Friday, August 13, 2010

Dugaan Ramadhan 2

Semalam tayar pecah so hari ni nak ke tak nak terpaksa lah tukar tayar. Kalau tidak, pakai tayar sotong je aku kang :'(. Aku tukar tempat biasa kat Shah Alam. Mesti orang kata apa lah jauh-jauh tukar tayar. Kl takde kedai tayar ke? Itulah korang tak tau (baca ikut style ajiz dalam Ali Baba Bujang Lapok ya..heheh). Aku tukar kat sana sebab dah biasa. Jadi harga boleh runding punya. :)
Memandangkan selesai semua dah lewat makanya aku pun buka puasa kat Shah Alam baru balik.Ni lah juadah berbuka aku dengan Ruziq n Zira.mula-mula kitaorang pergi Bazar Ramadhan yang dekat dengan Stadium Shah Alam. happening gak. Banyak makanan kat sana. Tapi belum sempat selesai membeli belah hujan turun dengan selebat-lebatnya. kekuyupanlah kitaorang. Ni antara makanan yang kitaorang sempat beli. Ada lagi yang lain tapi tak sempat ambik gambo dah hujan...otak-otak, kepak n tongkeng ayam (zira mengidam...hehehe), cempedak goreng..selera macam orang dah lama tak makan.hehheheheheee..

Lepas tu kitaorang pergi RestauranShuhaidah. Kitaorang ambik set buka puasa untuk 2 orang sebab tadi dah memborong dekat Bazar Ramadhan. Ada 3 jenis lauk - tomyam campur, lemon chicken, mix vegie. Boleh tahan sedapnya - tomyam cukup masam n pedas (memenuhi citarasa aku), lemon chicken ayam garing n lemon tak pekat sangat, vegie cam biasalah. Overall: I like!




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: