Thursday, July 1, 2010

Hati Yang Kecewa

Aku sangat kecewa hari ni sebab hasrat aku nak tengok konsert Ella di Istana Budaya (IB) esok tak kesampaian. Memang salah aku sebab tak beli tiket awal-awal. Sebenarnya aku tau tentang konsert tu pun agak lambat. Aku cuma tau awal minggu ni bila Ella dijemput hadir ke konti Sinar Pagi. Bila aku dapat tau Ella nak buat konsert di Istana Budaya aku sangat teruja tapi masih was-was lagi nak pergi ke tak. Aku bukan kaki konsert dan abah aku pun bukan izinkan sangat aku pergi tempat-tempat konsert ni. Tapi bila aku fikir balik, kalau konsert dekat Istana Budaya mesti jauh bezanya dengan konsert di stadium kan? pasti lebih tertib, teratur dan lebih selamat. So aku tanya kawan baik aku nak pergi tak? Dia pun kata ok dia boleh temankan aku kalau aku nak pergi. Konsert kat IB dia tak kisah tapi kalau konsert kat stadium memang dia tak bagilah aku pergi. So aku pun nekadlah nak pergi.

Memandangkan aku yang ajak so aku offer diri pergi beli tiket (tapi nak claim kemudian...hehehe)...Tapi awal minggu aku tak sempat. So aku minta dia belikan. Dia pun tak sempat on the day yg aku mintak tu. So the next day, aku ingat nak cabut keluar sekejab tapi banyak kerja pulak. So aku mintak tolong officemate belikan. Dia tak dapat beli petang semalam, hari ni baru dapat pergi.

Aku dah teruja dah. Tapi keterujaan aku punah bila dia call bagi tau tiket below RM180.00 dah habis. RM250.00 adalah. Uwaaaaaaaaaaaaaaa......aku tak sampai hati nak keluar duit RM250.00 sorang untuk konsert dan tak sampai hati juga nak mintak orang belanja tengok konsert yang harganya RM250.00 seorang.

Makanya, terpaksalah aku lupakan hasrat aku tu. Aku sangat kecewa dan sedih.

Sebabnya entah bila lagi Ella nak buat konsert di Istana Budaya lagi....dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan lagi tu. Uhuksss...

Sis Ell,
Semoga konsert sis success dan semuanya berjalan lancar....
luv ya.....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

2 comments:

Anynomous Fan said...

salam

kalo tgk kt www.ticket2u.biz ade lg tiket rm180. mmg rm50 dgn rm80 dh habis dijual.

rugi la kalo tak pegi. sbb mmg sgt superb!! mlm ni sy pon akan pegi tgk lagi :)

Aida Salleh said...

thanks for d info...memang dah rugi dah pun...n rasa ralat sangat tak dapat gi....huhuhuhuhuhuuu...bleh share gambar tak? nak sangat tengok...uhuksss