Tuesday, May 31, 2011

Alhamdulillah.....

Peace be upon u!

Alhamdulillah....Petang ni aku rasa aku mampu menarik nafas selega-leganya kerana masalah penempatan aku telahpun selesai secara rasminya. Petang tadi aku terima surat daripada HR department tentang pengekalan aku di bahagian aku sekarang.

Bukanlah lega kerana aku tidak bertukar. Tetapi lega kerana sekarang aku mampu menjawab soalan rakan-rakan sepejabat yang bertanyakan tentang pertukaran aku ke bahagian baru.

Hari ini dengan rasminya aku ingin memaklumkan bahawa aku masih kekal di Bahagian Harta Intelek walaupun dengan gred jawatan yang berbeza.

Inilah tempat aku......






Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, May 29, 2011

Peperiksaan Kelayakan SRAI

Pagi semalam aku diberi tanggungjawab untuk menghantar anak buah aku, Jijie ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Taman Keramat untuk menduduki Peperiksaan Kelayakan bagi kemasukan ke Tahun 1 SRAI Taman Keramat bagi Sesi 2012.

Mungkin ada yang tidak pernah mendengar tentang SRAI kan? Sebenarnya Sekolah Rendah Agama Integrasi atau ringkasnya SRAI merupakan sekolah projek rintis yang dilaksanakan bermula tahun 2000. Sehingga tahun 2010, sebelas (11) SRAI telah diwujudkan di 8 daerah . Sekolah ini mengabungkan Kurikulum Sekolah Rendah Agama JAIS dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) .Waktu operasi pengajaran dan pembelajaran adalah dari jam 7.30 pagi hingga jam 4.00 petang kecuali pada hari Jumaat di mana sekolah hanya beroperasi sehingga pukul 12.00 tengah hari sahaja.

Mengikut taklimat yang diberikan, SRAI Taman Keramat hanya boleh menampung seramai 108 pelajar tahun 1 bagi sesi pembelajaran tahun 2012 nanti. Tetapi jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan kelayakan adalah melebihi 200 orang. Ini bermakna kurang daripada 50% pelajar yang menduduki peperiksaan kelayakan tersebut akan dipilih.

Mendengar perkara tersebut aku sedikit khuatir. Berjaya tak Jijie nanti? Sebenarnya kami sekeluarga sedikit khuatir dengan soalan Bahasa Arab berbanding dengan soalan lain (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik). Ini kerana pelajaran lain semua dia dah belajar di QDees. Bahasa Arab je yang belajar sendiri dengan abag Wan dia yang Tahun 1 tu. Berkali-kali pesan pada dia mulakan dengan Bismillah, baca soalan betul-betul, tulis cantik-cantik, buat cepat-cepat jangan menung (sbb Jijie ni kuat menung) dan bla bla bla.....

Peperiksaan terbahagi kepada dua iaitu Penulisan dan Lisan. Peperiksaan penulisan selama 11/2 jam iaitu dari pukul 8.30 - 10.00 pagi dan lisan dari pukul 10.00 - 11.00 pagi. Lama gak lah aku dengan abang Wan dia menunggu. Mula-mula lepas taklimat aku bawa di pergi sarapan pagi dulu sebab tak sempat nak sarapan tadi. Lepas sarapan terus ke semula. Jenuhlah menunggu sampai si abang bosan tak ingat-ingatlah. Hehhehehee...Dah puas dia berlari ke sana-sini, last-last dia minta ambil gambar dia posing kat sana sini pula.
  
 Inilah Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat

Jijie (Left) dengan Abg Wan (Right) yang semangat nak teman adik dia ambil exams 

Antara budak lain yang turut menduduki peperiksaan kelayakan tersebut.

Abg Wan posing kat depan sekolah....hehehehe..

Peperiksaan tamat pada pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah, Jijie kata dia boleh jawab soalan-soalan yang ada. Muka memang sangat yakin. Tapi tak tahulah kan. Sama-samalah kita doakan agar dia berjaya. Aminnnn....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, May 28, 2011

Bukan Salah Aku

Hatiku sedikit gembira minggu ini kerana masalah penempatan yang aku hadapi sejak sebulan yang lalu hampir selesai. Aku sebenarnya rasa sangat kurang selesa dengan keadaan ini. Bukan aku yang minta semua ini.

Aku redha dengan apa jua keputusan sebenarnya. Seperti doa yang selalu aku panjatkan pada Ilahi. Andainya kekal di bahagian ini adalah yang terbaik bagiku dan organisasi aku, kekalkanlah aku. Tetapi andainya bertukar ke bahagian lain adalah yang terbaik buatku, lapangkan dadaku untuk menerima pertukaran itu. Aku bersyukur kerana aku sentiasa berlapang dada dengan keputusan itu.

Sebenarnya mungkin ramai yang beranggapan bahawa aku yang minta dikekalkan di bahagian ini. Sebenarnya tidak. Dulu memang aku selalu berkata bahawa aku tidak ingin berpindah ke tempat lain kerana aku sudah terlalu selesa dengan kerja sekarang ini. Tetapi sebenarnya, apabila aku mula melangkah ke bilik temuduga tempoh hari, aku sudah bersedia. Bersedia untuk bertukar ke bahagian lain andainya aku berjaya dalam temuduga tersebut. Dan semasa aku menerima keputusan temuduga tersebut, aku juga bersedia. Bersedia untuk berpindah ke tempat lain. Walaupun jauh di sudut hati aku, aku sangat sayangkan kerja aku sekarang ini.

