Friday, July 30, 2010

Penstrukturan Semula Organisasi

Penstrukturan semula organisasi (PSO) sememangnya menjadi topik hangat dikalangan staf DBP sejak akhir-akhir ini. Beberapa kali ditangguhkan akhirnya hari yang dinanti tiba juga. Lewat petang 29 Julai 2010 surat pertukaran diedarkan kepada semua staf yang terlibat.

Aku memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana aku tidak terkesan sangat dengan PSO tersebut. Aku dikekalkan dibahagian sekarang ini. Yang berubah cumanya nama bahagianku sahaja. Daripada Bahagian Hak Cipta menjadi Bahagian Harta Intelek.

Bukanlah aku takut untuk bertukar atau memulakan sesuatu yang baru. Tetapi aku sangat senang dengan tugasan aku sekarang ini. Menguruskan hal yang berkaitan dengan hak cipta dan harta intelek penulis bagiku cukup menarik. Sesungguhnya skop kerjanya begitu luas tidak seperti apa yang difikirkan oleh orang lain diluar sana. Aku bahagia dengan 'kerjaku; di sini. Dan aku ingin terus kekal di sini buat masa ini.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, July 19, 2010

Kelahiran Baru!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Syabas dan tahniah kepada teman sepejabatku Sdr. E Pian Pro Poul atas kelahiran buku sulungnya Kumpulan Cerpen Garis Sempadan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kumpulan cerpen yang memuatkan 23 buah cerpen dengan pelbagai tema yang kebanyakannya berkaitan dengan kehidupan sosial, budaya dan agama masyarakat Siam di Kelantan yang bersempadan dengan negara Thailand ini, boleh dianggap istimewa kerana jarang sekali diketengahkan sebelum ini.
Jadi kepada kawan-kawan semua jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kumpulan cerpen tersebut i kedai-kedai buku berdekatan anda. Kumpulan cerpen tersebut dijual dengan harga RM15.00 sahaja. Kalau aa yang nak tandatangan pengarang aku boleh uruskan.:)



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, July 18, 2010

Ong Bak 3


Aku berkesempatan menonton Ong Bak 3 pada hari pertama tayangan. Filem yang penuh dengan aksi dari mula sehingga akhir ini gagal menarik perhatian aku sehingga menyebabkan aku disikubeberapa kali oleh sahabat baik aku kerana aku terlelap....hehehehee. Sorry dear....bukan sengaja tapi tu semua tindakan luar kawal.

Aku tidaklah mengatakan filem ini tidak menarik atau membosankan cumanya aku tak faham asal usul segala peristiwa yang dipaparkan. Ini kerana aku tidak pernah menonton Ong Bak dan On Bak 2 sebelum ini. Oleh sebab itulah cerita yang menarik itu gagal manarik perhatian aku. Jadinya waktu tengok engan tidur aku aku kira hampir sama banyak kot...huhuhuhuuu...

Walau bagaimanapun, kepada mereka yang menggemari filem aksi dan mereka yang pernah menonton Ong Bak dan Ong Bak 2 sebelum ini, janganlah lepaskan peluang untuk menonton filem ini.

Di bawah ini aku paparkan beberapa aksi hebat dari filem ini. Gambar ini aku ambil dari www.cinema.com.my. Layan....










Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, July 11, 2010

Happy 66th. Birthday Abah!

Peace be upon u!
11 Oktober 1944 yang lalu, sepasang suami isteri merasa sangat gembira dan bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang cahaya mata lelaki yang sempurna dan sihat tubuh badannya. Bayi comel tersebut dinamakan Mohd. Salleh bin Md. Hashim, merupakan anak sulung kepada pasangan Md. Hashim Md. Tahir dan Maimon Haji Jalil.
Masa berlalu begitu pantas. Hari ini, bayi tersebut menyambut ulang tahun yang ke-66. Walaupun bukan bayi lagi tapi masih comel..hehehehhee....Bayi comel tersebut adalah abah aku.
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan abah tersayang,
Allah selamatkan kamu.
Selamat hari ulang tahun yang ke-66 abah. Eda doakan semoga abah:
i) Dipanjangkan umur yang berkat
ii) Diberi kesihatan yang baik
iii) Diberi kebahagiaan dunia dan akhirat
iv) Diberi kesabaran dalam menghadapi kerenah kami yang pelbagai
v) Dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah selama-lamanya.
Abah, Eda sayang abah. Terima kasih atas segala-galanya.

Pic gelap tapi ini jer gambar abah sorang yang ada kat pc ni.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Family Dinner @ Sakura Kristal

Date : 10 July, 2010
Time : 8.30 pm
Venue : Sakura Kristal, AEON AU2

Komen :
Tempat : Selesa terutamanya kalau dapat duduk dekat dalam.
Food :
i) Starter - Not bad.
ii) Lamb Chop, Beef Steak - Terbaikkkk..Sangat sedap
iii) Fish & Chip - Not bad.
iv) Cantonese Fried Yee Mee - X Sedap...
v) Fried Rice - Sedap tapi pedas
vi) Lemon Chicken - Sedap especiallly ayamnya yg rangup...yummyyy..
vii) Sizzling Tofoo - So so jer...

















Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, July 8, 2010

Bungkus juga...

Peace be upon u!

Germany mengikut jejak langkah England. Terpaksa membungkuskan diri sebelum perlawanan akhir. Germany hebat tapi kalah juga. Ramai orang salahkan Paul d' Octopus. Salah ke dia? Dia ramal je.Takkan besar sangat kuasa ramalan kan? Hakikatnya sebenarnya, bola tu bulat. Macam-macam boleh jadi....

(http://www.telegraph.co.uk)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, July 6, 2010

Tiba-tiba...

Assalamualaikum!

Hati aku sayu hari ni. Teringat pada kawan-kawan yang jauh di mata tapi dekat dihati. Rindu sangat. teringat saat-saat indah bersama-sama. kenangan di sekolah, di universiti, di pejabat. Aku rindu dengan kawan-kawan aku. Sebabnya aku sayang kawan-kawan aku.

Tapi tiba-tiba aku terfikir. Adakah mereka ingatkan aku? Adakah mereka sedar lagi akan kewujudan aku di muka bumi ini? Entahlah....aku rasa seolah macam tidak. Terlalu berprasangka buruk kah aku? Entahlah....

Tapi jauh disudut hati kadang-kadang aku rasa aku ni seolah-oleh tidak diingati. Bukan setakat jauh di mata jauh di hati tapi kadang-kadang seperti dekat di mata tapi jauh juga di hati....uhukssss....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, July 5, 2010

Nadal Cruises Past Berdych To Win Second Title!

Rafael Nadal made a simple job of winning his second Wimbledon men's crown, swatting aside the giant Czech Tomas Berdych 6-3, 7-5, 6-4 in two hours 13 minutes. Those who had feared that the 6ft 5in Berdych would be overwhelmed, but not overawed, were proved correct as Nadal never dropped serve in three routine sets, centring his winning attack on that formidable forehand, the best shot of its kind in tennis.

Nadal came into the final having won six straight matches against Berdych, accumulating 14 sets in doing so, and those statistics were extended to 17 sets with no discernible problem.

This is Nadal's eighth Grand Slam title and the second time he has come straight from winning the French Open at Roland Garros to lift the Wimbledon title.

A swirling breeze threatened to affect the timing of both of these big-hitters but initially, at least, both coped admirably with the wind and a bright sun, each holding serve to love as they tested out each other's reactions.

The Centre Court crowd was vociferously behind the Spaniard, with one (male) voice booming out "I love you, Rafa", soon followed by "You're a genius, Rafa" from the same section, a fact which the world No.1 underlined with some fine, tight serving in the opening set, in which he conceded a paltry four points on serve.

Berdych stayed in the hunt with excellent serving and heavily-struck forehands until he faltered in the seventh game, offering Nadal a glimmer of opportunity by directing a backhand long to fall love-30 behind. Rafa pounced in a flash with a great forehand pass to open up break points and captured the Czech serve with a backhand service return with which Berdych could not cope.

Now in full, exciting flow Nadal made it four games in a row by breaking Berdych again to take the first set in 34 minutes. Then, at the start of the second, he made it five games in succession, albeit with some difficulty in a service game which lasted 11 minutes and in which the Czech held three break points without managing to capitalise on any, despite Nadal's best effort to assist him with a pair of double-faults.

After that marathon game, with Berdych shaking his head in despair at the chances he had missed, normality was restored on serve, both men holding with confidence and comfort. Aware that Berdych urgently needed to get back into this final, the crowd were behind him every time he captured a point on the Nadal serve, something which did not happen frequently.

With Nadal leading 6-5 the second set seemed destined for resolution by tiebreak, since the Czech had permitted Nadal just four points in five service games. Then, spectacularly, he imploded, dropped his delivery to love with a forehand driven tamely wide and Nadal was two sets in front with an hour and 28 minutes gone.

Berdych's urgent need was to get into the Nadal serve, get a break somehow and get himself back into a match which was inexorably draining away from him. But the Spaniard was not in a "giving" mood, bearing down as he headed towards another triumph on the lawns of London.

In a rare moment of relaxation, Nadal permitted Berdych a break point in the third game of the third set but the Czech dumped a backhand into the net and the opening was lost. For the rest, the howitzer that is the Nadal forehand was running the show.

And it was that forehand which decided it in the tenth game as Berdych served to stay in contention. A couple of Nadal forehands had the Czech groggy at deuce and when he over hit his own forehand to offer Rafa his first championship point, it was all he needed, clinching his second Wimbledon with a stupendous cross-court forehand before falling flat on his back in the baseline dust and then executing a celebratory forward roll.

(Ron Atkin @ Wimbledon.org)

Congratulations Rafa!!!

You are really great! Keep up the good work and continue dominating the world of Tennis! Luv u much......


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Weekend Activities 2

(samb.....)

iv) Playing Badminton @ Pro One Wangsa Maju n Lepaking @ NZ Curry House, Wangsa Maju with A'a, Ayie n Ruziq












































Dua-dua jejaka hansome ni (hansome ke? sukati aku lah nak kata hansome ke apa kan? hehehe) tak puas hati sebab order susu ingatkan dapat fresh milk tapi dapat susu pekat manis yang dicampur dengan
air...kesian....Moral of the story, lain kali jangan order susu kat NZ Curry House......

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, July 4, 2010

Weekend Activities 1

Peace be upon u!

Notting much on saturday...just kemas my wordrobe, programme launching @ Kota Damansara, Watching Argentina vs Germany @ nite....

But im so busy on Sunday...Busy kah? Yes i think....:)

i) Jogging @ Lake Garden with my Sisters n Brotha


































ii) Groceries Shopping @ Giant with my Sisters n Brotha -very quick one...less than 30mins :)
iii) Dimsum @ Quality Hotel City Centre with my Mom, Sisters n Brotha










































































Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, July 2, 2010

Santapan Pagi Jumaat!

Peace be upon u!

Something to share with u guys.

SAKITNYA MATI!

Allah merahsiakan saat kematian kita adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya.

Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah s.w.t. . Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah swt di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatulmaut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi bersabda, maksudnya :

“ Bahawa Rasulullah saw mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang.”

Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan. Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkan dahaganya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya :-

Sebelum tidur :

1) Bacalah Surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi s.a.w.
3) Membaca Tasbih

Amalan Harian :

1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardhu
3) Menghormati waktu azan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi :

1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Buang air kecil berdiri -

Sabda Rasullulah saw yang bermaksud :-

“Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”

Pada suatu hari malaikatulmaut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris a.s. lalu Nabi Idris a.s. mengetahui kesakitan sakaratulmaut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah s.a.w. memberikan wahyu kepada malakaitulmaut supaya mencabut nyawa Nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatulmaut menangis dan memohon kepada Allah s.a.w. supaya Dia (Allah s.a.w. ) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah didapati Nabi Idris a.s. sudah hidup kembali, malaikutul maut bertanya :-

“Ya saudaraku bagaimana rasanya kesakitan maut?”

Jawab Nabi Idris a.s. :-

“Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya. “

Kata malakatulmaut : -

“Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa a.s. telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah s.w.t.

Maka sebahagian orang kafir berkata :

“Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman awal dulu.”

Kata Nabi Isa a.s. : -

“Cubalah kamu pilihkan...”

Mereka berkata :-

“Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh a.s. (Saam bin Nuh).”

Maka Nabi Isa a.s. pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah s.w.t. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa a.s. hairan kenapa jadi begitu.

Berkata Sam bin Nuh:

“Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat.

Berkata Nabi Isa a.s. :- “Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?”

Kata Sam : - “Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut.”

Sumber: http://imanmawaddah.blogspot.com/2007/05/sakitnya-mati.html
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, July 1, 2010

Hati Yang Kecewa

Aku sangat kecewa hari ni sebab hasrat aku nak tengok konsert Ella di Istana Budaya (IB) esok tak kesampaian. Memang salah aku sebab tak beli tiket awal-awal. Sebenarnya aku tau tentang konsert tu pun agak lambat. Aku cuma tau awal minggu ni bila Ella dijemput hadir ke konti Sinar Pagi. Bila aku dapat tau Ella nak buat konsert di Istana Budaya aku sangat teruja tapi masih was-was lagi nak pergi ke tak. Aku bukan kaki konsert dan abah aku pun bukan izinkan sangat aku pergi tempat-tempat konsert ni. Tapi bila aku fikir balik, kalau konsert dekat Istana Budaya mesti jauh bezanya dengan konsert di stadium kan? pasti lebih tertib, teratur dan lebih selamat. So aku tanya kawan baik aku nak pergi tak? Dia pun kata ok dia boleh temankan aku kalau aku nak pergi. Konsert kat IB dia tak kisah tapi kalau konsert kat stadium memang dia tak bagilah aku pergi. So aku pun nekadlah nak pergi.

Memandangkan aku yang ajak so aku offer diri pergi beli tiket (tapi nak claim kemudian...hehehe)...Tapi awal minggu aku tak sempat. So aku minta dia belikan. Dia pun tak sempat on the day yg aku mintak tu. So the next day, aku ingat nak cabut keluar sekejab tapi banyak kerja pulak. So aku mintak tolong officemate belikan. Dia tak dapat beli petang semalam, hari ni baru dapat pergi.

Aku dah teruja dah. Tapi keterujaan aku punah bila dia call bagi tau tiket below RM180.00 dah habis. RM250.00 adalah. Uwaaaaaaaaaaaaaaa......aku tak sampai hati nak keluar duit RM250.00 sorang untuk konsert dan tak sampai hati juga nak mintak orang belanja tengok konsert yang harganya RM250.00 seorang.

Makanya, terpaksalah aku lupakan hasrat aku tu. Aku sangat kecewa dan sedih.

Sebabnya entah bila lagi Ella nak buat konsert di Istana Budaya lagi....dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan lagi tu. Uhuksss...

Sis Ell,
Semoga konsert sis success dan semuanya berjalan lancar....
luv ya.....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!