Wednesday, September 19, 2012

Alhamdulillah!

Just a very short update!
 
Syukur alhamdulillah doaku dimakbulkan Allah. Kak Nor baru call tadi beritahu yang pihak Tabung Haji maklumkan abah, mak dan kak nor akan berangkat ke Tanah Suci pada 3 Oktober 2012. Jadi maknanya mereka akan berangkat sebelum aku ke luar negara pada 7 Oktober 2012. Syukur alhamdulillah. terima kasih ya Allah! Aku sangat bersyukur!


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, September 12, 2012

Arghhh.....Teruknya

Pelik betul kenapalah jalan jem sangat pagi ni. Memang luar biasa. Aku tersangkut sepanjang Jalan Mahameru. Very slow moving. Aku ingat ada kemalangan tapi bila sampai ke depan takde pulak. Jadi tak taulah sebab apa jalan jem gila pagi ni. Huhuhuhuuu...


 

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, September 11, 2012

Jamuan Hari Raya Aras 10

Entri tertunda.
------------------

Sebenarnya hampir terlupa tentang perkara ni sebab aku tak ambil gambar sendiri. Dok tumpang kamera orang jer. Dok belek emel hari ni baru teringat. Jamuan Aidilfitri tahun ni kami sepakat untuk bergabung 3 bahagian- Bahagian Harta Intelek, Bahagian Buku Sastera dan Pentadbiran Jabatan Penerbitan. Kami di aras 10 ni tak ramai. Jadi bila dah bergabung pun tak ramai jugak. Tapi kalau tak bergabung lagilah tak ramai. Tu yang baik gabung je. Baru meriah sikit.
 
Ramai jugak tetamu luar bahagian yang datang. Tetamu istimewanya sudah tentulah Ketua Pengarah DBP sendiri, Dr. Haji Awang Sariyan. Ni aku nak tayang gambar aku dengan KP. :-)
 
KP jadi selebriti hari tu.
Nak makan pun tak senang ada je yg nak bergambar, termasuklah aku.
Hehehehehehee
Macam-macam juga juadah yang ada pada hari tersebut. Antaranya Mee kari, laksa, sate, pulut kuning, lemang, salad dan pelbagai juadah pencuci mulut. Aku sendiri bawa Steamed Chocolate Cake (hasil tangan aku )dan Popiah Goreng (hasil tangan adik ipar aku). Ni gambar aku dengan hasil tangan aku. :-)
.
Gediks ambil gambar dengan kek buatan sendiri.

Nilah rupa sahsiah kek aku

Popiah adik ipar aku

Untuk pulut kuning dan sambal tumis ikan bilis ni pula, dibuat khas oleh aku (dan mak) atas permintaan kakak kesayangan aku kak Laily. Kira ambil upah buatlah ni. Jual pulut dengan sambal pulak aku tak pasal-pasal. Heheheheheee....Tapi aku sangat puas hati sebab orang sangat suka pulut dan sambal tumis tu. Siap dapat beberapa order lagi lepas tu. Heheheheheee....

Tolonglah....ambik gambor dengan pulut pun suka bebeno...hehehhehe
Antara tetamu yang hadir.
Yang hujung berdiri sebelah kanan tu Pengarah Penerbitan (Pengarah aku lah tu).

Sedondon aku dengan Abg Shah.
Kak Hawa dengan Z tu sibuk enterprem. Abg Shah tak perasan pun aku je perasan.
hehehehehe


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

US Open 2012

Akhirnya Andy Murray berjaya juga merangkul gelaran Grand Slam pertama apabila menewaskan Novak Djokovic dalam perlawanan akhir US Open 2012 pagi ini. Pastinya kemenangan ini lebih berharga berbanding kemenangannya dalam Sukan Olimpik baru-baru ini.
 
Aku secara peribadi sangat gembira dengan kemenangan Murray ini. Bukan sebab aku peminat setia Murray (peminatpun bukan) tetapi sebab aku sangat tidak menyukai Novak Djokovic. Aku minta maaf kepada peminat pemain Serbia ni tapi aku memang tak boleh blahlah bila tengok dia. Huhuhuuuu...jadi siapapun yang lawan dia mesti aku sokong punya. Huhuhuu...Tapi selain daripada tu aku suka juga Murray menang sebab aku kesian kat dia ni. Tak pernah dapat pun Grand Slam title. FInal dah banyak kali juga tapi menangnya tak pernah. Jadi bila dah memang macam ni kalau dia nak bersara pun bolehlah. Hehhheeee...
 
Murray mengalahkan Novak Djokovic dalam 5 set - 7-6 (10), 7-5, 2-6, 3-6, 6-2. Perlawanan yang kalau mengikut review agak membosankan. Aku tak tengok pun sebab perlawan sebelah pagi subuh alam. kalau Rafa atau Federer aku gagahkan juga tapi bukan keduanya makanya aku tak berapa nak gagahlah. hehehehee...Tapi kalau aku mesti bosan jugak sebab dua hero aku takde. Rafa masih belum pulih dah Roger dah tersangkut di pusingan suku akhir apabila ditewaskan oleh Tomas Berdych. Kecewa sungguh aku. Huhuhuuu...
 
Apa-apapun,
 
CONGRATULATION MURRAY!
(Source: http://www.usopen.org)

Dengan kemenangan ini juga secara rasminya Andy Murray berjaya menolak Rafael Nadal dari tangga ketiga ke tangga keempat. Huhuhuuu....Cepatlah sembuh wahai Rafael Nadal. Tak sangggup nak tengok dia terus tergolek tanpa melawan macam ni. Huhuhuuu
Wish you a sepeedy recovery Rafa!
We missed you on court!
 
(Source: FB Rafa)

 

 



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, September 10, 2012

Debaran Lambaian Baitullah

Insyaallah mak, abah dan kakak aku kan ke Tanah Suci untuk mngerjakan fardhu haji tahun ini. Untuk mak dan abah ini bagi kali kedua (alhamdulillah) untuk kakak aku pula ini untuk kali pertama. Pengesahan nama sudah diterima. Segala macam benda semua dah diterima cumanya tarikh penerbangan masih belum diterima. Seperti yang abah dan mak harapkan, mereka insyaallah akan terbang hari-hari terakhir. Mungkin selepas 10 Oktober 2012. Tapi pengesahan masih belum diterima. Sehingga hujung minggu lepas tarikh sebenar masih belum dapat lagi. Yang pastinya mereka akan ke Mekah terus dan bukannya ke Madinah dahulu. Ini memang yang abah aku harapkan.
 
Sebenarnya aku sangat berdebar menunggu tarikh tersebut. Aku sangat mengharapkan mereka berlepas sebelum 7 Oktober ataupun selepas 18 Oktober (which aku rasa mustahil tapi aku nak berharap juga). Sebabnya cuma satu. Insyaallah aku akan bertugas di luar pada 7-18 Oktober 2012. Oleh itu sekiranya mereka pergi sebelum 7 Oktober 2012 dapatlah aku menghantar mereka, mengiringi mereka ke Tanah Suci. Sekiranya mereka pergi antara 7-18 Oktober makanya aku takkan dapat hantar mereka.
 
Aku tak sanggup nak fikir macam mana rasanya tak dapat hantar mereka. Sangat sedih. (Ketika menaip entri ini pun aku rasa sebak dan mula menitiskan air mata). Masa mula-mula terima berita tentang arahan kerja tersebut aku rasa sedih sangat. Tapi bak kata abah, itu dah tugas. Jadi jangan engkar perintah. Abah memang macam tu. Sangat komited dengan kerja. Abah selalu pesan jangan engkar arahan. Kita makan gaji. Jadi aku faham dan sentiasa ingat pesan abah. Cumanya aku tak dapat nak tahan kesedihan sekiranya aku tak dapat hantar mereka.
 
Hari-hari aku rasa berdebar menunggu tarikh keramat tu. Aku terus berdoa agar doa aku dimakbulkan. Aku nak hantar mak dan abah dan akak ke Tanah Suci. Dan aku nak sambut mereka pulang dari Tanah Suci. Kepada kawan-kawan, tolonglah doakan. Aku tak nak berendam air mata.
 
(Source: 4stroke5.com)
 

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, September 9, 2012

Jom Makan Makan!


Hari ni aku dengan kakak aku pergi menjamu selera di Zam Zam Restaurant di Jalan Tunku Abdul Rahman. Kami terasa nak pergi sangat sebab kalau tak silap restauran ini adalah francais/cawangan kepada Restaurant ZamZam di Singapura yang cukup terkenal tu. Kami kalau ke Singapura memang selalunya singgah ke Restaurant Zam Zam. Kami suka Murtabak Singapore dan Nasi Beriani restauran ni. 





Tapi hari ni kami tak makan Nasi Beriani. Kami pilih Bihun Soto dan sudah semestinya Murtabak Daging. Bihun Soto memang terbaiklah. Murtabak pulak aku rasa lebih sedap yang dijual di Restaurant Zam Zam Singapura. Tapi kalau nak lepaskan craving tu aku rasa kira oklah. Harganya pun kira ok-ok jugak. Untuk dua menu ni plus Air Teh O Ais Limau dan Sirap Bandung Selaseh harganya lebih kurang RM35.00. Ok lah kot.
 
Bihun Soto

Murtabak Daging


Gangs Murtabak Daging - Kuah Kari dan Salad Timun


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, September 8, 2012

Alhamdulillah...

Hari ni rasa seronok sangat sebab dapat memenuhi sebahagian besar daripada undangan kawan-kawan. Hari ni sebenarnya ada 4 undangan diterima. 2 open house, 1 wedding dan 1 open house + visit new born baby. Daripada 4 tu cuma satu je yang tak dapat nak pergi sebab dah lewat sangat walaupun mmg pada awalnya plan nak gi. Jangan salah faham. Bukan bersungguh nak pergi sebab nak makan, tapi nak memenuhi undangan. Sebabnya aku rasa sangat happy kalau org penuhi undangan aku. Jadi aku nak orang rasa yang sama lah bila aku penuhi undangan diorg. :-)
 
Perjalanan pertama bermula seawal pukul 12.00 tengah hari, menghadiri rumah terbuka kawan kakak aku di Bandar Tun Razak. (Lupa pulak nak ambik gambar...hheehhe). Antara makanan yang dihidangkan adalah Mee Bandung (terbaikkkkkk), lontong, pulut kuning dan desert (termasuk fruit tart kami...hehhehehe). Duduk sana tak lama pun sebab banyak lagi destinasi kan.
 
Lepas tu terus ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kawan aku, Fetri & Faridah. Di sinilah seksa bermula. Jalan jem gilaaaaaaaaaaaaaaa. Dari Bandar Tun Razak aku ikut Jalan Cheras. Mula-mula cantik je, tapi bila dah dekat dengan kilang Federal Bakery tu jalan makin teruk. Jadi aku carilah alternatif. terus masuk ke Jalan Tun Razak. Kononnya biar jauh asalkan tak jem. Tapi rupa-rupanya masya'allah. Lagi teruk. Huhuhuuu...Gerak dari rumah kawan akak aku pukul 1.30 thari, dan pukul 3 lebih aku masih tak sampai lagi. Huhuhuu...dalam hati aku dah nekad, lewat pun aku kena pergi jugak sebab taknak rasa ralat macam sebelum ni. Tapi alhamdulillah jenuh berdoa aku selamat sampai ke majlis tu dalam pukul 3.40 petang. Orang still ada lagi dan yang paling best aku dapat jumpa pengantin. Lepaslah hajat aku nak jumpa pengantin. Kenapa aku nak sangat jumpa pengantin? Sebab nak bagi tau dia aku datang majlis dia. Heheheheee...
 
