Hari ini aku menerima dua berita yang menyedihkan.
Yang pertama, seawal pagi aku dengar berita tentang hero tenis pujaan hati aku, Rafael Nadal yang tidak akan mempertahankan pingat emas sukan olimpik yang dimenangi di China empat tahun lalu kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Sangat sedih. Banyak betul berita tentang Rafa yang mendukacita sejak beberapa minggu ini. Gagal di pusingan kedua Wimbledon 2012 hingga menyebabkan beliau jatuh ke kedudukan nombor 3 dunia dan terkini tidak bersaing di Sukan Olimpik 2012. Sedih sedih sedih. Aku harap Rafa akan kembali pulih dan cergas dengan segera dan kembali memberi cabaran dan seterusnya merampas kembali takhta teratas dalam ranking tenis dunia.
Tak nak tengok muka sedih-sedih ni lagi. Sebab kalau dia sedih aku lagi sedih. Huhuhuhuu..... |
Berita kedua, sahabat baik, Zura aku akan kembali bertugas di Wilayah Selatan bermula pada hari Isnin depan. Sedih sedih sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........Tapi sebagai sahabat aku perlu tumpang gembira sepatutnya kerana dengan kembalinya dia ke sana, dia akan lebih dekat dengan ayah tercinta yang kurang sihat. Semoga dia akan dapat berbakti kepada kedua orang tua dengan lebih baik lagi di sana nanti. Selamat kembali ke negeri tumpah darahmu sahabatku. Bawa kembali segala kenangan baik di sini ke sana dan tinggalkan segala yang buruk di sini. I'm gonna miss u!
1 comment:
huhuhhuu... sedih jugak sbb kawan yang kuat ketawa dah hilang sorang!
Post a Comment