Wednesday, August 25, 2010

Nafsu Berbuka Puasa

Semalam aku berbuka puasa dengan adik beradik aku tapi adik beradik ayah tak sama mak asing-asing - angah dengan achik. hehehehe....Jenuh fikir nak buka dekat mana akhirnya kitaorang decide pergi Subang Parade je. Alasan ke Subang Parade, tempat tak ramai orang sangat dan dekat dengan Komuter.
Nak pilih tempat nak makan pun jenuh gak daripada pagi sampai ke petang takde idea. Akhirnya kitaorang pergi UncleLim je. Sebab tak nak makan nasi, tak nak heavy sangat, tak nak makan banyak sangat...hehheheee...Ni lah hidangan berbuka puasa kitaorang semalam...

Curry Puff. Sedap gak.

Otak-otak. Tak best. Terasa ikan sangat-sangat. Nasib baik share.

Fried Mee With Mushroom. Kureng sedap. Mushroom je best.

Kuehtiaw Soup. Oklah. Boleh diterima tekak.

Chicken Poridge. Not bad. Boleh makan lagi lah.

Nilah namanya order ikut nafsu. Makan bertiga air sampai 8 gelas.Kisah benar ni jangan tak percaya. Soya Cincau, Honey Lemon, Cincau, Ice Lemon Tea (2 gelas), Cendol, Cold water (3 gelas)..Heheheheeee...

Sebab air dah order sampai 8 gelas makanya makanan kitaorang pun tak habis. Yang habis cuma curry puff je. Lain semua tak habis. huhuhuuuuu


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: