Friday, June 18, 2010

Puasa & Jogging!

Peace be upon u!

Puasa dan jogging adalah antara salah satu cara untuk mengurangkan berat badan. Tapi biasa tak korang buat puasa dan jogging sekali? maksud aku berjogging pada hari korang berpuasa? aku memang tak pernah buat selama ni. Rasa macam tak boleh je sebab dahlah penat puasa then nak tambah penat jogging. Jogging pastinya buat kita dahaga kan? Jadi kalau dah dahaga tak boleh nak minum macam mana? So siapa pulak nak jogging masa puasa kan?

Tapi semalam aku buat perkara yang aku rasa pelik dan seolah macam tak dibuat dek orang. Aku jogging pada hari aku puasa. Aku pun mula-mula macam tak yakin je. Boleh ke? kang aku dahaga macam mana? Tapi disebabkan keinginan yang kuat nak kurangkan berat badan aku tabahkan hati dan kuatkan semangat. Aku cuba fikirkan tentang ahli-ahli sukan yang masih buat latihan masa bulan puasa. Jadi kalau diorg boleh kenapa pulak aku tak boleh. Diorang lagi teruk kan? aku setakat nak pusing keliling Lake Garden je takkan tak boleh kan? Jadi aku cuba je lah..

Akhirnya berjaya juga aku berjogging (atau berjalan sebenarnya..hehehehe..) selama 1 jam semalam....alhamdulillah....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: