiri.

Belakang sekali Serena-remuk teruk depan dia, Proton Persona - remuk depan dan belakang, Honda Civic - remuk jugak depan belakang, Proton Waja aku - bumper dah terperesok kedalam, Nissan Vanette depan aku kemek skit.
Serena yang jadi punca kejadian tu mmg habislah, silap2 total lost, Persona dengan Civic tu tak boleh jalan, aku dengan Vanette yang alhamdulillah bleh jalan.

Masa aku keluar kereta dan tengah jengok2 kereta semua tu ada sorang uncle datang kat aku. Dia tanya, siapa yang brek emergency? Aku jawablah takde siapa pun. Aku mmg tengah berenti, Vanette depan aku pun tengah berenti. Aku cakap kat dia, kereta belakang tu yg tiba2 rempuh kitaorag. Aku tak perasan saper uncle tu. lepas dah bersembang dengan orang kete belakang aku dengan org lalu lalang yg ada kat situ, baru aku tau uncle yg tanya aku tu sebenarnya org yg langgar persona tu. Dialah org mabuk tu. nasib baik aku tak maki dia. Tapi dia mmg cool giler lah. Dah menyebabkan Accident macam tu pun dia boleh cool gila. Budak2 pomen yang bersepan kat situ secara tiba2 tu cakap uncle tu org besar kat universiti. Mmg ada gaya pun. Segak bergaya dengan kot semua panas2 tu.huhuhuhu...

Nasib baiklah depan je tempat kitaorang accident tu mmg ada polis trafik tengah dok jaga. So cepatlah sikit. Bawak kete ketepi then bila adik aku, abah aku dah datang, tanya kat polis tu dia kata boleh pergi report kalau kereta boleh jalan, so aku pun teruslah pergi buat report kat Jalan Bandar. letih ooo nak kene beratur ambik no. pastu nak pi jumpa SM lagi. Ambik report. Ambik gambar. Huhhhhh setengah hari jugak menyelesaikan benda2 tu...Nasib baik aku tak kena saman. Alhamdulillah....

Okaylah tak nak panjang citer, korang layanlah gambar kat bawah ni...Ni gambar yang sempat aku ambik....

Ni lah kereta yang terbang tiba-tiba tu...Serena

Ni Persona yang dihentam oleh Serena
Persona hentam Civic pulak
Civic hentam aku plak
Dan aku hentam Vanette

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

2 comments:

azura said...

aku nak gelak pun ada...nak sedih pun ada... ni citer menyayat hati, tapi laras bahasa kau sgt humor. apa pun, selamat repair waja. tak pun order inspira saja... take care dear!

Aida Salleh said...

hehehee...aku malas nak buat citer sedih sbb aku mmg sedih...kalau layan sedih mmg tak leh wat keje nanti...so aku citer yg kelakar je lah...kalau tak kang nanti ramai plak tumpang simpati ngan aku...huhuhu