Thursday, May 28, 2009

SIAPAKAH?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah Ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil Berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang Ada Dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang Ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat Dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana Mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

* terima kasih kepada teman yang emel kepada aku sesuatu yang sangat baik seperti ini.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, May 27, 2009

Kenangan Mengusik Jiwa

Saje nak tepek gambar kenangan mengusik jiwa kat sini. Zaman memuda aku bersama Kipas Susah Nak Mati Zahid (KSNM) n Za8Fcrian...Miss u guys....
Sebelum tu, aku listkan 3 perkara penting tentang aku dan AF yang perlu korang tau:
1. Konsert AF2 (Final) merupakan konsert pertama aku pergi dalam hidup aku.
2. AF2 merupakan satu2 nya AF yang aku follow.
3. Zahid merupakan satu2nya pelajar AF yang menerima afundi aku (setianya aku...hehehheeee).


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

ISO 3 (Hydrolysed Marine Collagen With Mixed Fruit Extract Blend)

Hi guys! arini aku nak share sumting lagi dengan korang...kalau semalam pasal menu arini pasal health product plak.

Korang pernah tak dengar ISO 3 (Hydrolysed Marine Collagen With Mixed Fruit Extract Blend)?




ISO 3 ni campuran collagen yang diformulasikan khas untuk membekalkan collagen mudah cerna dalam bentuk yang sedia diserap oleh tubuh. Ia bertujuan membantu meperbaiki kesihatan kulit kita.

ISO 3 bertindak dengan mengaplikasikan konsep clean-nourish-protect dari dalam ke luar.

Clean - For detoxification n healing
Nourish - For beanty n renewal
Protect - For Long term skin health

Bahan utama dalam ISO 3 ni adalah Hydolyed Marine Collagen, Ekstrak Ceri Acerola, Ekstrak biji kiwi, serbuk mutiara, serbuk gel aloe vera, Carotenoid Complex n Mixed fruit powder.

ISO 3 ni dalam bentuk sachet. Rasa oren. Sedap. Aku baru jer mula makan. Aku teruja dengan kebaikan ISO 3 ni sebenarnya. Antara ISO 3 benefits:
  • Helps to stimulate collagen and metabolism
  • Helps to encourage skin renewal and minimise muscle contractions
  • Helps to maintain the help of the skin and mucous membrane
  • Helps to improve skin radiance and moisture
  • Helps to reduce skin hyperpigmentation nd improve acne condiotions
  • Helps to reduce appereance of wrinkles and dark circle under eyes
  • Helps to detoxify the skin
  • Helps to protect the skin from UV radiation
  • Helps to prevent skin disorders and infections
  • Help to enhance the bosy's immune system
  • Helps to provide overall health for bone, gums, hair n nails

Bagus kan? daripada suntik vitamin C lah botox lah baik kita makan health product macam ni. Lebih selamat dan kebaikan menyeluruh. Harga tak mahal sangat RM104.00 jer. jauh lagi murah dari suntikan vit c atau botox yg bahaya tu...

Aku memang rekemen kat korang sbb aku tengok kawan aku pas makan 1 week pun dah nampak beza muka dia. Apa salahnya kita cuba kan?! Kengkawan yg nak try bleh roger aku...Daaaaa.....


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, May 26, 2009

Menu Rendah Lemak dan Gula Bantu Hindari Kesan Selulit

Just nak share dengan uol. Aku dapat ni dari Rapi 15 Mac '09. Cuba korang tengok menu ni...aku rasa ada yg macam banyak sangat je plak....

ISNIN

Sarapan pagi - 1 mangkuk bubur ayam, 1 gelas barli panas
Makan tengah hari - 1 cawan nasi putih, 1 mangkuk kari ayam dengan kentang, 1/2 cawan kailan ikan masin, 1/2 cawan kobis goreng, 2 biji kurma, 1 gelas air suam
Minum Petang - 3 keping biskut tawar, 1 gelas teh o (tanpa gula)
Makan malam - 1 mangkuk bihun sup dengan bebola ikan stim (lebihkan taugeh), 1 biji epal hijau dan 1 gelas air kosong.

SELASA

Sarapan pagi - 1 keping capati, 1/2 cawan kari kacang hijau, 1 biji pisang, 1 glas susu rendah lemak
Makan tengah hari - 1 mangkuk nasi perang, 1 ekor ikan tenggiri dengan bendi, 1/2 cawan sayur masak lodeh, 1 potong betik, 1 gelas air suam
Minum petang - 1 biji popiah basah, 1 gelas air suam
Makan malam - 1 set kebab daging (lebihkan sayur), 1 gelas jus buah segar (tanpa gula)

RABU

Sarapan pagi - 1 biji besar pau ayam, 1/2 biji jambu batu, 1 gelas teh o (kurang gula)
Makan tengah hari - 1 mangkuk nasi putih, 1 ekor ikan kembung bakar dengan air asam, 1 mangkuk sup sayur dan suhun, 1 gelas air suam
Minum petang - 1 keping tauhu sumbat, 1 gelas milo o
Makan malam - 1 mangkuk nasi putih, 1/2 cawan sambal udah, 1/2 cawan ulam kacang botol, 1/2 cawan sawi tumis air, 1 glas air suam

KHAMIS

Sarapan pagi - 2 keping roti jagung, 1 keping keju kurang lemak, 1 biji telur, 1 gelas jus oren.
Makan tengah hari - 1 mangkuk nasi putih, 1/2 cawan kari dhal, 1/2 cawan sambal ayam, 1/2 cawan bayam goreng, 1 biji buah ciku, 1 gelas air kosong
Minum petang - 1 cawan bertih goreng, 1 gelas air kosong
Makan malam - 1 kping stik lembu tanpa lemak dengan sos cendawan, 2 skop kentang putar, 1 mangkuk slad hijau, 1 mangkuk sup minestrone, 1 gelas air kosong

JUMAAT

Sarapan pagi - 1 mangkuk bijian mil penuh, 1 gelas susu rendah lemak, 1 gelas jus oren
Makan tengah hari - 1 mangkuk soto ayam (lebihkan sayur), 1 potong nanas, 1 gelas air kosong
Minum petang - 1 cawan dadih kurang lemak
Makan malam - 1 mangkuk nasi putih, 1 ekor ikan tenggiri masak asam pedas, 1/2 cawan kangkung goreng, 1/2 cawan ulam daun selom, 1 gelas air kosong

SABTU

Sarapan pagi - 1 mangkuk mee wantan dengan hirisan ayam (lebihkan sawi), 1 gelas teh cina
Makan tengah hari - 1 keping thosai rawa, 1/2 cawan kari ikan, 1 gelas lassi mangga kurang manis
Minum petang - 3 keping biskut marrie, 1 gelas kopi o tanpa gula
Makan malam - 1 keping fillet dori panggang, 1 mangkuk salad brokoli, 1 keping roti bawang putih, 1 tongkol jagung rebus, 3 biji buah strawberi

AHAD

Sarapan pagi - 2 keping idli, 1/2 cawan kari dhal, 2 sudu makan chutney tomato, 1 gelas susu lembu
Makan tengah hari - 1 mangkuk pasta dengan sos bolognaise, 1 gelas jus apple hijau, 1 mangkuk salad, 1/2 cawan salad buah
Minum petang - 1 cawan anggur hijau, 1 gelas air kosong
Makan malam - 1 mangkuk nasi putih, 1 peha ayam masak halia, 1/2 cawan asparagus goreng udang, 1/2 cawan cendawan tiram, 1 biji buah limau mandarin.


So apa pendapat korang? semalam aku try gak ikut menu makan malam ni. tapi bukan full lah separuh2...hehehehe.....pagi ni plak aku ambik bf menu ari rabu...ak lah....so ape pendapat korang? (tentang menu ni bukan tentang aku tau)....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, May 22, 2009

Malang Tidak Berbau...Huhuhuhuuu..


Apakah ini? Inilah namanya tiang umah berbalut simen.Huhuhuuu....
Ni lah rupa kaki aku lepas ditimpa musibah pada 6 Mei 2009 yg lalu. Kaki aku termasuk dalam lubang masa otw nak balik dari tengok mak aku kat spital....huhuhuuu....ni lah akibatnya jalan atas rumput tak pandang jalan bebetul...aku boleh tak perasan ada lubang kat situ....baik punye jalan ngan kasut 2 inci aku tu tup2 termasuk dalam lubang....terus takleh nak angkat nak pijak semua...
Nasib baik abah ngan adik aku ada kat spital gak so diorg lah tolak aku ngan wheel chair (merasa aku dok atas wheel chair...huhuhuu) masuk kete terus gi emergency....jumpa doc terus disimennya kaki aku....doc kata tak patah tapi kene simen gak biar tak banyak gerak....maka secara rasminya dapatlah aku dok tenang2 kat rumah seminggu lebih....
masa seminggu tu aku habiskan dengan meneman anak buat aku tengok Wonder Pet...hehehehee...Apa yang penting KERJSAMA...ihiksss...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Mesyuarat Agung Tahunan BKDBP KE-39

Mesyuarat Agung Tahunan BKDBP Ke-39 telah selamat diadakan pada 5 Mei 2009. Pada tahun ini berlakunya pemilihan untuk Jawatankuasa Pentadbir bagi Sesi 2009-2011. Hanya dua mula lama yang bertanding semula pada kali ini iaitu aku dan juga Kak Bi. Aku bertanding untuk Pen Setiausaha (turun gred sbb aku terlalu sibuk dengan kerja hakiki...tak mampu nak terus memangku jawatan setiausaha lagi) manakala Kak Bi untuk AJK.

Proses pengundian berlaku dari pukul 9.00 pagi - 1.00 tengah hari. Ramai ahli yg turun untuk membuang undi. Meriah jugak aku tengok tapi aku boleh terlupa nak ambik gambar.sorilah ya....

Mesyuarat dimulakan dengan majlis perasmian mesyuarat oleh Ketua Pengarah DBP, Dato' Haji Termuzi Haji Abdul Aziz sekitar pukul 3.00. Agak lewat kerana menunggu ahli yg lambat turun.Dato' plak sampai dulu. Macam tahun lepas jugak aku ingat Timbalan Ketua Pengarah, Encik Kamarul yg sampai dulu daripada ahli. Susah nak komen hal ni sbb bagi aku perkara ni mmg macam budaya dah. Kalau kata start kul 2.30 kul 2.30 tu lah baru nak angkat punggung dari kerusi empuk kat tempat masing2 kan?! kadang2 aku pun sama. Cuma bezanya untuk mesyuarat ini taklah aku buat macam tu. Nak kene pelangkung dengan pengerusi? hehhehe...

Selepas perasmian, majlis berhenti rehat dalam 10 minit sebelum mesyuarat dimulakan. Opsss sebelum cerita pasal mesyuarat aku nak maklumkan skit tahun ni seramai 4 orang ahli menerima penghargaan atas jasa yang telah dicurahkan pada BKDBP. Mereka adalah:

Anugerah Tokoh
- Puan Hajah Azah Wahab

Anugerah Bakti
- Encik Hisamuddin Md. Mor,
- Puan Mohaini Mohd. Safar
- Puan Badullaily Abu Hassan.

Tahniah kepada mereka.

Mesyuarat kali ini aku kira berlangsung dalam suasana yg harmoni. Alhamdulillah. Malas bercerita banyak tentang mesyuarat. Kemuncak mesyuarat bagi aku adalah pengumuman pemilihan Jawatankuasa Pentadbir bagi sesi 2009-2011. Tahniah kepada mereka yang menang. Kepada yang kalah jangan putus asa, cuba lagi pada tahun2 akan datang.

