Tuesday, July 6, 2010

Tiba-tiba...

Assalamualaikum!

Hati aku sayu hari ni. Teringat pada kawan-kawan yang jauh di mata tapi dekat dihati. Rindu sangat. teringat saat-saat indah bersama-sama. kenangan di sekolah, di universiti, di pejabat. Aku rindu dengan kawan-kawan aku. Sebabnya aku sayang kawan-kawan aku.

Tapi tiba-tiba aku terfikir. Adakah mereka ingatkan aku? Adakah mereka sedar lagi akan kewujudan aku di muka bumi ini? Entahlah....aku rasa seolah macam tidak. Terlalu berprasangka buruk kah aku? Entahlah....

Tapi jauh disudut hati kadang-kadang aku rasa aku ni seolah-oleh tidak diingati. Bukan setakat jauh di mata jauh di hati tapi kadang-kadang seperti dekat di mata tapi jauh juga di hati....uhukssss....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

1 comment:

Anonymous said...

hehe.. rindu tak kat saye ;P