Jumaat lepas, Kak Nani Bhg. Sains & Teknologi (Rosnani Md. Jihin) kehilangan ayahanda tersayang. Sabtu pulak Saliza, Bhg. Dasar & Pembangunan Korporat. Isnin pagi sampai2 opis dimaklumkan tentang kematian ayahanda Shukri Bhg. Majalah pula. Belum habis hari, petang dikejutkan dengan berita kematian ayahanda Hasnol Bhg. Kewangan pulak. Malam semalam aku terkejut lagi sekali mendengar berita kematian ayah mertua Saiful Bhg. Multimedia pula. Terkejut kerana setau aku Saiful baru sahaja mendirikan rumah tangga pada hari Sabtu lalu. Yang lebih sedihnya kenduri belum sempat diadakan lagi. Kenduri di rumah pengantin perempuan pada sabtu ni. Tak dapat nak dibayangkan perasaan pengantin perempuan. Aku diberitahu majlis pernikahan sepatutnya berlangsung ari sabtu ni diikuti dengan bersanding. Tapi nak dijadikan cerita tok kadi fully booked pulak so pernikahan dibuat awal seminggu. Mungkin inilah kesempatan yang Allah bagi pada arwah untuk menikahkan anaknya terlebih dahulu sebelum dia menutup mata selamanya. sehari selepas menikahkan satu-satunya anak perempuannya dia pun pergi menutup mata. Dia diberi kesempatan dan peluang untuk menyerahkan amanah dan tanggungjawab menjaga keluarga kepada satu-satunya menantu lelaki dalam keluarga itu. Kepada Saiful, jagalah amanah yang diberi itu sebaiknya.
Sesungguhnya ajal di tangan Allah. Kita tak pernah tahu bila dan bagaimana ia akan berlaku. Sebagai hambanya kita haruslah sentiasa bersedia.
Kepada sahabat-sahabat yang baru kehilangan ayah, Kak Nani, Saliza, Shukri dan Hasnol Takziah diucapkan. Begitu juga Saiful yang kehilangan ayah mertua.Takziah. Semoga roh mereka di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.
1 comment:
al-fatihah
Post a Comment