Senarai JK Pentadbir BKDBP Sesi 2009-2011 adalah seperti yang berikut:

Pengerusi : Encik Jamaludin Sulong

Naib Pengerusi : Encik Azhar Mohd. Dora

Setiausaha : Siti Suhana Mohd. Amir

Penolong Setiausaha : Aku ler...hehehhee

Bendahari : Hasnol Faizal Abu Hassan

AJK : Hasmadi Mohd. Ali, Jalil Kassim, Haiwood Missin, Hajah Raja Bi Noordin, Aris Othman, Mohd. Zamri Abdul Hamid.

TAHNIAH KEPADA SEMUA DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DAN AMANAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, May 4, 2009

Happy 27th. Birthday Aphyd

Happy 27th. Birthday to u my dear sister!

Baskin Robin Icecream Cake......Yummy....Sedap tapi takleh boh luar lelama......jadi air icecream tu...Beli kat BR Aeon AU2 belakang umah aku...



Ni santapan kami anak beranak sempena besday Aphyd........satay (satay melaka AU4), Nasi Goreng Ayam (BieBieCorner), Bubur Nasi n Bubur Kacang (Ibunda tercinta yg masak)....kecil2an jer sbb ari keje so nak makan luar tak sempat...


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Lawatan Kerja Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke DBP

Petang ni Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri mangadakan lawatan kerja ke DBP. Aku tak nak citer banyak sbb aku ngantuk ni. Aku boh picas dulu ya.

Muka2 sengal menunggu...hehheheheheee...



Produk yang dihasilkan melalui projek pelesenan kamus DBP. Aku ditugaskan untuk membuat demo kepada TPM tentang produk2 ni kerana projek pelesenan memang di bawah kawalan Bahagian Hak Cipta. Tapi sedih ar sbb masa aku buat demo skit kat TPM tu takde sesape yg tolong amikkan gambo aku...kameraman luar adalah...takleh harap tol cheng ngan naz yg ada kat situ...uhuksss.(tapi takpe aku tak marah aku tau diorg sure tengah terjeles kat aku sbb aku dapat cakap ngan TPM tu...ihiksss)....

Sidang akhbar


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Kerana Zahid

Mesti kengkawan aku marah baca heading ni...hhehehhe...jangan marah guys...mmg kerana Zahid lah kita bertemu 4/5 tahun yg lalu...dah Zahid jugaklah yang menjadikan kita rapat...:)

Dulu mmg selalu jumpa...meeting, teh tarik session, gathering etc...tapi bila memasing dah ada family, anak, makin bz dengan keje....... semua dah berubah....susah nak jumpa.....










Semalam, lepas 1 year x jumpa kitaorg plan nak lunch skali...memula ingat nak dinner kat muara dekat ngan umah odah tapi aku fatul ngan tisha takut sesat barat so tak jadilah....tukarlah plan jadi lunch je..venue odah yg pilih sbb kira cam kat tengah2 lah...n x nak masuk kl coti2 ni sbb jem sure tak hengat n org sure ramai....so bertemulah kitaorg kat SUBANG PARADE...MANHATTAN FISH MARKET...

Heres some picas...

Ni anak dara Tisha, Aisyhah Humaira



Ni plak Ahmad Aliff Irsyad, anak bujang Odah



Sedapnya......


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, May 3, 2009

Wedding

Malam semalam aku ikut mak ngan abah aku gi wedding anak arwah Pakcik Sheikh.. (aku jadi supir ditemani adik perempuan aku sebenarnya...hhehehehe).Kawan opis abah dulu. Aku respect dengan family arwah Pakcik Sheikh ni. Walaupun arwah dan meninggal dunia berthn2 tahun tapi keluarga masih tak melupakan sahabat arwah macam abah. Atas ingatan diorg tu lah yang buat abah seboleh mungkin nak gak memenuhi undangan tu....
Ni ada picas yg aku ambik guna hp aku....
Ni ar mak ngan abah aku...abah ngag makan buah limau...hehehhee
Ni plak adik pompuan aku yg kecik sekali..

Ni apa yg aku makan..takmo nasi sebab dah malam....hehehhehe

Ni fav abah kalau pi wedding...BUBUR KACANG....


Semoga bahagia ke akhir hayat buat kedua2 mempelai...Amin ......


