Tapi dua minggu yang lepas cabaran TBL kami bermula semula. tempoh masa 3 bulan diberikan kepada semua. Peserta yang dapat mengurangkan berat badan paling banyak (dikira dari segi peratusan) akan dikira sebagai Juara TBL Haji Salleh (sbb cabaran ni cabaran abah aku so kami bagilah nama TBL Haji Salleh...heheheh). Yuran penyertaan dikenakan sebagai komitmen. Ubat-ubatan tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya peserta didapati mengambil sebarang ubat kurus, dia akan dikira sebagai disqualified. pemenang akan menerima wang tuna berjumlah ... perlu dirahsiakan...hehehhehe...
Kali ni peserta TBL kami terdiri daripada 4 orang. Aku sendirim kakak aku, adik perempuan aku dan adik lelaki aku. Semalam merupakan timbangan kedua. Keputusan menyeluruh hmmm kurang memberangsangkan. Walaupun ada penurunan tetapi % sangat sedikit. Adik lelaki aku mendahului. Dia sangat yakin dia akan jadi juara. Walaupun timbangan aku tidak begitu baik (aku sedar aku kurang usaha) tetapi aku takkan nak bagi dia menang mudah je. Sesuatu perlu dilakukan....aku mesti buat sesuatu..tingkatkan usaha..u can do it...go aida go.....
So kengkawan semua, tolonglah doakan aku ya. :)
3 comments:
chaiyok!!! kak aida boleh!!
wargghh Aida..ckp kat Haji Salleh..aku nak masuk bleh tak???hahahah
thanks anas...:)
Ja, alaaaaa...ko dah kurus sangat dah kalau ko dok sebaris ngan family aku..so ko dikira tidak layak menyertai...hehhehe..
Post a Comment