Aku memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana aku tidak terkesan sangat dengan PSO tersebut. Aku dikekalkan dibahagian sekarang ini. Yang berubah cumanya nama bahagianku sahaja. Daripada Bahagian Hak Cipta menjadi Bahagian Harta Intelek.
Bukanlah aku takut untuk bertukar atau memulakan sesuatu yang baru. Tetapi aku sangat senang dengan tugasan aku sekarang ini. Menguruskan hal yang berkaitan dengan hak cipta dan harta intelek penulis bagiku cukup menarik. Sesungguhnya skop kerjanya begitu luas tidak seperti apa yang difikirkan oleh orang lain diluar sana. Aku bahagia dengan 'kerjaku; di sini. Dan aku ingin terus kekal di sini buat masa ini.
No comments:
Post a Comment