Tuesday, July 24, 2012

Aku Nak Senyum

Aku rasa nak senyum je malam ni. Sebabnya petang tadi aku terserempak dengan kawan sepejabat yang agak rapat dengan aku suatu ketika dahulu. Aku suka tengok dia. Cara dia bercakap, senyum dia (walaupun kalau tengok bukanlah hansome mana pun...hahahaha), gaya sombong dia (hahaha...gaya sombong pun suka kan?!) dan yang paling aku suka sebenarnya adalah cara dia layan aku dulu-dulu-mesra dalam kesombongan...hahahahahaaa...Tapi aku tidaklah sampai jatuh cinta pulak dengan dia. Aku cuma suka je. Aku kenal isteri dan anak-anak dia, begitu juga sebaliknya. Jadi memang tak pernah timbul rasa yang pelik-pelik dan tak sepatutnya. Aku cuma suka karektor dia saja dan tidak lebih daripada itu.

Jadi bila dah lama tak bersua muka ni, sesekali terserempak dan berbual ringkas pun buat aku rasa macam seronok je. Apa-apa entah aku ni kan? Sukatilah...hehehehhee....

 

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Fadhilat Solat Terawih Malam ke-5:

Allah SWT kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, July 23, 2012

Arghhhh....

Kesesakan jalan raya yang luar biasa pada bulan Ramadhan bukanlah perkara baru. Saban tahun perkara yang sama berulang. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang keluar pejabat pada pukul 5.30 petang macam aku. Rumah sejengkal pun mengambil masa lebih sejam. Contohnya petang tadi. Aku keluar pejabat pada pukul 5.30 petang dan aku cuma berjaya sampai ke rumah pada pukul 7.10 petang.  Dekat dua jam dalam kereta, pada hal jarak dari pejabat ke rumah aku tak sampai pun 10km. sabar je lah kan?
(Sumber: dwnsiswa.dbp.my)
Kadang-kadang aku rasa lagi baik aku naik LRT. Tidaklah aku stress dengan kesesakan jalan yang memang sangat menyesakkan kepala otak aku. Tapi kalau aku naik LRT, ada sedikit masalah kerana rumah aku sedikit jauh daripada stesen LRT. Kalau jalan kaki dalam setengah jam juga baru sampai. Kalau nak tunggu teksi rasa macam tak berbaloi tambangnya. Dekat pun dah RM5.

(Sumber: arizazali.blogspot.com)

Jadi macam mana? Tiba-tiba aku terfikir alangkah bagusnya kalau aku ada lesen motor. Boleh aku merempit je ke pejabat. Heheheheee.....
(Sumber: mynewshub.my)


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, July 22, 2012

Teman Lama

Dua tiga hari sebelum puasa secara tiba-tiba aku teringat pada seorang teman lama. Teman yang pernah menjadi teman paling rapat, berkongsi suka duka, menyimpan segala rahsia, teman yang telah dianggap oleh keluarga aku sebagai sebahagian daripada keluarga aku sendiri.

Memang kami sangat akrab. Ke mana-mana pasti berdua. Macam belangkas. Tapi itu cerita lama. Peredaran masa, peningkatan usia sesunggugnya mengubah segalanya termasuklah sikap manusia. Itu juga yang terjadi kepada persahabatan kami.

Sekarang kami tidak seperti dulu lagi. Dia sudah jauh. Walaupun jarak rumah kami tidak sejauh mana tapi hubungan kami seakan terputus. Sebabnya? Aku pun tak tahu. Tahun berganti dan sikap dia semakin berubah. Dia semakin melupakan aku. Dan sekarang ini mungkin lebih tepat kiranya aku katakan bahawa mungkin tiada langsung ingatan terhadap diri aku. Memang aku sedih pada mulanya. Tetapi sekarang ini aku sudah boleh menerima seadanya.

Cuma pada hari-hari istimewa seperti Ramadhan ini ingatan terhadap dia tiba-tiba datang. Lantas terus aku hantarkan pesanan ringkas (sms) kepada dia, mengucapkan Selamat Berpuasa dan Mohon Maaf Zahir dan Batin. Tetapi sms aku dipandang sepi. Tiada balasan langsung walaupun setelah berhari-hari. Aku sedikit sedih tetapi aku redha. Kita tidak boleh memaksa orang mengingati kita. Kita hanya boleh terus mengingati orang. Terpulanglah kepada dia.




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat kepada kita semua.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda:"Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serte terbelnggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsa)"

(Riwayat Muslim)



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, July 20, 2012

Sob Sob Sob....

Hari ini aku menerima dua berita yang menyedihkan. 

Yang pertama, seawal pagi aku dengar berita tentang hero tenis pujaan hati aku, Rafael Nadal yang tidak akan mempertahankan pingat emas sukan olimpik yang dimenangi di China empat tahun lalu kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Sangat sedih. Banyak betul berita tentang Rafa yang mendukacita sejak beberapa minggu ini. Gagal di pusingan kedua Wimbledon 2012 hingga menyebabkan beliau jatuh ke kedudukan nombor 3 dunia dan terkini tidak bersaing di Sukan Olimpik 2012. Sedih sedih sedih. Aku harap Rafa akan kembali pulih dan cergas dengan segera dan kembali memberi cabaran dan seterusnya merampas kembali takhta teratas dalam ranking tenis dunia.

Tak nak tengok muka sedih-sedih ni lagi.
Sebab kalau dia sedih aku lagi sedih.
Huhuhuhuu.....

Berita kedua, sahabat baik, Zura aku akan kembali bertugas di Wilayah Selatan bermula pada hari Isnin depan. Sedih sedih sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........Tapi sebagai sahabat aku perlu tumpang gembira sepatutnya kerana dengan kembalinya dia ke sana, dia akan lebih dekat dengan ayah tercinta yang kurang sihat. Semoga dia akan dapat berbakti kepada kedua orang tua dengan lebih baik lagi di sana nanti. Selamat kembali ke negeri tumpah darahmu sahabatku. Bawa kembali segala kenangan baik di sini ke sana dan tinggalkan segala yang buruk di sini. I'm gonna miss u!


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, July 19, 2012

The Amazing Spider-Man

Bercakap tentang filem The Amazing Spider-Man ini sebenarnya aku sedikit kecewa kerana hasrat untuk menonton filem ini di the World's Biggest Imax Theatre, Darling Harbour, Sydney (semasa percutian keluarga) tempoh hari gagal aku penuhi. Aku ralat sangat sebab jarak antara hotel kami dengan theatre tu memang tak jauh pun.Walking distance je tau. Tapi nak buat macam mana, jadual aktiviti yang agak padat, ditambah pula dengan takde siapa pun adik beradik aku yang nak tengok movie dengan aku masa tu buat impian aku tu tinggal impian je. Bak kata diorng macam kat Malaysia takde pawagam. memanglah ada tapi ni nak tengok kat the World's Biggest Imax Theatre ok?! Tapi mmg aku sorang je yang teruja nak buat macam mana. Impian tinggal impian je lah. Huhuhuuuuuu....

Jadi aku pun tengok je lah filem ni di Malaysia. Mula-mula hasrat hati nak tengok hujung minggu tapi rupanya hujung minggu ni dah puasa. Makanya aku terpaksalah tengok weekday. Bila dah tengok weekday malaslah nak pergi jauh-jauh.tengok dekat Wangsa Walk je lah sebab dekat dengan rumah. tengok kat Wangsa Walk takdelah 3D. Tapi nak buat macam mana. Aku tak kuasa nak gi jauh-jauh hari-hari keje ni.  Yang penting dapat tengok. Tak 3D pun takpelah.

Aku tak nak komen pasal filem ni sebab aku rasa aku tak layak. Bukannya sebab aku takde ilmu pasal filem (memang aku takde pun.hehehehe) tapi sebab utama aku taknak komen adalah aku ni peminat Spider Man. Jadi asal Spider Man je aku mesti kata best. Hehehehheheee...

Jadi aku bagi BFF aku punya komen je lah. Dia kata dari segi cerita tak berapa sangat sebab tak banyak beza dengan cerita Spider Man yang lepas (ishhhhh ni yg aku marah...heheheee), tapi dari segi garapan, teknik yang digunakan memang baguslah. Boleh ditonton dan tidak mengecewakan.




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, July 18, 2012

I'm Back!

Salam semua. Dah bersawang juga blog ni rupanya. Maklumlah tuan rumah sibuk berjalan jadi terpinggirlah blog ni buat sementara waktu. Tapi jangan risau. Tuan rumah dah balik dan dah ada mood nak berblog kembali. (Poyo je macam ramai sangat org nak baca...hehehehe). Insyaallah cerita2 terkini akan diupdate satu per satu. Tungguuuuuu....


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!