Bukan mudah membuat keputusan sedemikian. Bertahun-tahun cuba bertahan dan menyelamatkan keadaan tapi akhirnya gagal. Mungkin telah ditakdirkan perkahwinan yang dibina atas rasa cinta antara satu sama lain itu akan berakhir sedemikian rupa. Mungkin itu keputusan terbaik buat keduanya.
Semoga selepas ini kedua-dua mereka akan lebih bahagia.
Semoga selepas ini kedua-dua mereka akan lebih tenang.
Semoga selepas ini tiada lagi sengketa.
Kepada M, A, Y - anak-anak mereka, aku doakan semoga kalian tabah hadapi segalanya. Jangan disalahkan ibu atau ayah kalian. Walau apa pun berlaku jangan dibenci mereka keduanya kerana tanpa mereka kalian tidak mungkin ada dibumi ini. Sayangi mereka walau apa juga keadaannya. Redha dengan ketentuan ilahi. Mungkin ayah banyak salahnya dan mungkin emak tidak kurang juga tapi kalian harus sedar bahawa mereka manusia biasa. Jangan ada rasa benci dalam diri buat mereka. Sayangi dan hargailah mereka seadanya.
Buat C, doaku agar kau tabah hadapi semuanya. Walaupun aku tau ini yang kau harapkan sekian lamanya, namun sebagai perempuan aku tau kau juga terluka dengan perpisahan ini. Ada riak duka disebalik wajah gembira itu. Tabahkan hatimu. Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaanmu.
Buat R, jangan dibenci org itu keterlaluan. Kenangkan kebaikannya kepadamu suatu ketika dulu. Dia pernah berjasa padamu sayang. Aku tau kau punya hati yang mulia. Jangan diikutkan perasaan marah. Ya mmg dia menyusahkan hidupmu sekarang ini tetapi dia juga pernah memberi kesenangan kepadamu suatu ketika dulu. Kenangkan semua itu sayang.
No comments:
Post a Comment