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, May 2, 2009

Lunch @ Chilli's BSC

Sebenarnya aku bukan nak pergi lunch tapi nak gi Selangor Pewter. Memula aku pergi KLCC....mak datok ramai gler org nak masuk parking pun tak boleh...aku balik umah dulu (aku dari opis pagi tadi sampai kul 230....kan aku dah kata masa aku tak cukup sampai ari cuti pun kene datang gak...huhuhuhuuuu) sbb nak google kat mana lagi ada selain klcc.Kakak aku yg tolong google kan sebenarnya.Jumpalah few tempat...bangsar shopping centre, midvalley, starhill..sumer tempat ramai manusia ..huhuhuuu....pk punye pk aku decided pergi kat bsc sbb aku rasa sana tak ramai org.So aku pun gi ngan kakak aku. Nak pi sengsorang takut sbb teringat kes yg mati kene bunuh kat parking bsc dulu...uhukss....
Sampai2 aku carik atm dulu sbb aku tak draw duit lagi.pastu baru pi kat information counter tanya kat mana Selangor Pewter...Jawapan yg sangat mendukacitakan...DAH TUTUP...arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tension sungguh aku...so kakak aku tanya macam mana. nak pergi klcc balik ke? or nak makan dulu...masa aku terpusing2 nak buat keputusan tu terpusing nampak chili's...So aku cakap MAKAN DULU lah....dah kul 5 pun masa tu dan kitaorg tak makan lagi...Tu lah citernye camne bleh lunch (kira lunch ke kul 5?aku pun tak tau nak panggil apa....) Menu pilihan arini lain daripada biasa...Biasanya kalau kat chili's ni aku mmg takde benda lain pastinya MONTEREY CHICKEN yg sedap sangat tu...arini main cos aku ambik FIRE GRILLED CHICKEN PORTOBELLO...Masih chicken lagi sbb aku mmg hantu ayam kan...hhehehe...aku terpesona dengan nama dia sebenarnya..sbb portion chili's ni besar aku ngan kakak aku tak amik 2 main cos sbb nanti kenyang sangat2..1 main cos ngan 1 appetiser.memula ingat nak amik CLASSIC NACHOS cam biasa tapi asik dok makan benda sama je nak gak try yg lain kan...kakak akupun orderlah BOTTOMLESS TOSTADA CHIPS. Bottomless tu....bleh tambah sampai tak larat...hhhhehheee....Air plak as usual fav drink aku kat chili's tak lain tak bukan ICE LEMON TEA. Kakak aku mestilah dengan carbonated drink dia.Dia mmg suker sangat gas2 ni.Dia ambik SARSI (minah coke dah tukar sarsi plak arini). Aku suka minum kat Chili's ni sbb air bleh tambah sampai kembong perut...hehehhehee...bukan ape aku ni kan kuat minum air. Segelas mana cukup (malu ngan bakal mak mertua...nasib baik dia tak tau benda2 internet ni...hehhehe).... Kaylah now aku nak citer 'bout the taste...FIRE GRILLED CHICKEN PORTOBELLO tu not bad lah...yg best mushroom dia besar2...kakak aku tak suker mushroom so aku bedallah...dia punya sayur2an (aku tak suker sayur so nama pun selalu lupe...melampau) kakak aku yg makan dia kata mcm overcooked plak arini. tapi taste oklah. mash potato plak mmg BEST IN TOWN...aku rasa aku blum penah makan mash potato yg lagi sdp dari chili's.Mmg marvelous.yummy2. chicken dia plak bagi aku...biasa2 je. sedap lagi monterey chicken. komen keseluruhan ...NOT BAD...



BOTTOMLESS TOSTADA CHIPS plak hmmmm delicious...chip cam biasalah tapi source dia yg best...yummy2....tapi kalau dah sejuk dia lain skit sbb cheese dia dah beku (alamak aku tak tau nak cakap camne ni....beku ke pekat ke lebih kuranglah)....tapi still leh makan ngan sudu...hehhehehhe...apa2 pun sedaplah...komen keseluruhan BESTTTT.





Terima kasih kerana membaca. Have a good day!