Thursday, June 17, 2010

Cabaran Puasa!

Peace be upon u...

Semalam aku niat nak puasa hari ni. Sempena bulan Rejab kan. Kira macam training sebelum bulan Ramadhan..hehehhee...Macam biasa kalau puasa sunat ke puasa ganti ke mmg aku tak sahur pun. tak kuasa nak bangun..hehehehhe..

So pagi-pagi tadi bangun dengan semangat nak puasa lah...tiba-tiba hidungku tertusuk satu bau yang enak sangat...cucur bawang (sedap ke? mmg aku suka, so sukatilah aku nak kata sedap kan? hehheh)...mak aku buat cucur bawang pagi ni...dugaan tul...so dalam hati aku mula berbelah bagi...nak puasa ke tak? nak ke tak? nak ke tak?

Ishhhh...melampaulah sangat kalau sbb cucur bawang pun tak jadi puasa kan? so aku tabahkan hati...bukan takleh nak makan cucur bawang lain2 hari.....so aku ambik bau jelah.pi dapur tengok mak, abah ngan kakak aku tengah breakfast....uishhh sdpnya...takpe2 sabar2...lain kali bleh makan....aku pun berlalu meninggalkan cucur bawang kegemaran aku tu.....

Dan dengan itu aku berjaya melepasi cabaran pertama untuk puasa hari ini...hehhehehehe
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

1 comment:

Anonymous said...

Cabaran tul puasa ganti dan puasa sunat. Boleh bagi tips