Thursday, September 22, 2011

Cupcake utk Si Kecil

Hari ni aku perlu siapkan tempahan Steam Butter Cake yang dipesan oleh boss aku. Boss aku minta tolong aku buatkan dua biji steam butter cake aku yg warna warni tu untuk open house dia hari Sabtu ni. Memandangkan aku pun bukan ada apa sangat so aku setuju lah nak buatkan.

Yang nak dijadikan cerita, anak buah aku yg kecik, si Ayoi tu lah. Bila tau je aku nak buat kek dia punyalah suka. Siap bagi tau kat kakak aku yg aku nak buat kek untuk dia. pastu nak tunggu aku siapkan kek tu sampai tak nak balik umah dia walaupun mama dia dah sampai nak bawak dia balik. Dia takut aku tak buat n tak bagi kat dia.

Ishhh....psiko tul budak kecik ni. Dah dia mmg harap sangat so aku pun tak sampailah hati utk tak buat. Memula dok fikir nak buat sebiji kek untuk dia. Tapi aku risau pulak tak habis sebab sekarang ni kan musim raya so macam-macam biskut dengan kek ada dekat rumah. So lepas fikir punya fikir aku decided nak buat setengah biji je. Tapi risau gak aku kalau tak habis. Dia memang mintak tapi kadang-kadang makan sikit je. Nanti kang melambak kat atas meja siapa pulak nak makan kan?

So aku dapat idea. Daripada aku buat kek besar sebiji (wpun setengah adunan), baik aku buat cupcake je. lebih menarik dan cepat sikit nak habis rasanya. Tapi aku gunakan resepi yang sama lah. Cuma semua bahan-bahan kena bahagi dua lah. Termasuklah masa mengukus. Daripada sejam dan jadi setemgah jam.

Inilah hasilnya.....


Gambar tak cantik....Hp ada problem agaknya...

Pandangan dalam - kek dah terbelah
Aku buat macam-macam warna sebenarnya. Ada blue, orange n Pink. Flavour sama je cuma colour je lain. Semua kek ni berjaya aku siapkan pada pukul 11.45 tadi. Alhamdulillah. Harap-harap boss aku dan anak buah aku suka lah kek yang aku buat ni.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: