Friday, May 22, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan BKDBP KE-39

Mesyuarat Agung Tahunan BKDBP Ke-39 telah selamat diadakan pada 5 Mei 2009. Pada tahun ini berlakunya pemilihan untuk Jawatankuasa Pentadbir bagi Sesi 2009-2011. Hanya dua mula lama yang bertanding semula pada kali ini iaitu aku dan juga Kak Bi. Aku bertanding untuk Pen Setiausaha (turun gred sbb aku terlalu sibuk dengan kerja hakiki...tak mampu nak terus memangku jawatan setiausaha lagi) manakala Kak Bi untuk AJK.

Proses pengundian berlaku dari pukul 9.00 pagi - 1.00 tengah hari. Ramai ahli yg turun untuk membuang undi. Meriah jugak aku tengok tapi aku boleh terlupa nak ambik gambar.sorilah ya....

Mesyuarat dimulakan dengan majlis perasmian mesyuarat oleh Ketua Pengarah DBP, Dato' Haji Termuzi Haji Abdul Aziz sekitar pukul 3.00. Agak lewat kerana menunggu ahli yg lambat turun.Dato' plak sampai dulu. Macam tahun lepas jugak aku ingat Timbalan Ketua Pengarah, Encik Kamarul yg sampai dulu daripada ahli. Susah nak komen hal ni sbb bagi aku perkara ni mmg macam budaya dah. Kalau kata start kul 2.30 kul 2.30 tu lah baru nak angkat punggung dari kerusi empuk kat tempat masing2 kan?! kadang2 aku pun sama. Cuma bezanya untuk mesyuarat ini taklah aku buat macam tu. Nak kene pelangkung dengan pengerusi? hehhehe...

Selepas perasmian, majlis berhenti rehat dalam 10 minit sebelum mesyuarat dimulakan. Opsss sebelum cerita pasal mesyuarat aku nak maklumkan skit tahun ni seramai 4 orang ahli menerima penghargaan atas jasa yang telah dicurahkan pada BKDBP. Mereka adalah:

Anugerah Tokoh
- Puan Hajah Azah Wahab

Anugerah Bakti
- Encik Hisamuddin Md. Mor,
- Puan Mohaini Mohd. Safar
- Puan Badullaily Abu Hassan.

Tahniah kepada mereka.

Mesyuarat kali ini aku kira berlangsung dalam suasana yg harmoni. Alhamdulillah. Malas bercerita banyak tentang mesyuarat. Kemuncak mesyuarat bagi aku adalah pengumuman pemilihan Jawatankuasa Pentadbir bagi sesi 2009-2011. Tahniah kepada mereka yang menang. Kepada yang kalah jangan putus asa, cuba lagi pada tahun2 akan datang.

Senarai JK Pentadbir BKDBP Sesi 2009-2011 adalah seperti yang berikut:

Pengerusi : Encik Jamaludin Sulong

Naib Pengerusi : Encik Azhar Mohd. Dora

Setiausaha : Siti Suhana Mohd. Amir

Penolong Setiausaha : Aku ler...hehehhee

Bendahari : Hasnol Faizal Abu Hassan

AJK : Hasmadi Mohd. Ali, Jalil Kassim, Haiwood Missin, Hajah Raja Bi Noordin, Aris Othman, Mohd. Zamri Abdul Hamid.

TAHNIAH KEPADA SEMUA DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DAN AMANAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

2 comments:

aemy yg cute said...

nama pak mal silap la pin....

apesal nama aku tkde aaaa????

pastikan nama sbenarku tk terpapar kalo aku jd AJK ek...

nama jade tkpe huahauahaua.. sbb die mmg tk tersenarai pon huhuhu

DeanPieen said...

alamak baru terperasan terkurang D...takpelah kira halal lah.,...pak mal tak baca blog aku...kehkehkehhhh...

nama ko aku simpan je lah...aku boh situ aemy si loyar buruk...kahkahkah