Ambil gambar kat bunting sekali....
Gatal kakak aku kata...hehehehehe

Aku dengan pengantin. Kelakar gaya ko Pit...hehehehe
Masa nak ambik gambar aku cakap kat pengantin aku nak pisahkan korang sekejab.
Hahahahahaa...
Lepas wedding tu aku terus gi ke Taman Muda pulak. Dalam perjalanan singgah dulu kat Petronas kat Cheras Baru untuk solat Zohor dan Asar. Solat Zohor hujung waktu. Huhuhuu...Tapi alhamdulilah jalan tak berapa jem. Senang je jugak nak carik rumah kawan aku Ilan & Asiah (dua-dua orang kawan sekolah aku masa Form 6). Diorng baru je dapat baby, baru 3 hari. 1st baby. Tu yang aku excited nak pergi tengok. Nama pun belum ada. Antara nama yang sedang dipertimbangkan adalah Isaac- fuhhhh moden gila seh. Sampai je rumah aku call Ilan sebab Ilan yang msg aku. So dia kata betullah rumah tu masuklah. Sampai-sampai dalam rumah rupanya Ilan keluar pergi beraya. Memang hantu raya betul. Nasib baik Asiah dengan baby ada. So aku dok dukung baby n sembang dengan Asiah lah. Dalam berapa minit pastu baru Ilan sampai umah. nasib baik sampai. Kalau tak memang aku sekeh je kepala dia. Tapi bukan depan Asiah lah. Kang marah pulak bini dia. Hehehheee.... Antara makanan yang ada Nasi Arab, Mee Rebus, Salad dan desert. Aku cuma ambil salad dan ayam seketul. Ala kadar je kan. Nasib baik ada salad. Lepas makan ala kadar, aku pun gerak.
 
 
Aku dengan baby Isaac. Sama comel kan Aku dengan baby.
Hehehehee....
 
Masa tu jam dah pukul 5.30 petang. Kakak aku tanya, nak gi ke Seremban tu? Hajat hati memang nak pergi tapi bila tengok jam dah pukul 5.30 petang pastu dengan keadaan trafik hari ni yang macam hell terus tak jadi pergi. Sebab takut sampai sana dah malam kang. Maaf ya Fatin. Insyaallah lain kali kalau kio tak buang aku daripada senarai jemputan ko aku pergi. Huhuhuuuu...

Dari Taman Muda nak balik ke Keramat pun makan masa sebab jalan jem lagi. Aku sampai rumah dah dekat pukul 8.00 malam. Terpaksa solat hujung waktu lagi. Huhuhuuu...

Tapi aku puas hati juga sebab dapat memenuhi banyak juga undangan hari ni. :-)


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, September 5, 2012

Dilema

Bulan Syawal ni ramai yang mengundang untung rumah terbuka dan juga Jamuan Hari Raya di pejabat. Aku kalau takde aral melintang memang takde masalah untuk memenuhi undangan, mmg undangan wajib dipenuhi sekiranya tiada halangan. Tu pesan abah aku. Memang aku akan ingat insyaallah.
 
Tapi  aku dalam dilema sebenarnya. Dalam majlis seperti itu banyak makanan yang disajikan. Pelbagai jenis. Dari makanan beratnya sehinggalah pencuci mulut yang lazat-lazat. Kalau ikutkan hati dan nafsu memang semua aku nak baham. Tapi bila fikir balik soal kesihatan aku, aku sabarkan diri. Cumanya orang susah nak faham dan susah nak terima. Orang kata tak sudi nak makan lah, memilih makananlah etc. Jadi macam mana?
 
Aku memang sudi nak makan dan suka nak makan. Tapi aku tak boleh nak makan. Sebabnya buat masa sekarang ni aku sememangnya perlu memilih makanan kerana aku dalam usaha untuk mengurangkan berat badan aku. Orang yang memang gemuk dari kecil macam aku ni memang payah nak kurus. Aku pun bukan nak kurus cuma nak dapatkan berat badan yang sedikit ideal untuk diri aku. Tapi cabarannya memang hebat.
 
Takkan aku nak cakap dengan orang aku tengah amalkan cara hidup sihat? Poyo gila bunyinya. Takkan aku nak cakap aku tak makan semua makanan tu pulak. Memang aku makan tapi aku tak boleh nak sebat semua benda. Memanglah makan sikit-sikit tapi kalau sikit sikit sudahnya jadi banyak jugak kan? Huhuhuhuuu...
 
Aku dalam dilema. Macam mana nak jaga hati orang dan dalam masa yang sama nak dapatkan diet yang sihat? Huhuhuhuuuu....
 

 


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!