Thursday, August 26, 2010

Mak dan Radioterapi

Pagi-pagi ni kami dapat panggilan telefon daripada HKL. Diorang maklumkan mak aku boleh mula rawatan Radioterapi hari ni. Diorang call pukul 8++ suruh datang hospital pukul 10 pagi.Best betul.Inform lah awal-awal. Bak kata mak aku, dah nak berak baru nak gali lubang.huhuhuhu...Alasan tak beritahu awal-awal sebab masa appointment sebelum ni abah aku kata boleh mula bila-bila tak kisah. Memanglah boleh bila-bila tapi bagi tau tau awal-awal. Ni dak....ikut suka jer....Memandangkan mak tak dapat datang pagi ni so reschedule bali. So diorang kata boleh mula Isnin depan, 30 Ogos 2010.

So minggu depan mak aku akan mulakan rawatan Radioterapi selama 25 hari berturut-turut. Hari-hari kene pergi hospital. Aku harap semuanya berjalan lancar. Korang tolong doakan mak aku ya.

Aku rasa ada baiknya aku kongsi dengan korang tentang rawaran Radioterapi tu. Mesti ramai yang tak tau kan? aku pun sebelum ni cuma tau kemoterapi jer.Bila mak aku dah kena macam ni barulah aku tau (nak ambil tahu) apa bendanya Radioterapi tu.

Ok. Korang bacalah sikit info tentang rawatan Radioterapi kat bawah ni. Info ni aku ambil dari http://drrushdanoor.tripod.com/id23.html.

Rawatan radioterapi adalah salah satu kaedah rawatan kanser yang sangat penting. Radioterapi bukan saja penting untuk rawatan kanser wanita tetapi juga kanser-kanser lain. Tidak semua kanser boleh dirawat dengan pembedahan ataupun kemoterapi. Rawatan radioterapi adalah salah satu rawatan yang menggunakan sinaran-X yang berkuasa tinggi ataupun bahan radioaktif untuk membunuh sel-sel kanser. Bab ini akan membincangkan kaedah rawatan radioterapi khusus untuk kanser organ reproduktif wanita terutamanya kanser pangkal rahim, kanser rahim dan kanser payudara. Rawatan radioterapi untuk kanser-kanser yang melibatkan organ-organ badan yang lain mempunyai kaedah yang berbeza walaupun mempunyai asas yang sama.

BAGAIMANA RADIOTERAPI BERTINDAK KE ATAS SEL-SEL KANSER

Secara amnya terdapat dua jenis radiasi yang sering digunakan untuk tujuan rawatan radioterapi iaitu :

a. Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ( asas penghasilannya adalah sama seperti X-ray biasa tetapi ianya mempunyai kuasa yang lebih tinggi) , sinaran ini dihasilkan melalui hentaman kuat elektron di luar nukleus. Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ini dikeluarkan oleh alat yang dinamakan Linear Accelerator dan rawatan yang diberikan dinamakan “External Beam Radiotherapy” ataupun EBRT.

b. Sinaran Gamma (“Gamma ray”). Sinaran gamma dikeluarkan oleh bahan radioaktif. Penggunaan sinaran gamma digunakan di dalam rawatan Brakiterapi.
APAKAH FUNGSI RAWATAN RADIOTERAPI
Rawatan radioterapi mempunyai beberapa tujuan, diantara tujuan rawatan radioterapi adalah seperti berikut :

A.RAWATAN UTAMA.
Sebagai kaedah rawatan utama kanser.
B.RADIOTERAPI ADJUVAN.Kaedah rawatan radioterapi ini diberikan untuk mengurangkan kadar kejadian semula kanser kepada pesakit-pesakit yang telah menjalani rawatan utama contohnya rawatan pembedahan. Rawatan Radioterapi ini dikenali sebagai rawatan adjuvan ( “Adjuvant Radiotherapy”). Contoh rawatan ini adalah rawatan Radioterapi selepas rawatan pembedahan radikal histerektomi untuk kes kanser pangkal rahim. Pakar Kanser akan menentukan samada pesakit memerlukan rawatan radioterapi adjuvan.

C.RADIOTERAPI NEOADJUVAN.
Sebagai rawatan permulaan sebelum pesakit menerima rawatan utama. Tujuan rawatan neoadjuvan radioterapi (“Neoadjuvant Radiotherapy”) ini adalah untuk mengecilkan saiz kanser dan dengan itu rawatan pembedahan yang akan dijalankan menjadi lebih mudah. Contoh rawatan neoadjuvan ini adalah rawatan ke atas sebahagian kes kanser pangkal rahim dan kanser payudara.

D.RADIOTERAPI PALIATIF.
Peranan terakhir rawatan Radioterapi adalah sebagai kaedah rawatan untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanser yang sudah tidak dapat disembuhkan lagi. Ini dinamakan Radioterapi Paliatif ( “Palliative Radiotherapy”). Contoh rawatan ini adalah kepada pesakit kanser payudara ataupun kanser-kanser lain yang merebak ke tulang belakang dan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan ataupun lumpuh. Contoh lain adalah rawatan ke atas kanser yang merebak ke bahagian otak. Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan memulihkan lumpuh. Rawatan radioterapi paliatif ini cuma diberikan pada bahagian yang menjadi penyebab kesakitan ataupun kelumpuhan sahaja. Kanser di bahagian lain badan tidak akan dirawat kerana ianya sudah tidak dapat
disembuhkan lagi.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: