Tajuk yang pelik kan? Ada ke karipap day? hehehehe....Sebenarnya aku kata today is a karipap day sebab hari ini aku makan karipap je sehari suntuk...
Sarapan pagi dekat rumah aku makan 2 biji karipap yang abah beli, masa bengkel tadi aku makan 2 biji karipap lagi dan petang ni kawan opis aku bagi karipap besar yang tak kurang sedapnya....jadinya hari ini aku dah makan 5 biji karipap iaitu untuk sarapan pagi, minum pagi dan makan tengah hari.....sebab tu lah aku kata hari ni karipap day....:)

Minggu lepas aku berkesempatan untuk menonton Lagenda Budak Setan (LBS). Aku bukanlah penggemar filem Melayu dan bukan juga 'kaki wayang' tapi entah kenapa aku pun tak pasti kenapa aku begitu terpanggil untuk menonton filem LBS yang merupakan filem adaptasi daripada karya besar Ahadiat Akashah, penulis novel terkenal tahun 90-an.
Aku tak berniat untuk memberi komen terperinci tentang filem tersebut kerana aku sedar siapalah aku untuk memberi komen. Aku bukanlah orang industri perfileman yang mahir tentang segala aspek yang berkaitan dengan filem. Aku hanya orang biasa yang melihat filem itu dari kacamata orang biasa.




