Sunday, July 11, 2010

Happy 66th. Birthday Abah!

Peace be upon u!
11 Oktober 1944 yang lalu, sepasang suami isteri merasa sangat gembira dan bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang cahaya mata lelaki yang sempurna dan sihat tubuh badannya. Bayi comel tersebut dinamakan Mohd. Salleh bin Md. Hashim, merupakan anak sulung kepada pasangan Md. Hashim Md. Tahir dan Maimon Haji Jalil.
Masa berlalu begitu pantas. Hari ini, bayi tersebut menyambut ulang tahun yang ke-66. Walaupun bukan bayi lagi tapi masih comel..hehehehhee....Bayi comel tersebut adalah abah aku.
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan abah tersayang,
Allah selamatkan kamu.
Selamat hari ulang tahun yang ke-66 abah. Eda doakan semoga abah:
i) Dipanjangkan umur yang berkat
ii) Diberi kesihatan yang baik
iii) Diberi kebahagiaan dunia dan akhirat
iv) Diberi kesabaran dalam menghadapi kerenah kami yang pelbagai
v) Dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah selama-lamanya.
Abah, Eda sayang abah. Terima kasih atas segala-galanya.

Pic gelap tapi ini jer gambar abah sorang yang ada kat pc ni.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: