Sunday, May 29, 2011

Peperiksaan Kelayakan SRAI

Pagi semalam aku diberi tanggungjawab untuk menghantar anak buah aku, Jijie ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Taman Keramat untuk menduduki Peperiksaan Kelayakan bagi kemasukan ke Tahun 1 SRAI Taman Keramat bagi Sesi 2012.

Mungkin ada yang tidak pernah mendengar tentang SRAI kan? Sebenarnya Sekolah Rendah Agama Integrasi atau ringkasnya SRAI merupakan sekolah projek rintis yang dilaksanakan bermula tahun 2000. Sehingga tahun 2010, sebelas (11) SRAI telah diwujudkan di 8 daerah . Sekolah ini mengabungkan Kurikulum Sekolah Rendah Agama JAIS dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) .Waktu operasi pengajaran dan pembelajaran adalah dari jam 7.30 pagi hingga jam 4.00 petang kecuali pada hari Jumaat di mana sekolah hanya beroperasi sehingga pukul 12.00 tengah hari sahaja.

Mengikut taklimat yang diberikan, SRAI Taman Keramat hanya boleh menampung seramai 108 pelajar tahun 1 bagi sesi pembelajaran tahun 2012 nanti. Tetapi jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan kelayakan adalah melebihi 200 orang. Ini bermakna kurang daripada 50% pelajar yang menduduki peperiksaan kelayakan tersebut akan dipilih.

Mendengar perkara tersebut aku sedikit khuatir. Berjaya tak Jijie nanti? Sebenarnya kami sekeluarga sedikit khuatir dengan soalan Bahasa Arab berbanding dengan soalan lain (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik). Ini kerana pelajaran lain semua dia dah belajar di QDees. Bahasa Arab je yang belajar sendiri dengan abag Wan dia yang Tahun 1 tu. Berkali-kali pesan pada dia mulakan dengan Bismillah, baca soalan betul-betul, tulis cantik-cantik, buat cepat-cepat jangan menung (sbb Jijie ni kuat menung) dan bla bla bla.....

Peperiksaan terbahagi kepada dua iaitu Penulisan dan Lisan. Peperiksaan penulisan selama 11/2 jam iaitu dari pukul 8.30 - 10.00 pagi dan lisan dari pukul 10.00 - 11.00 pagi. Lama gak lah aku dengan abang Wan dia menunggu. Mula-mula lepas taklimat aku bawa di pergi sarapan pagi dulu sebab tak sempat nak sarapan tadi. Lepas sarapan terus ke semula. Jenuhlah menunggu sampai si abang bosan tak ingat-ingatlah. Hehhehehee...Dah puas dia berlari ke sana-sini, last-last dia minta ambil gambar dia posing kat sana sini pula.
  
 Inilah Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat

Jijie (Left) dengan Abg Wan (Right) yang semangat nak teman adik dia ambil exams 

Antara budak lain yang turut menduduki peperiksaan kelayakan tersebut.

Abg Wan posing kat depan sekolah....hehehehe..

Peperiksaan tamat pada pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah, Jijie kata dia boleh jawab soalan-soalan yang ada. Muka memang sangat yakin. Tapi tak tahulah kan. Sama-samalah kita doakan agar dia berjaya. Aminnnn....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

5 comments:

Anonymous said...

waa..jijie dah nak sekolah dah.mesti byk ragam.hehehe:)

Aida Salleh said...

Jijie dah nak masuk darjah 1 tahun depan dik. Jangan tak caya. Ragam tu cam biasa jer.Hehhehee...Tapi skg ni nampak dia suka buat homework.Kalau balik kindie tu, letak2 beg nak buat homework terus...hehehhe

Anonymous said...

nampak steady je.. mesti boleh tuuu.. :)

Intan Rohady said...

Salam, Nak tny la apa soalan yang ditanya..anak saya pun dari Qdees...boleh lah saya praktik dan ajar dirumah...takut ada yang dia x tahu...

TQVM...

Diana said...

Saya pun nervous... heeee