Hari ini buat pertama kalinya dalam sejarah perkhidmatan aku, aku menghadiri Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh DBP. Sebab kehadiran tak lain dan tak bukan sebab abah tercinta. Kalau yang tak tau mungkin tertanya-tanya apa kena mengana abah aku dengan Majlis Berbuka Puasa pejabat aku kan? Kalau nak tau sejarahnya, abah aku sebenarnya mantan staf DBP. Berkhidmat di DBP selama hampir 36 tahun dan sudah bersara hampir 13 tahun. Sebagi pesara saban tahun abah menerima undangan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran DBP. Tetapi setiap undangan biasanya dipandang sepi. Bukan tak sudi cumanya abah aku agak cerewet bila bercerita hal berbuka di luar ni. Abah lebih gemar berbuka di rumah. Senang nak ke masjid untuk solat maghrib, isya' dan seterusnya terawih. Alasan-alasan itu yang membuatkan abah biasanya membalas setiap undangan dengan ucapan terima kasih sahaja.
Tapi tahun ini, aku pun tak tahu kenapa abah bersungguh-sungguh untuk menghadiri majlis tersebut. Katanya, dah bertahun-tahun terima undangan tapi tak pernah sekalipun pergi. Jadi tahun ni nak pergilah. Lagipun, DBP turut mengadakan tazkirah, solat Maghrib, Isya' dan Terawih berjemaah. Jadi tiada masalahlah. Cumanya abah aku akan pergi ke majlis tersebut seorang diri. Mak tak dapat pergi sebab tengah sakit kaki (akibat terlebih jalan beberapa hari lepas). Dan adik-adik lelaki aku yang dua oarang tu segan (atau malas) nak pergi. Jadinya aku lah calon yang paling layan untuk teman abah ke majlis tersebut. Sebabnya aku kan staf DBP. Jadi tiada alasan untuk tidak pergi. Jadi pertama kali dalam sejarahlah aku menghadiri majlis tu sejak berkhidmat di DBP dan pertama kali juga untuk abah menghadiri majlis tersebut sejak berpencen.
Aku pulang awal ke rumah hari ini seawal jam 3.45 petang. Ini kerana staf yang akan menghadiri majlis tersebut diberi pelepasan untuk pulang ke rumah seawal jam 3.30 petang. Tapi syaratmya mestilah staf yang telah mengesahkan kehadiran untuk menghadiri majlis tersebut sahaja. Jadi takde peluanglah untuk mereka yang tidak berhasrat untuk hadir untuk pulang awal. Tujuan pelepasan diberi adalah bagi membolehkan staf pulang ke rumah untuk mengambil ahli keluarga yang akan ikut serta. Baik juga DBP ni kan? (sekali sekala memuji organisasi tercinta ni...hehehe)
Aku sampai rumah lebih kurang pukul 4.10 petang. Best sangat. Maklumlah tak payah menempuh jem. Aku keluar rumah semula agak awal, selepas solat asar dalam pukul 5.30 petang. Tujuan keluar awal untuk elak kesesakan lalu lintaslah apa lagi. Alhamdulillah kami sampai se awal pukul 6.10 petang. Majlis mula pukul 6.45 petang. Jadi kami antara yang terawal sampai. Jadi abah sempatlah beramah mesra dengan geng-geng pencen sebelum mula tazkirah.
Bagi aku secara keseluruhan majlis berjalan lancar. Mula dengan tazkirah pendek yang menarik oleh pencemah undangan. Berbuka puasa cara hidang (bersila beramai-ramai) macam dekat kampung-kampung dengan kuih ala kadar-dua biji kurma, setengah keping murtabak, kuih cara, air mineral dan segelas air Teh O. Aku makan semua kecuali air Teh O. Bulan puasa ni memang aku jarang minum air manis. Lepas berbuka tu, terus solat Maghrib berjemaah. Selepas solat baru jamuan makan secara buffet. Hidangan ala kadar tak seperti hotel mewah tetapi ukhwah tu yang penting. Antara hidangan yang ada nasi dengan lauk-pauk (ayam, ikan bakar, sayur kacang panjang goreng, sambal tumis udang, ulam-ulaman), kueh tiaw goreng dan juga laksa.
Lepas makan, kami terus solat Isya' dan solat Terawih 8 rakaat dan Witir 3 rakaat. Terawih dan Witir tak mengambil masa yang lama sebab imam baca agak laju. Heheheheee.Lepas solat ada moreh pulak. Ada serawa durian, sup tulang dengan roti. Aku tak makan pun tapi aku tunggu juga sebab abah asyik bersembang dengan kawan-kawan lama. Memang aku nampak abah seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan lama. jadi memang tak sia-sia lah aku teman abah pergi (nama je teman tapi makan asing-asing je pun. aku dengan kawan aku abah dengan kawan abah...hehhee).
Ini sajalah cerita tanpa gambar aku kali ini. Aku malas nak bawak kamera dan hp aku yg cikai ni tak boleh ambil gambar buat masa ni. (Entah bila nak beli hp baru pun tak taulah. Sayang duit ooooo).