Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Salam Aidiladha buat semua...

Hari raya dah rupanya arini.Hmmm sekejab je rasa. Macam baru semalam sambut raya puas tetibe dah raya haji dah...sekejab je kan?! betulalah org kata bila kita semakin tua, hari semakin pantas berlalu tanpa kita sedar.

Sambutan aidiladha aku macam tahun2 dulu. Meriahnya cuma rasa masa memasak jamuan raya jer. Lepas tu mmg tak rasa apa pun. Aidiladha setakat berkumpul makan bersama-sama satu keluarga selepas solat sunat aidiladha dan lepas tuh melengkor depan TV.Huhuhuhuuu...Bosan kan?!

Bila aidiladha org yang sibuk cuma abah aku ngan adik bongsu aku sbb abah dengan adik aku je yg ada tugasan kat masjid ngan surau...bantu acara korban. Tapi tahun ni kat tempat aku korban buat raya ke-2 sbb raya pertama kan Jumaat.Masa pendek so masjid ngan surau sumer buat raya ke-2. Taklah terkejar2 sbb nak solat jumaat kan. Makanya aktivti raya pertama adalah membongkang depan TV beramai2...hehehhehee...

Okaylah.Aku nak kasi tunjuk skit sebahagian hidangan raya kami yang dimasak oleh chef terkenal seluruh keramat iaitu Chef Fatimah @ Eton....mak aku daaa...hehheheheheh...nasi himpit (raya haji tak buat ketupat n lontong), sambal sotong kering, rendang ayam, rendang campur, sambal goreng, kuah kacang, kuah lodeh, hati goreng santan, paru goreng berempah n kurma ayam..n puding cocktail.....yummyyy....


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: