Friday, January 27, 2012

Marble Blueberry Cheese Cake

Thanks for the order Zura!


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Fruit Tart

Thanks for the order Kakyu!




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, January 26, 2012

Apam Polka Dot

Terima kasih kepada Makcik Sabariah (neighbour) yang sudi order 3 kali dalam sebulan.:-)





Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, January 25, 2012

Jom Gym!




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, January 21, 2012

Marble Butter Cake untuk Mak

Mak kata dah lama tak makan marble cake yang bakar (sebab kat rumah aku lebih suka yang kukus). Jadi aku dengan gigihnya buatlah marble cake (bakar) untuk mak. Sebenarnya masa buat kek ni mixer kat rumah buat hal. Jadi aku pukullah dengan cara tradisional-guna tangan okay. Gigih sungguh aku. Takpelah penat sikit demi memenuhi hasrat mak apa salahnya kan? dan hasilnya mmg lazatlah kek aku ni. hehehehe...memang betul tak tipu. Resepi tradisi so rasanya pun tak macam kek kilang. Memang rasa kek tradisi zaman tok nenek kita dulu.

Jadi inilah hasilnya....gambar tak cantik tapi kek ni memang sedap. Adik ipar aku yang mula-mula tak nak makan, lepas tu boleh pulak tanya aku "keda letak dadah ke dalam kek?" hahahahaaaa...tu lah lain kali rasa dulu baru tau sedap ke tak...hehehhehe...



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, January 20, 2012

Happy 5th. Birthday Nephew!

Happy 5th. Birthday My Beloved Nephew!
Muhamad Azrul Azman @ Ayoi @ Yoi Toy



Ayoi dengan Abang-abang dia - Wan & Jijie dengan Atok tersayang....

Comel tak birthday cake Ayoi?!
Ice Cream Cake (Baskin Robin) 100% ice cream...
comey n sedapppp...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Best Best....

Best sangat hari ni sebab aku dengan gigihnya telah berjaya ke gym waktu matahari tegak atas kepala (tengah hari lah maknanya ni). Ehhh bukan aku tak kerja tapi aku keluar masa makan tengah hari tadi. bagus tak aku? orang keluar makan, tidur aku pergi gym (ayat puji diri sendiri. hahahahaha). Sebenarnnya aku ke gym tengah hari sebab hari ni aku kena balik awal. Ada urusan keluarga sikit. Tu yang terpaksa merajinkan diri ke gym tengah hari.

Best jugak pergi gym tengah hari sebab orang tak ramai. Memandangkan hari ni hari Jumaat jadi aku menjangkakan mestilah takde lelaki melayu (Islam). Tapi jangkaan aku meleset. Ada jugak lelaki melayu kat dalam gym tu. Selamba betul diorang ni. Orang lain pergi masjid solat jumaat diorang pergi gym. Ish ish ish...Aku memang nak bersangka baik, tapi kalau dah pukul 1.40pm pun masih dekat gym, bila masa pulak diorg pergi masjid kan? hmmm entahlah.

Berbalik kepada cerita gym aku. Masa agak singkat sebenarnya sebab aku perlu ke pejabat semula sebelum pukul 2. Jadi hari ni aku cuma dapat buat kardio 30 minit dan weight training lebih kurang 30 minit jugak. Antara Ni antara peralatan yang aku guna.





Selain daripada tu, aku buat jugak star jump (fav aku lah ni...heheheh) dengan aktiviti menggunakan BOSU Ball macam ni....



Okaylah. Ini saja laporan aktiviti gym aku hari ni. :-)
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, January 19, 2012

Tak Sangkanya

Apa yang tak sangka? hehehheee....Sebenarnya aku tak sangka water dispenser baru yang dipasang di pajabat aku baru-baru ni rupanya disupply oleh PT kesayangan aku, Ammar Yassir. Aku baru je tau tadi. Masa PT training tiba-tiba dia tanya aku macam mana water dispenser baru? ok ke? Peliklah plak macam mana dia bleh tau DBP ada water dispenser baru. Dia ada client lain ke kat DBP ni selain daripada aku? (kalau ada malulah aku...hehehe). Jadi aku pun tanyalah, macam mana dia boleh tau? Dia pun bagi taulah ayah dia yang dapat projek supply water dispenser tu kat pejabat aku. Rezeki awal tahun. oooo macam tu rupanya. Ish ish ishhhhh kecilnya dunia kan?

Ni lah rupa water dispenser baru kat pejabat aku. Nama dalam kad pengenalan dia sebenarnya Bio Pure KEN Sigma 3 R.O. Water Purification System.


Inilah dia Bio Pure KEN Sigma R.O Water Purification System yang baru dipasang di pejabat aku



Ni sedikit info yang aku dapat dari internet tentang Bio Pure KEN Sigma 3 R.O. Water Purification System.

Bio Pure KEN Sigma 3 uses an advanced 5-stage Reverse Osmosis (R.O.) Purification System to remove virtually all types of contaminants, including bacteria and viruses, to produce perfectly pure drinking water (H2O). It has a high capacity of almost 10 litres and its tower design makes it perfect for office use. It provides great flexibility and convenience as it can dispense water at 3 temperatures – cold, hot and ambient.

Purification System

1. Pre-sediment filter
Eliminates minute particles as small as 5 microns to prolong the filter and membrane lifespan
2. Sediment Filter (Minute Particulate Removal)
Filters particulate contaminants down to 1 micron
3. Organic Granular Activated Carbon Pre-Filter
Removes chlorine, chlorine by-products (ie. THMs) and virtually all organic chemicals including pesticides and herbicides
4. R.O. Membrane
The only type of membrane in the market that removes any remaining contaminants including bacteria and viruses, harmful inorganic contaminants, heavy metal and drugs down to 0.0001 micron
5. Organic Granular Activated Carbon
Post-Filter Deodorizes and “polishes” the water to improve taste

Other Functional Features
  • Concealed in a unitary manifold – guarantees quality and easy to maintain
  • Double fittings & tubing – made from food grade, corrosion-resistant materials
  • FDA-compliant ABS Food Grade reservoir material
  • Airtight cover prevents contaminants from entering
  • Automatically maintains an optimum water level at all times
  • Prevents overflow
  • Regulates pressure to ensure constant water inflow, even when water pressure is low
  • Indicates selected water temperature mode in a fun, easy way
  • Dispenses hot, cold or ambient water instantly from a single heat-resistant safety faucet
  • Insulated stainless steel reservoir material is heat-resistant
  • With child safety feature
  • Built-in bimetal device prevents overheating while built-in thermistor regulates temperature

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, January 15, 2012

Puas Hati Cukup Puas Hati!

(Pic credit to kredit www. mstar.com.my)

Ella dan Awie bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air. Bagi aku, kedua-dua mereka adalah penyanyi yang hebat. Aku meminati kedua-duanya sejak zaman sekolah lagi. Sebut saja album kedua-dua penyanyi ni, album mana yang aku tak beli. Semuanya aku beli dan jadikan koleksi. Tapi tidak lah pula aku pernah menonton mana-mana konsert mereka secara terbuka sebelum ini. Bukan aku takde impian dan tak teringin melihat mereka menyanyi secara live tapi aku takut nak pergi konsert terbuka ni. Banyak sebab kenapa aku takut dan tak sanggup nak pergi. Jadi impian tinggal impian je lah.

Tapi pada tanggal 14 Januari 2012, impian aku untuk melihat kedua-dua penyanyi hebat ni beraksi secara live dalam sebuah konsert besar telah menjadi kenyataan. Terima kasih kepada  Han Isaac dan Tall Order Productions (TOP) yang telah mengadakan sebuah konsert hebat "Konsert Awie & Ella, King & Queen of Rock" di Panggung Sari, Istana Budaya pada 12-15 Januari 2012 yang lalu.

Memang hebat dan mantap. Itu je yang aku mampu katakan tentang konsert tersebut. Awie dan Ella memang hebat. Kelunakan suara mereka, kelantangan vokal mereka, kehebatan mereka mengawal pentas memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Antara lagu yang dipersembahkan dalam konsert tersebut adalah 1570, Teruja, Funky Monyet, Seribu Tahun, Menyanyi Lalala, Layar Impian, Dua Insan (duet), medley Dibayang Awan, Cinta Selembut Sutera, Ukiran Jiwa, Bara, Sembilu, Gemilang, Pengemis Cinta, Ratu dan Nostalgia Cinta.

Konsert 2 jam tu terasa seperti sekejab je hingga penonton menjerit "We want more...We want more" di hujung konsert tersebut. Tapi yang bestnya jeritan penonton tu disambut dengan aksi mencuit hati Awie. Awie sambil tersenyum membalas "You want more, U pay more". heheheee.....

Aku sememangnya terhibur sepanjang konsert berlangsung. Tapi yang aku ralat sedikit adalah bila aku tidak dapat mengambil gambar sepanjang konsert berlangsung. Beria-ia aku recharge bateri DSLR sebelum pergi. Nak ambil gambar banyak-banyaklah kononnya. Tapi hampa kerana Istana Budaya tidak membenarnya penggunaan kamera sepanjang konsert berlangsung. Aku yang patuh dan penakut ni pun ikut je lah. Ni beberapa keping gambar yang aku ambil dari Mstar. 

Pic Credit to BERNAMA

Pic credit to BERNAMA

Pic Credit to BERNAMA

Sebelum terlupa, aku juga nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada BFF aku yang sudi teman dan belanja aku tengok konsert hebat ni. (Walaupun aku tau dia sangat dengki dengan Awie. Hahahaaa....). Terima kasih daun keladi. Lain kali moh kita tengok lagi....hehehheheee....Thanks Bosu Q!


 TERBAIK!!!!

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, January 13, 2012

Healthy Breakfast


Honey Oat : Tuna + Egg

1) To Reduce Fat and Calories
  • Many vegetables are naturally low in calories and fat free. Request items such as raw vegetables, banana peppers, jalapeno peppers, or pickles.
  • Limit the amount of cheese, bacon and creamy dressings used.
  • Ask for mustard or vinegar instead of mayonnaise or oil.

2) To Reduce Sodium
  • Limit items such as cheese, bacon, salt, mustard, mayonnaise, jalapeno peppers, olives and pickles.
  • Top your sandwich with vegetables such as lettuce, tomato, green peppers and onions.
  • Try the Olive Oil Blend and vinegar on your salad instead of dressing.


3) To Increase Fiber

  • Make sure to include lots of vegetables on your sandwich or salad.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, January 12, 2012

Lama aku tinggalkan blog ni bersawang.Huhuhuuu...Bukan malas tapi memang tiada apa yang hendak dikongsikan. Cerita gym? Memang tiada cerita baru kerana sudah hampir dua minggu aku tidak ke gym.  DUA MINGGUUUUUUUU???? huhuhuhuu...Bukan malas tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Sepanjang minggu lepas mak abah tak berapa sihat. Jadi aku tak sampai hati nak balik lambat takut ada kes pulak nanti. Sepanjang minggu ni pulak, aku yang tidak sihat. Demam, batuk, selsema. penyakit tiga serangkai.

(Pic credit to http://primadonaklasik.blogspot.com)

Dua minggu tidak ke gym buat aku rasa bersalah pada diri sendiri. Tapi apakan daya. Insyaallah lepas sihat sepenuhnya nanti aku akan lipat gandakan usaha aku. Rindunya aku pada:



ini.........




ini....
(Pic credit to: http://retail-guru.com/)


dan juga ini.....
PT aku yang comel lote ni...
hahahahahhaaaa

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, January 3, 2012

Cheat Day!

Cheat Day? Apakah itu? Cheat Day adalah hari di mana aku diberi kebebasan oleh Ammar (Personal Trainer aku) untuk menikmati makanan (tidak berkhasiat, tinggi kolestrol, tinggi kandungan gula dan yang sewaktu dengannya) sebagai hadiah atas pencapaian aku dalam usaha menurunkan berat badan aku.

Bersempena dengan tahun baru 2012 ini, aku diberi 2 hari - Cheat Day. Hadiah untuk aku kerana berjaya mengurangkan 12kg sepanjang tahun 2011. Ammar kata, makan apa yang aku dah lama tak makan dan sangat teringin nak makan dan enjoy makanan tersebut tanpa rasa bersalah.

Apakah yang ada dalam fikiran aku? Sebenarnya aku terfikir ayam goreng KFC yang sedap sehingga menjilat jari tu. Tapi memandangkan cuti tahun baru ni aku tak kemana-mana, jadi aku lupakan sahaja KFC tu. Bukan tak boleh beli dan makan kat rumah, cumanya bila hari cuti dan tak ke mana-mana aku rasa sedikit bersalah nak beli makanan lain sebab mak saku memasak di rumah.

Jadi tahun baru berlalu tanpa aku gunakan Cheat Day. Aku gunakan Cheat Day pada 2/1/2012 yang merupakan hari ulang tahun kakak aku. Antara makanan yang aku makan tanpa rasa bersalah adalah:


Soto Ayam
Pic Credit to http://www.flickr.com/

Sate Haji Samuri
(Pic Credit to beebsz-jaimemanger.blogspot...)


Homemade Blueberry Cheese Cake

Homemade Steamed Choc Cake with Choc Topping

Sedap dan sangat-sangat lazat tatkala makanan ini melalui tekak aku, Fuhhhhhhh...nikmattttt...

Perlukah aku rasa bersalah? Ammar kata jangan rasa bersalah tapi enjoy the food. So aku pun apa lagi. memang enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy...hehehheheee...

Tapi sempena tahun baru 2012 ni, aku berjanji pada diri aku bahawa sesungguhnya aku perlu menjauhi makan-makanan seperti ini. Set dalam minda bahawa rasa sedap tu hanya seketika cuma. Tapi sengsara tu yang lama. Oleh itu, demi merealisasikan impian dan harapan aku unuk mendapat berat ideal pada tahun 2012 ini, aku perlu lebih komited dengan diri sendiri. Impian dan tindakan harus selari. Insyaallah. Doakan aku ya kawan-kawan.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, January 2, 2012

Happy Birthday My Beloved Sista!

Happy Birthday to my wondeful & lovely sister,
Norazian Mohd Salleh @ Kak Nor @ Anyah

Wish much happiness today & everyday.
May all your wishes and dreams come true,
May you achieve whatever you desire.
May Allah blessed u always.
Love u sis!

me (left) & my beloved sista

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tinggal 2011!

2011 telah pun selamat meninggalkan kita. banyak juga peristiwa menarik dalam hidup aku dan keluarga yang berlaku sepanjang tahun 2011. Antara yang paling menarik adalah:

i)  Hasrat aku untuk menjejakkan kaki ke Australia sekali lagi telah berjaya aku penuhi. Walau pun destinasi awal yang dirancang adalah Gold Coast dan tempat yang kami tuju kemudiannya adalah Sydney, tetapi kegembiraan aku tidak berkurang sedikitpun. Yang lebih menggembirakan adalah hasrat emak untuk ke Australia berjaya kami penuhi (selepas gagal membawa emak ke Australia tahun 2010 kerana masalah kesihatan emak yang tidak mengizinkan pada waktu itu).



ii)  Dua orang adik (Azhar dan Ain) aku telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Dengan itu keluarga aku bertambah dua lagi anggota. Welcome to the family - Nor Afniza & Syaiful Nazlan.



iii)  Aku berjaya mengurangkan berat badan aku sebanyak 12kg dalam tempoh lebih kurang 4 bulan. Walaupun jumlah ini tidaklah terlalu besar bagi sesetengah orang, tapi bagi aku 12kg itu sangat banyak. Terima kasih aku ucapkan kepada my childhood fren, Anom yang bagi aku menjadi punca semua ini berlaku. :-) Kalau dia tak 'jual' nama aku pada Wen (Fitness First) mesti aku pun tak jadi member Fitness First. Dan kalau aku tak jadi member Fitness First memang semacam mustahil aku akan kehilangan berat sebanyak itu.Thank you so much Anom. Dan bila bercakap tentang pengurangan berat ini, aku semestinya tidok boleh melupakan orang yang banyak berjasa pada aku, siapa lagi kalau bukan PT aku, Muhammad Ammar Yassir Yasin. Tanpa dia sudah tentu aku pun tak tau macam mana aku nak buat dan apa harus aku buat. Thank you very much Ammar.


iv) Aku telah menjadi penjual kek dan apam secara tak sengaja. (Boleh pulak macam tu?! tapi mmg itu pun yang sebenarnya). Semula bermula apabila kawan-kawan ter'suka' kek dan apam yang aku buat. jadi aku pun terjuallah secara tak sengaja. 

Apam Polka Dot

Apam Polka Dot - 3 pcs/pack

Steamed Butter Cake

Marble Blueberry Cheese Cake

Oreo Cheese Cake

Steamed Chocolate Cake with Choc Topping & Choc Rise
Banyak lagi peristiwa dan perkara menarik yang berlaku dalam hidup aku dan keluarga tetapi aku rasa inilah perkara yang paling menarik dan tak boleh aku lupakan. Mungkin banyak sesetengah orang biasa-biasa je, tapi bagi aku nilah kenangan terindah aku untuk sepanjang tahun 2011.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!