Monday, June 1, 2009

Percutian Yang Menyakitkan Hati

Aku nak marah ni....marah sangat...marah dengan sesetengah hotel kat Malaysia ni.
Double standard dengan org muslim yg bertudung. Pakai tudung takleh masuk pool. Apsal? kotor sangat ke tudung tu?Mesti korang tertanye2 apsal aku marah tak tentu pasal ni kan? sat lagi aku citer...

Last weekends aku, mak, kakak ngan adik lelaki aku gi Palace Beach & SPA, Mines bawak 3 org combat...hehehheehe (anak2 buah aku Wan 5 yo, Jijie 4 yo, Ayoi 2 yo)...berehat2 lah kononnya....tujuan utamanya nak mandi kat swiming pool...sebenarnya nak hiburkan hati anak2 buah aku yg kene tinggal ngan mama diorg yg balik kg (ehhh jangan salah faham....bukan kakak ipar aku sengaja nak tinggal tapi ada sebabnya tak dapat nak bawak diorg balik kg...)...So sebagai baby sitter yg baik kitaorg pun bawaklah diorg gi tido hotel...hehhehehhe




Kitaorg check in hari jumaat n check out ari ahad....Abg aku pilih that hotel sbb dia ada artificial beach....memandangkan abg aku yg bayar hotel so kitaorg tak banyak cakap lah...dah dok free so janganlah banyak cakap..hehhehehe....abg aku booking 2 bilik....ada connecting door...so senang skit nak kuar masuk...
Ari jumaat tak p maner2 pun.Lepas dinner 2 combat dah tido. 1 je combat yg tak tido2 dok tengok citer monster. Sebenarnya dia dah ngantuk sbb dia tanye aku 'Ayang bila citer ni nak habis?' Dia gagahkan mata dia nak tengok gak citer tu sampai abis. Ngam abis je aku pusing skali dah lelap.
Ari Sabtu pepagi lepas breakfast mak ngan adik ngan combat kecik kuar gi kenduri tinggallah aku ngan kakak aku bersama-sama combat besar dengan combat tengah.hehehhee...sedap nama anak2 buah aku kan? lepas mandikan diorg, kirtaorg bawak diorg pi breakfast kat coffee house hotel (abdul & charlies')....Food taklah best sangat...variety pun tak banyak sangat...anak2 buah aku makan cornflakes & honeystar je...macam tak berbaloi lah gak bayo...tapi dah itu je yg diorg nak makan nak buat camno...diorg terpaksa makan sebab kalau tak makan takleh mandi pool...papa dah pesan takleh degil...itu yg aku takut2 kan diorg...diorg dengan patuhnya ikut je lah dalam paksa...hehehhehe...
pas breakfast aku bawaklah diorg pi mandi pool. Kakak aku mmg takdenye nak jejak air. AKu je lah. Dia jadi pengawal pantai...hehehehhee...Pool tak ramai org pun. Kira pakai jari tangan pun cukup. So memula aku bawak kat tepi. Pastuh combat tengah nak pi tempat adult. dalam skit. so aku bawak lah. 1st day ni aku terlepas sebab takde org tegur. Puaslah so combat pusing satu pool aku bawak.
Tapi bila masuk 2nd day, SANGKUT. Masa aku nak bawak dia pi tempat adults, budak yg jaga pool tu cakap PAKAI TUDUNG TAK BOLEH MASUK.BOLEH DUDUK DEKAT TEPI JE. PASTUH DIA KATA KENE PAKAI SWIMMING ATTIRE. aku hangin dah masa ni. swimming pool kat malaysia pun banyak songeh. Kakak aku cakap KITA KAN KAT LONDON....mmglah takleh pakai tudung.l....kene pakai bikini baru leh mandi dalam pool.
Aku sebenarnye bukan marah sangat kalau dia kata kene pakai swimming attire baru leh masuk pool tapi yg aku marah dia kata PAKAI TUDUNG TAK BOLEH MASUK POOL. pastuh yg lagi buat aku bertambah mensirap ni bila aku tengok ada org lain yg pakai sama macam aku tshirt dengan track bottom bleh plak masuk. Beza aku dengan budak tu cuma TUDUNG jer. Tak ke double standard namanya tu? Memang hilang terus mood aku lepas tu. rasa kepala dah keluar asap dah. berapi2.
Balik bilik lepas mandi2 kan diorg aku terus carik guest's comment form. Aku nak comment habis2an. Kenapa perlu ada diskriminasi terhadap org2 bertudung? Lagipun aku bukan pakai tudung yg bidang 60 tu. Aku pakai tudung kecik yg aku masukkan dalam tshirt aku. tak ganggu org langsung. Kalau korang kene korang tak marah ke? tak hangin ke? aku mmg hangin betul. guest's commnet form tu aku isi dan aku bawak balik n post. Sengaja aku tak nak bagi kat kaunter sbb aku takut diorg bakul sampahkan form aku tu.
Lagi satu service kat coffee house pun lembab. Aku dah abis ambik makanan untuk dua2 combat, air, buah dah beapa kali bangun meja tak siap2 kemas lagi. memang lembab kan?! so walaupun pool dia macam best lah ada pasir2 sumer tu tapi mmg aku tak nak datang situ lagi. Cukuplah sekali.
Dah lah masa datang nak check in tu takde org sambut. Takde sape nak tolong angkat beg berat aku tu. Aku yg jalan terdengkut2 pun bleh diorg buat tak tau...Mementanglah aku datang naik kete waja. Apa ingat org naik kete waja tak mampu nak bayar ke?
So kesimpulannya cukuplah sekali...Takkan aku jejak lagi Palace Beach & SPA Mines tuh.
Ni gambor2 kat sana. AKu tak ambik gambo banyak pun sbb hangin punye hal kan...Ada skit gambo masa kitaorg pi naik boat kat mines...gi mines nak sejukkan ati...huhuhuhuuu...












Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

3 comments:

jaDE said...

pinpin, apa kata ko sebar2kan ke email .. cepat sikit merayapnyer ... nyirap darah aku baca!!! .. hampeh sungguh!!!! akan aku blacklist kan nama itu hotel

aemy yg kyute said...

salam pin... ko kutuk2.. terus tulis nama hotel.. tk pasai2 ko kena 1. saman hehehe... atau 2. hotel tu byr ko sbgi ganti rugi

Aida Salleh said...

apa plak nak saman aku...mmg betul kejadian tu...mana bleh suke suki dia nak saman aku....huhuhuuu