Saturday, June 12, 2010

The Karate Kid 2010

Peace be upon u!
Beberapa hari lepas aku berkesempatan menonton The Karate Kid 2010 yang dibintangi oleh pelakon aksi terhebat abad ini (bagi aku lah.:)) Jackie Chan (Mr. Han) serta pelakon cilik Jaden Smith (Dre Parker).

Dua kali aku ke Cineleisure, Mutiara Damansara untuk filem ni. Yang pertama lepas penat-penat beratur, bila dah sampai giliran kami, budak yang jaga kaunter tiket tu bagi tau, "Karate Kid start esok"...Hahahahahaaa...malu pun ada bengang pun ada...punyalah excited sampai aku tak perasan. Aku dengan muka selamba dan tak bersalah boleh kata, eh bukan start 6 Jun ke? lepas tu kitaorang pun blah...hehehhehehe..

The next day kitaorang pergi lagi. Kali ni bukan plan awal sebab sepatutnya aku nak pergi meeting kat Kota Damansara tapi tak jadi. So aku teruslah pergi Cineleisure tengok tiket sebab dah kat area situ juga. Orang tak ramai masa aku sampai. So aku terus beratur. Alhamdulillah...ada tiket. Dapat tiket terus roger sahabat setia aku bagi tau. Nasib baik dia memang free dan dah kosongkan jadual hari tu untuk teman aku sebenarnya. So alhamdulillah. Tercapailah hasrat aku. :)

Bagi aku filem ni secara keseluruhan not bad lah. Tapi sebagai peminat setia Jackie Chan (sejak dibangku sekolah lagi) aku sedikit rasa tak puas sebab kurangnya scene yang melibatkan dia berbanding Jaden Smith. Kalau aku peminat anak Will Smith tu mesti aku puas hati gila (tapi takkan lah setua-tua aku ni nak minat dia kan? tak sesuai okay.:).

Walau apapun aku rekemen korang pergilah tengok filem ni. Insyaallah puas hati....

Okaylah malas cerita banyak, korang layanlah aksi-aksi menarik daripada filem ni yang aku ambil dari http://www.imdb.com/title/tt1155076/







Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: