Dua tiga hari sebelum puasa secara tiba-tiba aku teringat pada seorang teman lama. Teman yang pernah menjadi teman paling rapat, berkongsi suka duka, menyimpan segala rahsia, teman yang telah dianggap oleh keluarga aku sebagai sebahagian daripada keluarga aku sendiri.
Memang kami sangat akrab. Ke mana-mana pasti berdua. Macam belangkas. Tapi itu cerita lama. Peredaran masa, peningkatan usia sesunggugnya mengubah segalanya termasuklah sikap manusia. Itu juga yang terjadi kepada persahabatan kami.
Sekarang kami tidak seperti dulu lagi. Dia sudah jauh. Walaupun jarak rumah kami tidak sejauh mana tapi hubungan kami seakan terputus. Sebabnya? Aku pun tak tahu. Tahun berganti dan sikap dia semakin berubah. Dia semakin melupakan aku. Dan sekarang ini mungkin lebih tepat kiranya aku katakan bahawa mungkin tiada langsung ingatan terhadap diri aku. Memang aku sedih pada mulanya. Tetapi sekarang ini aku sudah boleh menerima seadanya.
Cuma pada hari-hari istimewa seperti Ramadhan ini ingatan terhadap dia tiba-tiba datang. Lantas terus aku hantarkan pesanan ringkas (sms) kepada dia, mengucapkan Selamat Berpuasa dan Mohon Maaf Zahir dan Batin. Tetapi sms aku dipandang sepi. Tiada balasan langsung walaupun setelah berhari-hari. Aku sedikit sedih tetapi aku redha. Kita tidak boleh memaksa orang mengingati kita. Kita hanya boleh terus mengingati orang. Terpulanglah kepada dia.
4 comments:
kak, mungkin dia tukar no hp? ermmm...cuba kak call dia?
Salam sahabat akrabku, yg baik dan cantik... Persahabatan kita sangat meninggalkan kesan mendalam. Secara peribadi, aku bersyukur punya teman sehebat kau. Demi Allah, menitis air mata membaca coreta ringkas penuh bermakna ini. Pemergian aku bukan krn suka-suka. Ada sebab dan musabab.
Buat pengetahuan kau, aku tidak menerima sebarang sms ucapan selamat berpuasa melalui hp. Tapi yg melalui FB aku baca dan aku balas.
Kejauhan ini tidak mengubah langsung ingatanku terhadap kau, Aida. Selagi nyawa dikandung badan kau sentiasa dalam ingatan. Selagi cincin di jari menghias dan memaniskan jari-jemari ini, kau tetap sahabat dunia akhirat.
Maaf sangat-sangat andai segenap tingkah laku aku menyinggu hati dan perasaan kau. Aku menaip dengan deraian air mata. Maaf kerana membuatkan kau sedih dan kecewa. Saya sayang awak....
Beb, aku macam leh agak je kawan ko mana satu...heheh...dekat rumah kan?
dieyana - dia tak tukar dik. akak dah tanya adik dia...huhuuu..
zura - sebak hati aku baca tulisan ko. terima kasih banyak2. aku faham sebab pemergian kau. tapi kefahaman itu tak cukup kuat untuk mengusir kesedihan ini jauh-jauh.uhuksss...
aku pun takkan lupakan kau.insyaallah...kalau kau lupakan aku, ko sampai je kl aku pancitkan tayar kereta kau. hehehehehe...
shuk - betul lah tu syuk...aku rasa ko pun tau kan? uhuksss...
Post a Comment