Namun, atas kepentingan bahagian, Pengarah dan juga Ketua Bahagian aku minta supaya aku kekal di sini. Hal ini kerana bahagian kami baru sahaja kehilangan dua orang pegawai - seorang berpencen dan seorang berhenti. Makanya, pegawai yang dah agak berpengalaman di bahagian ini seperti aku sangat diperlukan. Atas dasar itulah mereka mahu aku kekal di sini. Pengekalan aku di sini bukan atas permintaan aku. Aku tidak minta mereka kekalkan aku di sini. Walaupun aku gembira dengan keputusan ini tetapi aku mahu semua tahu bahawa aku tidak pernah meminta semua itu.

Aku masih ingat pesan abah semasa awal perkhidmatan aku di DBP dahulu. Sebagai staf, seboleh-bolehnya kita jangan minta tukar. Suka atau tidak kita perlu ikut sahaja dengan arahan pentadbiran. Kalau kita minta tukar, pihak atasan akan melihat kita ini sebagai seorang yang tidak akur kepada arahan. Jadi sebagai seorang anak yang patuh, aku pegang dan akur dengan nasihat abah sehingga sekarang. Walau pun pernah suatu ketika dahulu aku menghadapi krisis yang sedikit kritikal, tetapi aku masih akur dengan nasihat abah. Aku hanya panjatnya doa pada Ilahi agar diberi jalan keluar kepada aku. Alhamdulillah, segalanya berakhir dengan baik.

Dan hari ini, aku sekali lagi memanjatkan syukur ke hadrat Allah kerana masalah penempatan aku telah pun diselesaikan di peringkat Jabatan. Dan sekarang aku sedang menunggu surat rasmi tentang perkara itu. Kepada mereka yang terkesan dengan perkara ini, aku mohon maaf. Bukan kehendak aku semua ini berlaku.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, May 26, 2011

Apam Polkadot

Mesti korang semua selalu dengar tentang Apam Polkadot sekarang ni kan? Sana sini orang bercerita tentang Apam Polkadot ni. Sebenarnya aku pun tumpang teruja nak buat apam tu. Lepas puas menggoggle kat internet, aku pun terjumpalah resepi yang aku rasa senang nak buat. Tapi aku lupalah website mana. Mintak maaf ya tuan yang empunya resepi. Apa-apun pun, aku nak kongsi dengan kawan-kawan semua resepi yang aku dapat ni.


Bahan-Bahannya:
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovelette
Filling (ikut suka hati anda lah)
Pewarna (ikut suka hati juga)


Cara-Caranya:
1. Masukkan tepung gandum, gula halus, susu segar @ susu cair, baking powder dan juga ovelette ke dalam mixer dan pukul dengan kelajuan maksimum hingga kembang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (Mengikut jumlah warna yang anda kehendaki. Aku buat 3 warna sebab itu je pewarna yang ada kat rumah).
3. Masukkan setiap setiap adunan berwarna ke dalam piping bag yang berasingan.
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (Separuh sahaja).
5. Letakkan filing secukupnya. (Untuk mudah, masukkan filing ke dalam plastik, kemudian puicitkan).
Filling ni boleh masuk a-apa saje. Blueberry, strawberry, choc dan lagi best kaya, kacang hitam pun boleh. Aku masukkan kaya dengan choc sebab itu je bahan ada kat rumah tadi.Aku kemalasan nak pergi membeli-beli malam-malam ni.
6. Picitkan adunan sama ked dalam mangkuk kertas sehingga hampir penuh.
7. Kemudian, picitkan dot dot mengikut warna pilihan anda.
8. Kukus selama 10-15 minit @ sehingga masak.


Inilah rupa Apam Polkadot aku yang dah siap. Apam ni sangat gebu dan lembut. Aku SUKAAAAA...Famili aku pun kata sedap. Cumanya rupa bentuk dia tak berapa nak cantik lagilah. Cubaan pertama faham-faham je lah kan :-)


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, May 22, 2011

Holiday Mood: On!!!

Holiday mood aku dah ON ni. 

Macam tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke Sydney - the largest and most populous city in Australia and the state capital of New South Wales.

Percutian kali ni adalah bagi memenuhi hasrat mak yang sangat teringin untuk menziarah jiran lama kami yang sudah menetap di sana bertahun-tahun lamanya. Kali ni aku akan bercuti bersama mak, kakak dan adik perempuan aku (Aphyd).

Sekarang ni aku tengah sibuk menggoggle tempat-tempat menarik yang akan dilawati nanti. Kalau percutian sebelum-sebelum ni memang mengharap kakak aku je yang buat semua ni jadi kali ni aku nak lah bantu dia. Kesian kat dia.

Kawan-kawan yang pernah sampai ke ataupun yang ada maklumat tentang Sydney ada cadangan tak?    

Pic: Google

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, May 16, 2011

Sydney, here i come!

I’ll be there from 9th - 14th June 2011.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, May 15, 2011

Sukanun 07 - 2011


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!