Mesti korang semua selalu dengar tentang Apam Polkadot sekarang ni kan? Sana sini orang bercerita tentang Apam Polkadot ni. Sebenarnya aku pun tumpang teruja nak buat apam tu. Lepas puas menggoggle kat internet, aku pun terjumpalah resepi yang aku rasa senang nak buat. Tapi aku lupalah website mana. Mintak maaf ya tuan yang empunya resepi. Apa-apun pun, aku nak kongsi dengan kawan-kawan semua resepi yang aku dapat ni.
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovelette
Filling (ikut suka hati anda lah)
Pewarna (ikut suka hati juga)
Cara-Caranya:
1. Masukkan tepung gandum, gula halus, susu segar @ susu cair, baking powder dan juga ovelette ke dalam mixer dan pukul dengan kelajuan maksimum hingga kembang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (Mengikut jumlah warna yang anda kehendaki. Aku buat 3 warna sebab itu je pewarna yang ada kat rumah).
3. Masukkan setiap setiap adunan berwarna ke dalam piping bag yang berasingan.
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (Separuh sahaja).
5. Letakkan filing secukupnya. (Untuk mudah, masukkan filing ke dalam plastik, kemudian puicitkan).
Filling ni boleh masuk a-apa saje. Blueberry, strawberry, choc dan lagi best kaya, kacang hitam pun boleh. Aku masukkan kaya dengan choc sebab itu je bahan ada kat rumah tadi.Aku kemalasan nak pergi membeli-beli malam-malam ni.
6. Picitkan adunan sama ked dalam mangkuk kertas sehingga hampir penuh.
7. Kemudian, picitkan dot dot mengikut warna pilihan anda.
8. Kukus selama 10-15 minit @ sehingga masak.
Inilah rupa Apam Polkadot aku yang dah siap. Apam ni sangat gebu dan lembut. Aku SUKAAAAA...Famili aku pun kata sedap. Cumanya rupa bentuk dia tak berapa nak cantik lagilah. Cubaan pertama faham-faham je lah kan :-)
No comments:
Post a Comment