Wednesday, August 8, 2012

Berputih Mata

Hari ni Malaysia berputih mata lagi sekali apabila pelumba basikal negara Azizulhasni Awang gagal merealisasikan impian untuk membawa pulang pingat emas pertama dunia apabila hanya berjaya menduduki tangga terenam dalam acara  individu lelaki Sukan Olimpik 2012. Walau bagaimanapun beliau berjaya memperbaiki pencapaiannya dalam Sukan Olimpik 2008 yang lalu.

Mungkin faktor kecederaan yang dialami sebelum Sukan Olympic ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada kegagalan beliau dalam Sukan Olympic pada kali ini. Walaupun gagal memenangi pingat emas dan sebarang pingat, kecekalan dan semangat beliau untuk bersaing dalam temasya ini patut kita puji.

Dengan usia yang masih muda, aku kira Azizul punya peluang lagi untuk merebut pengat tersebut pada sukan Olympic yang akan datang. Insyaallah.



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

2 comments:

Mama Gee said...

petang ni pandalela beraksi di separuh akhir...inilah peluang terakhir kita nk dpt apa2 pingat..huhu

Aida Salleh said...

ya betul. walaupun peluang tak berapa nak cerah tapi mana tau kan ada rezeki.