Wednesday, August 11, 2010

Puasa - Day 1

Alhamdulillah dah selesai puasa hari pertama. Puasa hari ni tidaklah mencabar snagat. Cuaca redup je tak panas sangat. Perut pun tak lapar, tekak pun tak kering snagat. Kira ok je lah.

Cumanya yang buat aku rasa pahala puasa aku kurang sikit hari ni adalah keaadaan trafik petang tadi. Jem gila babun...sakit hati...huhuhuu..ada ke dari DBP sampai keramat dekat 2 jam? Tak gila namanya tu? Macam menyesal plak aku balik awal. Sepanjang perjalanan tu ada beberapa biji kereta tercium sesama sendiri. Mesti kes ikut rapat sangat dalam jem tu. Sian diorg nak raya eksiden plak. Nasib baik aku selamat sampai umah. Walaupun masa sampai umah tu kepala aku dah rasa cam nak pecah dah sbb lama sangat tersangkut dalam jem. Huhuhuhuu...

Sampai umah terus mandi n solat asar (gila lambat solat. Bukan sengaja. Aku budget bleh sampai umah kul 6. Mana aku tau nak sampai lewat gitu..huhuhuuu.....). Ngam selesai solat asar azan maghrib. Huhuhuhuu...

Untuk berbuka hari ni ada pilihan Mee Goreng dengan Nasi Putih. Antara lauk yang mak aku dah sediakan telur puyuh masak sambal, sawi goreng with mushroom, pecal ikan pari (sure ramai tak tau apa ni kan? nantilah lain kali aku citer.semalam lupa nak ambik pic plak) dan udang goreng tepung. Makanan lain yang ada cekodok pisang dan bubur lambuk yang abah aku ambik kat masjid.Air pulak macam biasa air wajib untuk kami sekeluarga adalah air sirap cincau dan teh o panas.

Aku berjaya makan dengan berdisiplinnya arini (puji diri...hehehh). AKu cakap berdisiplin sbb aku makan kurma dulu, solat n lepas tu baru pekena Mee Goreng dengan pecal ikan pari. Air pun minum tak sampai dua gelas. Bagus2. Kalau tak, biasanya buka mmg melantak air je keje aku.hehehhehe...

Lepas relaks, kejab dalam kul 815 aku pi masjid dengan adik aku. Awal-awal puasa ni macam biasalah masjid mmg penuh. Alhamdulillah. Tapi tak payah nak cakap orang lainlah, aku sendiri pun tengah2 puasa nanti mulalah macam2.Harap2 tahun ni lebih baik lagilah.Bercerita pasal terawih ni aku teringat kat makcik yg dok selang sebelah aku.Punyalah sombong..huhuhuuu..masa aku sampai tu aku dah perasan dah dia macam buat tak tau je. Tapi takpelah aku nak solat bukan nak ramah mesra sangat. Aku dok pk dia mmg gitu. Tapi bila member dia datang punyalah ramah dia. masa dah selesai solat pun aku yg selang sebelah dia ni dia tak salam pun. Aku nak hulur tangan dia buat tak nampak.Nampak sangatlah dia jenis pilih bulu. Mentang2lah aku gi masjid setahun sekali. Tapi janganlah kerek sangat. Hangin tul aku ngan makcik yg macam bagus tu.Harap-harap besok aku tak dok sebelah dia lagi..huhuhuhu..
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

2 comments:

SyahNas80 @ Nana said...

hehe tu ar epcal ikan pari? nanti letak pic k..

hehe nak solat pun ada orang kerek camtu ek? wat tak tau je kak... biar je dia terjun ngan labunya hehe

Aida Salleh said...

hehehe,....nanti kalau mak akak buat lagi akak ambik gambar ya dik..nak citer payah...hehehhe

pasal mak cik tu mmg wat tak tau je....